Assalamu'alaikum
Trending terkini akibat hati perempuan apabila ramai yang tercari-cari tudung bawal satin... Sepertimana terkandungnya di dalam keywords Nuffnang aku. 



Jelas lagi nyata, seperti yang kita ketahui... Heroin drama hati perempuan iaitu watak Yuhanis yang dipegang oleh Mia Ahmad begitu anggun dengan menggayakan tudung bawal satin. Pasti ramai yang ingin memiliki tudung seperti Yuhanis right?


Sumber dari google image

Begitulah trend sekarang ni. Bila sesuatu drama atau filem itu famous, sudah pastinya sesuatu perilaku, pakaian mahupun dialog para pelakon menjadi ikutan dalam masyarakat. Tak mustahil kan!

Pada aku... Itu adalah merupakan sifat positif yang harus dikekalkan. Namun, biarlah apa yang kita ikut itu membawa ke arah kebaikan... Dan bukannya keburukan.