Assalamu'alaikum ♥ Harga terbaru petrol menjelang 1 Jun 2015 . Scroll je facebook, tengok-tengok ramai members yang update status ...



Assalamu'alaikum
Harga terbaru petrol menjelang 1 Jun 2015. Scroll je facebook, tengok-tengok ramai members yang update status mengenai kenaikan harga minyak menjelang 1 Jun 2015. Untuk menentukan kesahihan berita tersebut... Aku bacalah online newspaper, ternyata berita mengenainya tersebar luas di harian metro.
KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Jun 2015 naik 10 sen seliter berkuatkuasa tengah malam ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek.
Beliau berkata, harga baru RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 (RM2.35 seliter) manakala diesel (RM2.05 seliter).
"Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Jun ini," katanya ketika dihubungi. - Bernama
Apa pun kenaikan harga minyak. Aku still bersyukur pada Yang Esa kerana Malysia masih aman untuk didiami.

Sumber gambar dari google image

Hurmm... Mesti ramai yang berbaris di stesen minyak kan before jam 12 malam ni untuk membeli minyak. 


Assalamu'alaikum ♥ Melangkah Ke Usia 6 Bulan lagi 18 hari... Pelbagai skill Nur Ain tonjolkan. Akibatnya... Encik suami, aku da...



Assalamu'alaikum
Melangkah Ke Usia 6 Bulan lagi 18 hari... Pelbagai skill Nur Ain tonjolkan. Akibatnya... Encik suami, aku dan si kakak Alia semakin teruja dan terhibur.



Sekarang ni... Ain dah mahir mengawal gerak tangannya... Malah boleh pulak meragut alat mainan dari orang sekelilingnya apabila diumpan dengan alat mainan. Bila dah berjaya meragut. Kiri ke kanan... Kanan ke kirilah alat mainan tersebut Ain pindahkan. 


Sesekali... Kepala tersasar dari bantal, gara-gara suka sangat bergolek di pelbagai posisi. Sudahnya... Aku biarkan dia untuk terus bermain. Bila malam... Terpaksa pulak tidur-tidur ayam... Takut-takut Ain meniarap keseorangan. 

Semakin bijak untuk menarik perhatian. Kalau tak menangis... Mengeliat pasti ada saja telatah Ain untuk mintak di dukung. Tapi... Sangat takut dengan orang sekeliling... Terutamanya orang yang first time dia jumpa. Bila takut mula menyelubungi dia... Siap! Akan ada sesi pujuk memujuk. 

Semakin hari semakin bijak... Mula membebel menjerit keriangan... Sampaikan jiran sebelah tegur suara Ain kedengaran dari rumahnya... Haha... Sabo jelah yer :)


Assalamualaikum ♥ Belajar Tentang Apa Itu SEO . Hurmm.. Bukan mudah sebenarnya untuk mempelajari tentang SEO. Tapi dek kerana minat ...



Assalamualaikum
Belajar Tentang Apa Itu SEO. Hurmm.. Bukan mudah sebenarnya untuk mempelajari tentang SEO. Tapi dek kerana minat menulis di blog dan ingin menjana income, seandainya diberi peluang dan ruang... Apa salahnya, Memasang angan-angan untuk lebih serius membuat sedikit research mengenainya. Ye tak? Insya Allah...

Berdasarkan sumber hasil carian di internet, kesimpulannya... SEO adalah merupakan singkatan kepada Search Engine Optimization. Pada pemahaman aku, ia merupakan kaedah menulis entri atau artikel yang dipaparkan di internet agar boleh berada pada halaman utama enjin carian seperti Google, Bing dan Yahoo. 


Contohnya, sepanjang aku mula menulis di blog bermula pada tahun 2011 until now... Entri aku yang paling popular pada halaman pertama google adalah Cara Mudah Untuk Menanam Tauge Sendiri. Setiap hari pasti salah satu penyumbang trafik ke blog aku adalah disebabkan entri tersebut. Apakah faktor yang menyebabkan entri tersebut berada pada halaman utama enjin carian? 

Hurmmm... First step untuk memahami apa itu SEO. Hakikatnya... Dalam erti kata yang mudah, kalau kena gaya tajuk artikel yang bagus dan content yang berkualiti... Pastinya akan berada pada halaman utama enjin carian bagi mendapatkan trafik yang banyak sehingga mencecah ribuan.

Semoga aku diberi kekuatan untuk terus mendalami ilmu mengenai SEO. Jangan pulak... Hangat-hangat tahi ayam. Ye tak? Haha...


Assalamu'alaikum ♥ Resepi kek marble sukatan cawan ... Amat sesuai pada orang yang suka nak masak tapi semua nak cepat gaya aku. Ha...



Assalamu'alaikum
Resepi kek marble sukatan cawan... Amat sesuai pada orang yang suka nak masak tapi semua nak cepat gaya aku. Haha... Tapi ini cerita semalam. Mak dapat tempahan kek untuk hari gawai sebanyak 8 acuan. Esok dorang janji nak ambik dah. 

Gambar Kek Marble Sukatan Cawan

Dan... Berikut adalah resepi kek marble paling simple gaya mak aku. Nanti boleh rujuk balik bila teringin nak membuatnya. Haha...
Bahan : 4 biji telur, 1 cawan marjerin, 1 cawan gula, 1/2 cawan susu, 2 cawan tepung gandum, 1 sudu baking powder, 1 sudu perasa pandan ( ikut selera memasing okeh!) dan pewarna. Aku guna hijau dan coklat.
Cara membuatnya pulak...
  1. Blend gula dan marjerin hingga kembang. Kemudian masukkan telur.
  2. Then, susu, tepung dan baking powder.
  3. Last... Bahagikan kepada 2 bahagian. Masukkan pewarna dan bakar hingga masak. 
Mudah sangatkan... Alhamdulillah.

Assalamu'alaikum ♥ Payment Advice From HSBC ... Alhamdulillah, cashout pada 29 April 2015, dapat pulak email dari HSBC pasal pem...



Assalamu'alaikum
Payment Advice From HSBC... Alhamdulillah, cashout pada 29 April 2015, dapat pulak email dari HSBC pasal pembayaran Nuffnang pada 29 Mei 2015. Tak lama lagi... Sampailah cek Nuffnang ke rumah. Alhamdulillah... Tiada sebarang masalah dan proses cashout pun mudah.


Untuk mengetahui bilakah masa yang sesuai untuk cashout agar tak mengambil masa terlalu lama. Tak silap aku pernah kongsikan entrinya yang bertajuk : PENGALAMAN DAPAT CEK NUFFNANG DENGAN CEPAT.

Alhamdulillah...

Entri ini sekadar untuk berkongsi rasa dan sedikit catatan untuk rujukan di masa hadapan. Bukan untuk menunjuk atau riak. Na'uzubillah... Lansung tak terlintas di hati. Apa-apa pun, salam Jumaat semua.


Assalamu'alaikum ♥ Episod 6 dan 7 Dia.. Isteri Luar biasa,  aku ketinggalan. Al-maklumlah, bila ada suami dan dua orang puteri. ...



Assalamu'alaikum
Episod 6 dan 7 Dia.. Isteri Luar biasa, aku ketinggalan. Al-maklumlah, bila ada suami dan dua orang puteri. Pelbagai karenah harus dilayani... Sudahnya, aku lansung tak berkesempatan nak menonton mahupun record. Takpelah... Nanti if ada masa, boleh je tonton online... Right! Tak perlu rasa rugi. Family harus diutamakan. Betul tak?


Sumber dari google image

Tapi untuk episod 8 Dia.. Isteri Luar Biasa harini, sempat jugaklah tengok. Nampaknya Dewi Yusra dan Dr. Raden Amzar dah tinggal serumah walaupun tak sebilik. Mereka membahasakan diri mereka... Wife dan husband. Even macam pelik... Tapi, semakin menarik. 

Dr. Raden cukup baik untuk Dewi. Walaupun Dewi sering berpura-pura mengigau berjalan. Namun, Dr. Raden menjaga Dewi sebaik mungkin. Tapi kan... Kalau Dr. Raden tahu yang Dewi berpura-pura mengigau. Mesti marah... Haha... Lakonan semata-mata.

Sampai satu tahap... Dewi Yusra berpura-pura mengigau dan berjalan... Akhirnya tidur di sebelah Dr. Raden. Disebabkan selalu sangat kot... Dr. Raden membiarkan sahaja. Tapi... Yusra berpura-pura pulak marahkan Dr.Raden... Konon-konon sengaja angkatkan dia. Pulak dah... Padahal dia suka sebenarnya. Yelah! Matlamat dia kawin dengan Dr. Raden pun nakkan zuriat saja kan...

Mesti next week punya episod... Dewi dah mengandungkan. Haha... Tak pun, Dr. Raden bawak Dewi jumpa family dia. Hurmmm... Nak tahu kesudahan ceritanya... Boleh je baca novel online dia.. Isteri Luar Biasa. Just google, mesti jumpa punya.

Tapi... Aku ni jenis lebih suka tengok dulu baru baca... Sebab, kalau dah baca... Macam dah tahu jalan cerita. Mesti macam malas nak tengok. Huhu... Tu sekadar pendapat aku saja ok.


Assalamu'alaikum ♥ Peminat setia Wak Mustar semestinya mak dan bapak aku. Selesai solat... Dinner semua. Habis tengok berita tv3...



Assalamu'alaikum
Peminat setia Wak Mustar semestinya mak dan bapak aku. Selesai solat... Dinner semua. Habis tengok berita tv3. Mesti dah ada depan tv terutamanya hari Rabu, malam Khamis... Memang tak pernah miss tengok kilauan emas musim ke-5... Dari first week sampailah ke peringkat akhir semalam.

Bangun pagi mesti akan dengar ulasan dari mereka berdua. Tak sah! Mengalahkan juri. Haha... Malah, every week jugak dorang tak putus-putus mengata yang Wak Mustar akan menjadi juara kilauan emas musim kelima. Huhu... Betullah bagai dikata... Kata-kata bagaikan doa. Kalau dah sejuta rakyat Malaysia mengatakan yang Wak Mustar akan menjadi pemenang kilauan emas musim kelima. Pastinya termakbul jua.

Sumber dari google image

Siapa sangka Wak Mustar atau nama sebenarnya Mustaffa Rasyid Abd Jabar,47 berasal dari Selangor, bekerja sebagai tukang rumah... Memiliki seorang isteri yang cantik diberi nama Hazelinda Zainal Abidin dan mempunyai 5 orang anak berjaya bergelar juara kilauan emas musim ke-5 2015. Siapa sangka kan!

Tu la... Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia... Takde siapa yang tahu. Tahniah buat Wak mustar. Otai masih berbisa!


Assalamu'alaikum ♥ CPUV Colgate 360 Charcoal Gold . Alhamdulillah... Campaign gandaan 3 dari Nuffnang selepas iklan Maxis OnePlu...



Assalamu'alaikum
CPUV Colgate 360 Charcoal Gold. Alhamdulillah... Campaign gandaan 3 dari Nuffnang selepas iklan Maxis OnePlus One dan McDonald's Family [PC].


Siapa sangka... Dengan berkongsi cerita di blog pun kita boleh jana income. Setakat ni... Alhamdulillah... Dah boleh cashout lagi. Cumanya... Nak buat tabung sampai tangan gatal nak cashout lagi. Haha...

Alhamdulillah... Rezeki anak-anak. Terima kasih kepada pihak Nuffnang kerana berterusan memberi iklan di blog ini. Pada yang sudi berkunjung tu. Aku sangat menghargainya... Tanpa korang... Sunyi sepilah blog ini.

Berbalik pada campaign Colgate 360 Charcoal Gold... Ada jugak try google memandangkan iklannya tak muncul. Teringin jugak nak tahu pasal apa. Ye tak?

Sumber dari google image

Rupanya produk terbaru dari Colgate yang diberi nama 360 Charcoal Gold. 360 dikatakan mewakili pembersihan secara menyeluruh. Nama pun 360 darjah right... Mestilah menyeluruh. Maksudnya... Celahan sempit dan terselit pun berus gigi ni mampu bersihkan dengan adanya helaian-helaian berus yang 17 kali ganda lebih selim dari berus gigi biasa. Mesti lagi lembut.

Nak tahu lebih lanjut mengenai produk terbaru colgate dan lain-lain... Bolehlah klik pada facebook page





Assalamu'alaikum ♥ Resepi rempeyek rangup dan sedap  sebenarnya resepi rempeyek orang melanau, Belawai. Ilmu mak aku tuntut deng...



Assalamu'alaikum
Resepi rempeyek rangup dan sedap sebenarnya resepi rempeyek orang melanau, Belawai. Ilmu mak aku tuntut dengan cousin ayah aku... Time temankan adik aku interview di Sibu last year.



Nak dijadikan cerita... Hujan sepanjang hari ni membuatkan mak tetiba rajin nak try membuatnya. Alhamdulillah... Memang sama. Sedap! Sebagai anak haruslah puji. Hehe... Tapi... Nak puji pun biarlah ikhlas... Bukan sekadar nak jaga hati orang tua. Ye tak?

Resepinya amatlah mudah. That why harus ditempek di sini. Mana tahu... Satu hari nanti teringin nak buat sendiri. Boleh search di blog sendiri. Hehe...
Tepung beras 500g, sedikit kapur sirih, jintan putih, minyak untuk menggoreng, ikan bilis dikisar halus dan perencah secukup rasa maggie.
Nak buat... Kena bancuh tepung dengan 4 gelas air. Then baru masukkan semua bahan. If guna acuan. Kena panaskan acuan terlebih dahulu barulah boleh goreng.
Mudahkan... Alhamdulillah, siap sudah tempahan orang sebanyak RM40 sempena perayaan gawai nanti. Selebihnya... Kami makan buat juadah minum petang. Haha...

Assalamu'alaikum ♥ CPUV Maxis OnePlus One ... Alhamdulillah, satu lagi campaign gandaan 3 Nuffnang bagi selepas BE McDonald'...



Assalamu'alaikum
CPUV Maxis OnePlus One... Alhamdulillah, satu lagi campaign gandaan 3 Nuffnang bagi selepas BE McDonald's Family [PC] beberapa hari yang lepas. Alhamdulillah... Rezeki Alia dan Ain. 

promosi maxis, maxis oneplus one,

Tapi... Setakat ni, aku tak berkesempatan lagi tengok campaign tersebut... Yang pasti ia semestinya promotion terbaru dari Maxis. Apa-apa pun terima kasih kepada pihak Nuffnang kerana berterusan memberi CPUV kepada blog biasa-biasa seperti blog aku ni. Tak lupa juga pada kawan-kawan yang sudi singgah. Terima kasih yer ^_<.


Assalamu'alaikum ♥ Dia.. Isteri luar biasa episod 5 . Sempat jugak tengok. Episod 4 memang aku tak follow. Busy sangat masa tu d...



Assalamu'alaikum
Dia.. Isteri luar biasa episod 5. Sempat jugak tengok. Episod 4 memang aku tak follow. Busy sangat masa tu di dapur. Tetiba Alia request nak makan sup ayam. Tapi... Kalau drama melayu... Setakat ketinggalan duatiga episod... Still boleh follow lagi cerita dia. Ye tak?

Sumber dari google image

Episod 5 semalam. Dewi Yusra dah tahu... Ke mana Dr. Raden akan pergi. So, dia ajaklah Nina dan Eda, sahabat baiknya vacation di tempat Dr. Raden akan pergi. Sampai je kat situ... Sah-sah jumpa Dr. Raden. Apalagi siap dinner bersama dan ikut Dr. Raden masuk hutan. Tapi kesian... Eda dan Nina kebosanan hingga menyebabkan Nina merajuk mintak di pujuk. 

Adakah cinta Dr. Raden dan Dewi Yusra berputik di situ... Atau Dr. Raden bertepuk sebelah tangan... Sehingga menjadi pucuk di cita ulam mendatang buat Dewi yang inginkan anak... Semata-mata untuk dapatkan zuriat bagi mewarisi business nasi ayam bonda miliknya.

Nak tahu sambungan ceritanya... Nanti... Kalau berkesempatan... Bolehlah tengok episod 6 malam ni.


Assalamu'alaikum ♥ Checkup 5 bulan Nur Ain Haziqah .   Semalam punya cerita. Sedikit coretan mengenainya. Bermula dengan episod ...



Assalamu'alaikum
Checkup 5 bulan Nur Ain Haziqah. Semalam punya cerita. Sedikit coretan mengenainya. Bermula dengan episod menunggu encik suami balik dari mengajar. Alhamdulillah... Before jam 2, encik suami dah sampai rumah. Ingatkan nak gerak awal jam 2 gitu... Tapi, Alia pulak tidur. Dah janji nak bawak dia sekali. So, tunggu dia bangun baru gerak.


Settle semua... Jam tiga suku gerak. Nasib baik orang tak ramai. Dalam dok menunggu giliran... Sempat jugak jejak kasih dengan rakan sekolah dulu. Nak dijadikan cerita... Ain dok perati je muka kawan aku tu yang sedang bercakap sambil pegang tangan Ain. Apalagi... Ain dah pandai memilih orang sekeliling terus melalak.

Kemudian... Bila kena panggil dengan nurse yang aku kenal. Nurse pun pegang kepala Ain. Terus sambung lagi menangis... Sampai kena injection pun still nangis. Dah settle injection, terus diam. Mak aii... Boleh pulak lepas injection dia diam... Kalau sebelum tu... Kalut jugak nak pujuk dia. Ain o Ain... Sabar jelah yer :)... Sampai duatiga orang jugak nurse tolong pujukkan... Pun tak jalan. Bagi nenen lagilah dia tak mau...

Tapi... Alhamdulillah, berat Ain naik 800gram. So, berat Ain 5 bulan ialah 6.8kg dan ketinggian... 65cm.

Alhamdulillah...

Assalamu'alaikum ♥ Suka sangat melompat ... Siapa lagi, kalau bukan si kakak. Pantang tengok meja atau kerusi. Mesti panjat dan ...



Assalamu'alaikum
Suka sangat melompat... Siapa lagi, kalau bukan si kakak. Pantang tengok meja atau kerusi. Mesti panjat dan lompat. 


Ada kalanya... Dia sengaja tarik kerusi di meja makan dapur... Naik dan terjun. Kekadang takut jugak tengok dia terjun... 

Lately, berkuranglah jugak bila aku selalu cerita kat dia... Ada budak jatuh kerusi... Patah gigi, patah kaki. Tahu jugak takut. Bila dah lupa... Start balik perangai suka melompatnya... Kena jugak ingatkan selalu... Kalau tak nanti bila nak berenti perangai suka melompat. Alia ni... Kekadang ada jugak sifat nakalnya. Hehe... Budak tengah nak membesarkan... Mesti semua benda dia nak try. Ye tak?


Assalamu'alaikum ♥ CPUV McDonald's Family [ PC ] . Bukak je akaun Nuffnang pagi ni. Check cpuv. Alhamdulillah, rezeki pagi ...



Assalamu'alaikum
CPUV McDonald's Family [ PC ]. Bukak je akaun Nuffnang pagi ni. Check cpuv. Alhamdulillah, rezeki pagi sabtu... Dapat 1 campaign gandaan 3 lagi dari Nuffnang. Tak silap campaign ni adalah iklan mengenai promosi di McDonald's.


Kat area aku tinggal sekarang ni takde McDonald's. Kalau nak pergi pun cuti pertengahan sekolah hujung bulan ni. Dulu... Masa ikut encik suami mengajar di Bintulu, selalu jugak pergi McDonald's tapau bubur untuk Alia... Dan semestinya chicken burger untuk hubby. 

Cuma sekarang ni... KFC dan SugarBun jelah tempat pilihan yang ada dekat dengan kami. Tu pun di Bandar Betong. Dulu nak pergi ke Betong dari Spaoh ambik masa 45 minit. Tapi... Dah ada shortcut... Tak sampai 15 minit dah sampai. Apalagi... Alia asyik dok mintak dibelikan KFC. That why selang duatiga hari encik suami selalu beli ayam. Nak elak Alia mintak KFC selalu... Aku buatkan sendiri ayam goreng simple untuk dia. Simple-Simple aku buat pun... Alia tak habis-habis memuji kata sedap. Haha...
Sekarang ni... Alhamdulillah, jarangla Alia nak mintak belikan KFC. Cuma... Sekali-sekala je encik suami tapaukan untuk dia. Sian katanya... Even si isteri boleh buat ayam goreng sendiri. Ye tak?


Assalamu'alaikum ♥ Apakah petua agar pulut lebih lemak?  Satu soalan yang pernah aku ajukan pada arwah nenek aku suatu ketika du...



Assalamu'alaikum
Apakah petua agar pulut lebih lemak? Satu soalan yang pernah aku ajukan pada arwah nenek aku suatu ketika dulu. Nenek suka masak nasi pulut. Aku cukup suka pulut yang dia buat. Sedap dan lemak.
Petua dia mudah saja... Untuk dapatkan pulut yang rasa lemaknya sedap. Pastikan beras pulut dicuci bersih dan direndam semalaman. Lepas tu... Barulah dimasak dengan santan.
Tetiba teringat time kecik-kecik dulu, nenek selalu buat pulut kuning, pulut panggang, ketupat dan kelupis. Sampaikan dibuat bekal untuk ke sekolah.

Sumber dari google

Petua turun-temurun pastinya akan dipraktikkan. Mak pun guna petua yang sama bila masak nasi pulut. Cumanya... Kekangan masa, membuatkan mak jarang nak buat nasi pulut. Huhu...


Assalamu'alaikum ♥ Baju Alia kini menjadi milik Ain ... Nur Ain Haziqah Baju tu... Adik lelaki aku bagi. Tak silap mas...



Assalamu'alaikum
Baju Alia kini menjadi milik Ain...

Nur Ain Haziqah

Baju tu... Adik lelaki aku bagi. Tak silap masa tu dia tak jadi cikgu lagi. Still tanam anggur. Then... Baju tu jugak Alia selalu pakai time umur 8 bulan.


Nampak sungguh beza Alia dan Ain. Hehe... Alia berat dia ikut bulan. If 8 bulan, berat pun 8kg lebih sikit je. Berlainan dengan Ain... 4 bulan dah 6kg. So, banyak jugaklah baju Alia yang masih elok aku simpan sebelum ni sepertimana yang pernah aku ceritakan DI SINI... Ain dah boleh pakai. Padahal duadua minum susu cap gantung. Haha... Biasalah, setiap perkembangan bayi bukannya sama. Betul tak?

Kemudian... Tiap kali Ain pakai baju Alia. Confirm Alia tegur... Cakap baju tu dia yang punya. Sekadar menegur je... Bukan tak bagi pinjam. Alia kan anak baik... Dan sangat sayang akan adiknya. So, takde masalahla untuk bagi adik dia pakai.

Alhamdulillah...


Assalamu'alaikum ♥ Dia.. Isteri luar biasa episod 3 , semestinya sambungan daripada episod 2 semalam di mana berakhirnya dengan...



Assalamu'alaikum
Dia.. Isteri luar biasa episod 3, semestinya sambungan daripada episod 2 semalam di mana berakhirnya dengan babak Dewi Yusra tidur beralaskan bahu Raden di dalam pesawat tanpa disedari Dewi.


Sumber dari google image

Rentetan itu, Raden jadi tak selesa sehingga membuatkan dia menjerit di telinga Dewi supaya bangun... Dan Dewi pun terbangun tersipu-sipu. Sepatah pun mereka tak bertegur... Sampailah Raden mengerjakan solat. Apalagi Dewi berangan nak bersuamikan Raden. 

Semasa hendak keluar dari pesawat. Masing-masing ambik beg tanpa memeriksa terlebih dahulu. Balik rumah je... Ketika cousin Raden membuka beg konon-konon ada ke tidak ole-ole dari oversea... Sudahnya, dia terkejut... Semua barang dalam beg tersebut adalah barang wanita. Huhu... Dah tersalah beg rupanya. 

Bermulalah episod Raden menghubungi Dewi untuk bertukar beg. Namun... Dewi memarahi Raden kononnya gunalah taktik lain kalau yer pun nak mengurat. Sampailah kat rumah Dewi membuka beg. Dah sudah... Semuanya barang lelaki. Apalagi... Dewi mula rasa bersalah sebab bercakap kasar dengan Raden.

Tu antara yang sempat aku tengok. Nak rekod pun tak menyempat sempat sibuk di dapur. Tetiba Alia lapar... Ada anak memang tak aman nak menonton tv. Huhu... Tapi rasanya, plot cerita pun dah boleh agak kot if ada yang dah baca novel dia.. Isteri luar biasa. Ye tak?


Assalamu'alaikum ♥ Ain juga seperti kakaknya Alia ... Sangat sukakan buku. Mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi. Mungkin gen a...



Assalamu'alaikum
Ain juga seperti kakaknya Alia... Sangat sukakan buku. Mana tumpahnya kuah, kalau tak ke nasi. Mungkin gen ayahnya yang lebih... That why begitu. Encik suami, kalau pergi tempat membeli belah... Tak sah kalau tak ke kedai buku. Walaupun ada ketikanya sekadar mencuci mata.

Aku percaya akan kata-kata para bijak pandai... Melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Walaupun ia nampak macam tak logik bagi bayi umur 5 bulan baca buku. Tak salah memberi pendedahan minat membaca seawal bayi lagi. Walaupun sekadar pegang dan belek. Tapi... Pendedahan saja tak guna... Kalau kita sendiri tidak menunjukkan minat membaca... Pun tak berhasil right.



Tengok gaya Ain... Seperti dah pro dan pandai membaca. Padahal... Sekadar pegang dan... Tak sampai seminit... Pasti ke mulut jugak peginya buku tu.

Semua benda nak dimasukkan ke mulut... Sabar yer Ain... Tinggal sebulan je lagi. Lepas tu... Dah boleh makan. Ok!


Assalamu'alaikum ♥ Apakah dosa bayi diperlakukan sebegitu?  Tetiba hati aku terusik bila teringatkan kisah bayi kena kerat seper...



Assalamu'alaikum
Apakah dosa bayi diperlakukan sebegitu? Tetiba hati aku terusik bila teringatkan kisah bayi kena kerat seperti berikut :-

JOHOR BAHRU – Berhati syaitan. Itulah yang boleh digambarkan daripada penemuan 15 cebisan anggota badan seorang bayi yang dikerat-kerat sebelum dibuang dan ditemui tersangkut pada perangkap sampah loji kumbahan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di sini kelmarin.
Anggota badan bayi itu ditemui pada pukul 10.30 pagi oleh empat pekerja kontraktor yang melakukan pembersihan pada perangkap sampah di loji yang mengumpul sisa kumbahan daripada 1,288 unit PPR tersebut.
Penemuan itu menggemparkan 6,000 penghuni di empat blok itu dan sehingga semalam mereka masih tertanya-tanya angkara siapakah kejadian menimpa bayi malang itu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Khamsani Abdul Rahman berkata, seorang pekerja terkejut apabila ternampak beberapa objek mencurigakan tersangkut pada besi perangkap sampah di loji kumbahan yang beroperasi sejak perte­ngahan tahun 2009.
“Pekerja itu dan rakan-rakannya kemudian mengumpul semua ce­bisan manusia itu, antaranya kaki dan tangan.
“Namun selepas dua jam, empat pekerja itu gagal menemui bahagian kepala bayi menyebabkan mereka kemudian melaporkan perkara itu kepada polis,” kata beliau di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di sini semalam.
Menurut beliau, polis yang me­nerima maklumat pada pukul 1.30 petang terus ke lokasi dan mengesahkan cebisan 15 anggota badan itu dipercayai milik seorang bayi.
Difahamkan polis tidak menolak kemungkinan anggota badan bayi yang mungkin baru dilahirkan sengaja dikerat-kerat sebelum dibuang ke dalam mangkuk tandas dan dipam.
“Tindakan itu menyebabkan anggota badan bayi itu terlekat pada perangkap sampah loji kumbahan,” kata beliau.
Sumber : Kosmo Online
Tak sanggup aku nak share bahagian badan bayi yang kena kerat. Nak tengok. Just google ok... Kenapalah kejam sangat... Sedangkan kucing pun sayangkan anak. Kalau yer pun tak nakkan bayi tu... Janganlah diperlakukan sedemikian rupa. Sungguh kejam. Ya Allah... Takde lansung ke sifat kasih sayang dalam diri sampai sanggup buat gitu. Huhu... Emo pulak aku haihhh.


Assalamu'alaikum ♥ Episod 2 Dia.. Isteri Luar biasa . Sedikit sinopsis ingin aku kongsi, berdasarkan penggayaan dan olahan bahas...



Assalamu'alaikum
Episod 2 Dia.. Isteri Luar biasa. Sedikit sinopsis ingin aku kongsi, berdasarkan penggayaan dan olahan bahasa sendiri. 

sinopsis dia isteri luar biasa episod 2,
Sumber dari google image

Sambungan daripada episod 1 bermula dengan episod Dewi Yusra mencari calon suami... Dengan bantuan Cik Kem. Dari lelaki gagah perkasa, seorang ustaz sehinggalah budak sekolah datang untuk ditemuduga... Semuanya Dewi Yusra reject. 

Sampailah satu ketika... Suatu malam, calon ke-11 ingin berjumpa dengannya secara terbuka di sebuah restoran. Nak tahu siapa... Rupanya Cik Kem sahabatnya sendiri datang melamar. Malah, sudah lama menyimpan perasaan terhadap Dewi Yusra. Namun... Ditolak oleh Dewi... Atas alasan tak nak lelaki lembut.

Selepas itu, ketika dia menjaga Nina... Anak Eda... Dan membawanya ke restoran nasi ayam bonda miliknya. Sekali lagi... Dr. Raden Amzar terjumpa dengan Dewi. Kali ini ketika Dewi sibuk berbincang dengan pekerjanya kot. Nina si budak nakal pulak datang ke meja Dr. Raden Amzar... Disebabkan kepetahan Nina bercakap... Dia turut menipu Dr. Raden... Mengatakan Dewi memuji Dr. Raden handsome dan ingin berkenalan. Disebabkan itu... Dr. Raden siap bagi business card lagi kepada Nina untuk dibagi kepada Dewi. Balik rumah... Nina bagi kat Dewi. Namun... Tiada respond. Ke manakah business card itu nanti? Adakah masih dalam simpanan Dewi?

Hari berganti hari... Dr. Raden sering datang ke cawangan restoran nasi ayam bonda tempat dia sering teserempak dengan Dewi... Dengan harapan untuk melihat Dewi. Namun... Gagal. Sehinggalah suatu saat... Dalam satu flight... Ke kota London. Dr. Raden Amzar duduk di sebelah Dewi Yusra. Namun... Kehadirannya tak diketahui oleh Dewi... Yelah... Masuk je pesawat. Dewi terus tidur. Dalam dok tidur tu... Tetiba kepala Dewi jatuh ke bahu Dr. Raden. Adakah Raden membiarkannya? Adakah Dr. Raden menolak kepalanya?... Semuanya pasti terjawab dalam episod 3 Dia.. Isteri luar biasa malam esok.

Tu antara point utama yang terkandung dalam Dia isteri luar biasa episod 2 yang sempat aku tengok. 


Assalamu'alaikum ♥ Duit kena burn atau tukar nombor akaun . Dua persoalan yang diajukan anonymous berkaitan entri aku bertajuk k...



Assalamu'alaikum
Duit kena burn atau tukar nombor akaun. Dua persoalan yang diajukan anonymous berkaitan entri aku bertajuk kad atm kena sekat. Terima kasih kepada yang bertanya.



Berdasarkan pengalaman aku. Setakat kad kena sekat. Takdelah kena tukar nombor akaun yer. Just tukar kad atm yang baru je. Duit dalam akaun pun still ada. Takde pun kena burn.

Diharap... info yang sedikit ini membantu dan terima kasih kerana sudi singgah.


Assalamu'alaikum ♥ Perkembangan Nur Ain 5 bulan . Sedikit cerita ingin aku kongsikan. Kalau semalam Kak Alia genap 3 tahun 3 bul...



Assalamu'alaikum
Perkembangan Nur Ain 5 bulan. Sedikit cerita ingin aku kongsikan. Kalau semalam Kak Alia genap 3 tahun 3 bulan. Harini... Adik pulak genap 5 bulan.



Jarang dah merengek... Cumanya mulut semakin becok mengeluarkan bunyi... Yang kekadang terselit jugak perkataan mak... Yah. Haha... 

Alhamdulillah... Duatiga hari lepas, Nur Ain dah start meniarap. Gembira melihatnya terutama encik suami. Masa Alia dulu... Dia tak ada masa sangat untuk melihat Alia meniarap. Semuanya dek kerana tuntutan kerja. Masa tu aku di kampung, hubby di belaga... Beratus kilometer kami terpisah.

Nur Ain juga dah start menunjukkan gelagat seperti mintak disuap makanan. Tapi... Kena sabar. Ada satu bulan lagi untuk makan. Kadang-kadang kesian jugak tengok dia... Bila tengok orang sekeliling makan... Ain pun tunjuk reaksi seperti mengunyah makanan. Sudahnya... Habis basah baju disebabkan air liur meleleh.

Isnin ni, Nur Ain checkup 5 bulan sekali dengan injection. Berapalah berat dia nanti yer?


Assalamu'alaikum ♥ Di kala usianya 3 tahun 3 bulan harini. Aku bagaikan tak percaya. Alia dah jadi sorang kakak dan anak yang ba...



Assalamu'alaikum
Di kala usianya 3 tahun 3 bulan harini. Aku bagaikan tak percaya. Alia dah jadi sorang kakak dan anak yang baik buat aku. Cepatnya... Masa berlalu. Rindunya aku di saat-saat Alia bergelar bayi. Mandikan dia... Pakaikan baju... Tidurkan dia... Dan suapkan dia bila makan.


Tapi... Sekarang, hampir separuh tugasku itu. Alia mampu lakukannya sendiri. Dia sudah tahu untuk berdikari... Malah, ringan tulang orangnya. Sayang Alia sangat-sangat. Semoga Alia menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat buat ayah dan mak.

I love you so much Alia.




Assalamu'alaikum ♥ Dia.. Isteri luar biasa episod 1  dah start malam ni. Sempat jugaklah tengok. Bermula dengan Dewi memukul sua...



Assalamu'alaikum
Dia.. Isteri luar biasa episod 1 dah start malam ni. Sempat jugaklah tengok. Bermula dengan Dewi memukul suami kawannya Eda di jalan semasa menunggu traffic light. Motif dia pukul kerana tak suka dengan suami Eda bersama dengan perempuan lain.

Sumber dari google image

Then... Dalam masa yang sama, situasi tersebut turut disaksikan oleh Raden Amzar. Selepas kejadian itu, Dewi Yusra ke rumah Eda untuk berjumpa Eda dan anaknya Nina. Then... Ceritakan apa yang dah berlaku. Dalam dok bercerita... Dewi Yusra tetiba teringat akan ibunya yang selalu kena pukul dengan ayahnya. Mungkin... Itu masalah utama Dewi dalam Dia... Isteri luar biasa kot... Susah untuk menerima lelaki.

Kemudian... Dewi berjumpa dengan keith foo... Tak silap memegang watak cik Kem di sebuah restoran untuk berbincang mengenai kerja. Sekali lagi... Raden Amzar melihat Dewi Yusra. Hehe... Jodoh tu.

Then... Dipendekkan cerita. Eda mintak tolong Dewi untuk menjaga Nina... Sebab nak uruskan hal penceraiannya. Dalam menjaga Nina... Tetiba Dewi Yusra teringin nak ada anak sendiri. Akibatnya... Dia telah pergi ke beberapa klinik swasta untuk mintak pendapatnya mengenai hasratnya untuk ada anak sendiri tanpa berkawin?

Last episod 1, Dewi mintak tolong keith foo untuk mencari pasangan sesuai untuk dia. Adakah keith foo berjaya mencarikan jodoh untuk Dewi Yusra? Pasti terjawab dalam episod seterusnya. Kenalah tengok episod 2 malam esok.

See... Siap boleh buat sinopsis episod 1 dia... Isteri luar biasa lagi. Bak kata suami. Tak sempat tengok. Record je. Kan senang. Haha...

Tapi... Tak sempat tengok pun... Kat rumah akan ada panglipurlara yang sudi bercerita balik... Apa susah. 



Assalamu'alaikum ♥ Ayam goreng tepung sedap buatan sendiri . Salah satu menu tengahari kami harini. Sedap tak sedap... Kenalah p...



Assalamu'alaikum
Ayam goreng tepung sedap buatan sendiri. Salah satu menu tengahari kami harini. Sedap tak sedap... Kenalah puji sendiri dulu. Haha...

Actually, aku jarang nak guna tepung kentucky untuk buat ayam goreng. Lebih gemar bancuh sendiri. Nak buat ayam goreng rangup dan sedap gaya aku amatlah mudah. Sabarlah dengan pujian angkat bakul sendiri aku yer. Orang tak reti masak memang gitu. Bila suami dan anak kata sedap... Mulalah nak share resepi. Haha...



Berikut adalah resepi ayam goreng tepung aku:-
Bahan terdiri daripada tepung, cili tepung, air untuk membancuh dan perencah secukup rasa. 
Cara buat pulak. First things, rebus ayam. Dah masak uli dengan kesemua bahan dan goreng dengan api yang perlahan.
Bila dah jemu makan ayam goreng... Selalunya encik suami akan request ayam masak kicap. Tak pun sup ayam simple... Sebabnya, selang duatiga hari encik suami pasti akan beli ayam. Tak sah kalau takde ayam. Obses sangat dengan ayam. Haha...


Assalamu'alaikum ♥ Minggu keenam Qu Puteh Bintang Bersama Bintang ... Still tak ketinggalan untuk tengok. Minggu ni punya tema b...



Assalamu'alaikum
Minggu keenam Qu Puteh Bintang Bersama Bintang... Still tak ketinggalan untuk tengok. Minggu ni punya tema bebas. Tinggal 5 kumpulan lagi berentap. Kumpulan kepoh tarik diri atas alasan ada masalah yang tak dapat mereka elakkan.

Sumber dari google image

Pada aku... Untuk minggu ke-6, pesembahan para peserta biasa-biasa je. Mungkin dek kerana tiada penyingkiran kot... Tu persembahan dorang buat macam biasa je... Takde yang menarik sangat even ada acey mahupun bocik.

Then... Pemenang untuk QPBBB minggu keenam pulak disandang oleh kumpulan Titan. Sama macam bocik dan acey... Masuk kali kedua memenangi wang tunai berjumlah RM10,000. Ke nanti ada kejutan... Penyingkiran di minggu-minggu akhir. Ye tak? Sapa tahu...

Next week... If rajin dan ada kelapangan... Bolehlah tengok minggu ke tujuh QPBBB. Kalau rajin. Haha...

Baca Juga : Minggu Kelima QPBBB



Assalamu'alaikum ♥ Gantikan gula dengan stevia . Kisah encik suami tetiba membeli sebotol stevia dengan rakannya beberapa hari y...



Assalamu'alaikum
Gantikan gula dengan stevia. Kisah encik suami tetiba membeli sebotol stevia dengan rakannya beberapa hari yang lepas. Sebotol stevia 10ml, harganya RM50. Mahal atau tidak... Yang pasti, produk untuk kesihatan mesti berganda harganya. Ye tak?


apa itu stevia, kebaikan stevia, kelebihan stevia, harga sebotol stevia,

Menurut sumber...
Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis atau pengganti gula pasir adalah stevia dari spesis Rebaudiana. 
Stevia juga dikenali sebagai “Pokok Gula” di Malaysia kerana dipercayai boleh mengurangkan dan mengawalkan kencing manis. - Sumber : SteviaMalaysia
Itu tentang Stevia berdasarkan sumber. Dapat je dari hubby... Aku try masukkan setitik dalam gelas berisi lebih kurang 200ml air. Cukup manis bagi aku yang kurang pemanis. Setitik pun dah manis tau. Rasanya... Pada yang tak kuat minum air manis, pasti sebotol stevia boleh guna sampai duatiga bulan kot.


Assalamu'alaikum ♥ OST Dia isteri luar biasa merupakan lagu berjudul Potret oleh Akim & The Majistret . Sudah menjadi fenomen...



Assalamu'alaikum
OST Dia isteri luar biasa merupakan lagu berjudul Potret oleh Akim & The Majistret. Sudah menjadi fenomena, drama Melayu zaman sekarang seperti filem hindustan. Pastinya mempunyai lagu temanya yang tersendiri.

Sumber dari google image

Actually, aku kurang ilmu bab-bab lagu sebenarnya. Jarangla nak ambik tahu. Bila tengok promo dia isteri luar biasa dengan gimik yang menarik dan berlatar belakangkan lagu yang sedap untuk didengari... Apalagi, aku pun try search di google untuk mencari apakah judul lagu ost dia isteri luar biasa. Siap copy paste lirik lagu pulak tu. Huhu...


Lirik Lagu Potret - Akim & The Majistret

Terangi malamku dengan syair indahmu
Menenun kasih dalam sepi yang terasing
Saat kau pergi, lemasku bila tiadamu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Engkau bagaikan bintang-bintang di angkasa
Hanya mampu melihat kamu yang terbiar
Walaupun sakit, walaupun pedih tak berdaya

Berjalan tenang menghampiri persisiran
Melakar namamu di sisi pasir pantai
Pastinya hilang, tidak rasaku kepadamu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah

Hati ini tak akan terbahagi

Sampai harus ku pergi
Menuju aku kepadamu jadi satu
Meraih kasih kita

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi 
Sumber Lirik Lagu : Liriklagumuzika  
Insya Allah, kalau berpeluang... Bolehlah tengok nanti. Episod 1 dia isteri luar biasa akan mula ditayangkan pada Isnin ni... 18 Mei 2015, 6:55 petang... Semestinya di tv3.

Assalamu'alaikum ♥ Ayam masak kicap paling mudah nak buat , entri masak-masak untuk lunch harini. Alia dan encik suami cukup suka...



Assalamu'alaikum
Ayam masak kicap paling mudah nak buat, entri masak-masak untuk lunch harini. Alia dan encik suami cukup suka dengan ayam masak kicap simple yang aku masak. Boleh tambah 2 pinggan nasi dibuatnya. Encik suami punya statement... Confirm! Akan puji isteri lebih. Haha...

Nak buat... Cukup mudah!

Bahan terdiri daripada 500gram ayam yang dah dipotong, 4 ulas bawang putih, 4 ulas bawang merah, sedikit minyak, sayur kacang, halia, kicap dan sedikit gula.
Cara masak pulak... First, tumbuk kesemua bahan then tumiskan. Dah naik bau... Masukkan ayam dan kicap. Then tambah sedikit air. Bila dah hampir masak. Baru masuk sedikit gula dan kacang.
Untuk makluman jugak. Biasanya dalam pantang, mak masakkan jugak ayam masak kicap gaya aku ni. Seafood memang tak makan dalam pantang. Kononnya... Menyebabkan gatal pada jahitan. Sebagai orang muda... Aku ikutkan je pantang larang orang tua-tua... Selagi boleh ikut. Haha...



Assalamu'alaikum ♥ Berakhir dengan kegembiraan begitulah yang berlaku dalam episod 28 atau episod akhir Hati Perempuan harini . R...



Assalamu'alaikum
Berakhir dengan kegembiraan begitulah yang berlaku dalam episod 28 atau episod akhir Hati Perempuan harini. Rasanya... Jarangla drama Melayu berakhir dengan kesedihan kan... Semuanya berakhir dengan kegembiraan.

Mula-mula suspen jugak tengok Yuhanis kena pukul bahagian perut dengan orang suruhan Ku Lin... Sebab dalam 2 episod sebelumnya... Aku jangkakan Yuhanis mengandung. Tak sangka... Jangkaan aku betul rupanya. Hehe...

Well... Drama melayu kan. Pasti sikit sebanyak jalan ceritanya kita boleh jangkakan. Cumanya bila watak pelakon tu menarik... Tu yang tertarik nak menonton. 

Berbalik pada Yuhanis kena pukul. Sudahnya... Dia keguguran dan orang suruhan Ku Lin pun kena tangkap. Yelah... Sepandai-pandai tupai melompat, pasti jatuh ke tanah jugak. Rentetan itu... Ku Lin jadi tidak keruan. Tengku Zaril pulak... Bengang terus menyerang Ku Lin dan Nazim.

Apalagi... Tengku Zaril kena pukul dari belakang dengan Nazim. Tapi... Nasib baik sekadar pengsan. Huhu... Dipendekkan cerita. Tak cukup itu, Ku Lin menyelinap masuk ke villa Tengku Zaril dengan tujuan untuk membunuh Yuhanis. Namun tak berjaya. Akhirnya... Ku Lin dan Nazim kena tangkap.

Sumber dari facebook hati perempuan

Last... After 6 years, Tengku Zaril dan Yuhanis dah ada dua cahaya mata dan hidup dengan gembira. Dah tamat. Next week 18 Mei 2015... Start dengan episod 1 Dia... Isteri luar biasa. Nak tahu sinopsis drama Dia isteri luar biasa... Bolehlah baca sinopsisnya DI SINI