Assalamu'alaikum ♥ Bakat baru berpusing sebelum meniarap ... Itulah Nur Ain. Harini umur Nur Ain 4 bulan 14 hari. Nur Ain dah pan...

Bakat Baru Berpusing Sebelum Meniarap

/
0 Comments


Assalamu'alaikum
Bakat baru berpusing sebelum meniarap... Itulah Nur Ain. Harini umur Nur Ain 4 bulan 14 hari. Nur Ain dah pandai berpusing apabila diletakkan di atas lantai... Seperti ingin mencuba untuk belajar meniarap. 


Walaupun sesekali kedengaran tangisan apabila tak berjaya meniarap. Cik Ain still tak putus asa... Lebih-lebih lagi apabila diumpan dengan mainan berwarna terang kiri dan kanan. Pastinya hati dia meronta untuk mendapatkannya. 


Ada jugak saudara yang menegur, kata Ain lambat untuk meniarap. Namun... Aku mendengar dengan hati yang terbuka. Pada aku... Perkembangan budak bukannya sama. Lambat atau cepat... Yang penting... Nur Ain membesar dengan sihat dan aktif.

Hakikatnya... Aku akui, Nur Ain sedikit manja... Asyik mintak didukung. Maybe itu jugak faktor yang menyebabkan Nur Ain lambat meniarap. Tapi... Ada tapinya. Kalau dalam buku kesihatan color pink Ain... 2 bulan lebih hingga 5 bulan... Bayi start belajar meniarap. So, tak perlu nak risau. Ye tak?




ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: