Assalamu'alaikum
Tanda cinta pasangan suami isteri terbukti apabila Yuhanis disahkan mengandung sebaik sahaja Tengku Zaril membawanya ke hospital dalam hati perempuan episod 15. Ternyata jangkaan aku betul. Haha...



Malah berita gembira itu membuatkan Tengku Amalin marah dan merasakan dirinya tergugat. Daniel Idrus pula tak habis-habis mengejar Yuhanis. Sampai bila pun tak tahulah. Haha... Yang pasti mesti sampai ke episod akhir. Ye tak?

Sumber dari google image

Dalam masa yang sama... Ibu Hanis datang ke KL apabila mendengar berita gembira itu sebaik sahaja Tengku Zaril memberitahunya. Tindakan Tengku Zaril menjemput ibunya datang ke rumah membuatkan Hanis marah. Selain itu, ibu Yuhanis juga mencadangkan agar Yuhanis di bawa balik ke JB. Namun... Yuhanis tak bersetuju.

Kemudian... Di satu plot yang lain... Yuhanis berjumpa dengan Daniel dan Tengku Amalin sempat ambik gambar mereka berdua. Mesti next episod iaitu episod 16 hati perempuan... Tengku Amalin jadikan gambar tersebut untuk mereka-reka cerita agar Tengku Zaril bergaduh dengan Yuhanis.

Episod 15 tamat dengan kehadiran Ku Lin ke rumah... Dan membuatkan Yuhanis seperti tidak menyukai kehadirannya...

Haha... Boleh pulak karang cerita semula yer :)