Assalamu'alaikum
Hampir Menuju Ke Klimaks... Itulah gambaran yang mula ditunjukkan dalam episod 13 dan 14 Hati Perempuan. Tengku Amalin yang dilakonkan oleh Bella Nazeri mula menganggu Tengku Zaril kembali. Manakala Daniel Idrus berterusan mengejar Yuhanis... Dengan harapan Yuhanis kembali kepadanya. Ingatkan promo episod 13 before ni Yuhanis menangis bila Tengku Amalin menarik Tengku Zaril tu betul-betul. Rupanya mimpi. Dah jangka dah sebenarnya.
Part paling menarik episod 14 hati perempuan ialah part Tengku Zaril asyik nak makan... Sampai suruh Yuhanis buat bubur jagung. Yuhanis pulak asyik pening-pening. Haha... Macam hint kan yang Yuhanis mengandung. Adakah betul atau tidak Yuhanis mengandung... Kenalah tengok episod seterusnya.


Sumber dari google image

Kalau tak sabar nak tahu kesudahannya bolehlah baca online novel hati perempuan. Try google. Mesti ada punya.

Makin menarik pulak jalan ceritanya... Before tamat episod 14 tadi, ada jugak tengok promo episod 15 hati perempuan. Nampak gaya macam Yuhanis meluahkan rasa pada Tengku Zaril sampai mintak maaf. 

Hurmmm... Penuh dengan tanda tanya terutamanya kepada yang memilih menonton sendiri di tv berbanding dengan yang membaca secara online novel hati perempuan kan...