Assalamu'alaikum ♥ Tak tahu nak tonton channel mana... Sudahnya tv3 jugak jadi pilihan. Satu rancangan ala-ala maharajalawak berl...

Tonton Qu Puteh Bintang Bersama Bintang

/
0 Comments


Assalamu'alaikum
Tak tahu nak tonton channel mana... Sudahnya tv3 jugak jadi pilihan. Satu rancangan ala-ala maharajalawak berlansung. Rupanya rancangan Qu puteh bintang bersama bintang. Blur dengan objektif rancangannya... Mulalah aku mencari info mengenainya di internet.


Sumber daripada google image

Berdasarkan sumber... Rancangan Qu puteh Bintang bersama bintang adalah sebuah rancangan realiti tv yang menampilkan dua genre lawak dan nyanyian sebagai cabaran untuk para peserta bersaing bagi merebut hadiah wang tunai di mana juara qu puteh bintang bersama bintang akan menerima wang tunai berjumlah RM50, 000.

Antara peserta yang menyertai qu puteh bintang bersama bintang termasuk enam kumpulan dan jugak peserta solo adalah seperti berikut :-

  • Achey - Juara Bintang Mencari Bintang Musim 1
  • Abam Dan Fad (Bocik)
  • Ammar Dan Issey (Titan)
  • Izzu Dan Pian (Kepoh) - Juara Bintang Mencari Bintang Musim 2
  • Ariff Dan Kamal (Sumbu)
  • Chiwan Dan Achik (Chilok)
Menurut info yang aku dapat ia akan bersiaran selama 10 minggu dan tiada sebarang penyingkiran setiap episod sehinggalah ke final. Penaja utama adalah Vida Beauty dan setiap minggu... Juara mingguan akan membawa wang tunai berjumlah RM10, 000... Dan juara untuk minggu pertama ni adalah Achey.


Sumber : Rossa Calla

For this week... Pada aku persembahan para peserta biasa-biasa je. Warming up kot... Al-maklumlah... Baru first episod. Tapi lepas Qu puteh bintang bersama bintang ada drama best... Berjudul Malihah... Insya Allah nanti ada kelapangan aku akan review ok.






ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: