06 May 2015

Apakah itu How-Old.net?



Assalamu'alaikum
How-Old.net antara trending yang meletup di carian google. Tengahari tadi sempat jugak check google trends dan ternyata How old do I look meletup. Apalagi... Tak tahu apakah yang menyebabkan How-old.net... Meletup. Aku pun terus google. Tengok pulak di facebook... Ada duatiga orang jugak yang try upload gambar yang di atasnya ada umur. Aku jadi ingin tahu... Lagi-lagi Alia dan Ain tidur. So ada masa untuk cari info mengenainya. Saja je nak tahu. Haha...


Laman How-Old.net

La... Rupanya How-Old.net merupakan satu laman web baru yang dibangunkan oleh Microsoft yang dikatakan berupaya meneka umur dan jantina seseorang individu berdasarkan gambar yang dimuat naik.


How-Old.net disukai pengguna laman sosial bukanlah kerana ia benar-benar tepat dalam penekaan umur atau jantina, tetapi kesalahan yang dilakukannya sentiasa membuatkan pengguna menggunakannya hanya untuk suka-suka.

Malas pulak aku nak try. Haha...



1 comment:

  1. ada nampak kawan2 share gambar dari benda alah ni...hehehe

    ReplyDelete