Assalamu'alaikum
Apakah dosa bayi diperlakukan sebegitu? Tetiba hati aku terusik bila teringatkan kisah bayi kena kerat seperti berikut :-

JOHOR BAHRU – Berhati syaitan. Itulah yang boleh digambarkan daripada penemuan 15 cebisan anggota badan seorang bayi yang dikerat-kerat sebelum dibuang dan ditemui tersangkut pada perangkap sampah loji kumbahan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di sini kelmarin.
Anggota badan bayi itu ditemui pada pukul 10.30 pagi oleh empat pekerja kontraktor yang melakukan pembersihan pada perangkap sampah di loji yang mengumpul sisa kumbahan daripada 1,288 unit PPR tersebut.
Penemuan itu menggemparkan 6,000 penghuni di empat blok itu dan sehingga semalam mereka masih tertanya-tanya angkara siapakah kejadian menimpa bayi malang itu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Khamsani Abdul Rahman berkata, seorang pekerja terkejut apabila ternampak beberapa objek mencurigakan tersangkut pada besi perangkap sampah di loji kumbahan yang beroperasi sejak perte­ngahan tahun 2009.
“Pekerja itu dan rakan-rakannya kemudian mengumpul semua ce­bisan manusia itu, antaranya kaki dan tangan.
“Namun selepas dua jam, empat pekerja itu gagal menemui bahagian kepala bayi menyebabkan mereka kemudian melaporkan perkara itu kepada polis,” kata beliau di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di sini semalam.
Menurut beliau, polis yang me­nerima maklumat pada pukul 1.30 petang terus ke lokasi dan mengesahkan cebisan 15 anggota badan itu dipercayai milik seorang bayi.
Difahamkan polis tidak menolak kemungkinan anggota badan bayi yang mungkin baru dilahirkan sengaja dikerat-kerat sebelum dibuang ke dalam mangkuk tandas dan dipam.
“Tindakan itu menyebabkan anggota badan bayi itu terlekat pada perangkap sampah loji kumbahan,” kata beliau.
Sumber : Kosmo Online
Tak sanggup aku nak share bahagian badan bayi yang kena kerat. Nak tengok. Just google ok... Kenapalah kejam sangat... Sedangkan kucing pun sayangkan anak. Kalau yer pun tak nakkan bayi tu... Janganlah diperlakukan sedemikian rupa. Sungguh kejam. Ya Allah... Takde lansung ke sifat kasih sayang dalam diri sampai sanggup buat gitu. Huhu... Emo pulak aku haihhh.