Back to Top

14 April 2015

Alia, Ain Dan Hati Perempuan



Assalamu'alaikum ♥
Bila dah terjebak dengan plot cerita yang menarik... Pastinya aku akan curi masa untuk menonton. Walaupun Ain sibuk nak bf... Menyempat jugak layan episod 9 Hati Perempuan semalam.


Sumber daripada google image

Semalam punya cerita... Tengku Zaqif sibuk mengejar Edriana. Yuhanis dan Tengku Zaril pulak asyik tidak sehaluan... Ada-ada sahaja yang mereka gaduhkan. Walaupun bergaduh... Terselit jugak rasa cemburu plus marah di hati Yuhanis bila melihat Tengku Zaril ber'selfie dengan peminat perempuannya semasa di luar office... Mungkin sifat cemburu dan marah itu datang disebabkan panggilan telefon yang diterimanya sebelum tu dari seorang perempuan yang tidak dikenali... Yang mengatakan Tengku Zaril berperangai tak elok. Betul ke?

Balik dari office... Tengku Zaril temankan Yuhanis belikan ubat di Farmasi. Rupanya... Dalam diam Yuhanis beli ubat perancang.

Adakah Yuhanis makan ubat tersebut? Huhu... Suatu pagi masa nak pergi kerja... Yuhanis check kunci di dalam beg... Tetiba terperasan... Ada benda lain yang hilang... Adakah pil perancang yang hilang?... Namun... Episod 9 tamat di situ.

Tapi tengok promo episod 10 hati perempuan semalam... Tengku Zaril menangis memarahi Yuhanis mengatakan bahawa anak itu adalah anugerah dari Allah dan tak semua orang memilikinya...

Huhu... Tak sabar nak tengok adegan tu malam ni. Sampai habis aku menonton... Alia pulak tengok aku khusyuk layan hati perempuan sambil menyusukan Ain... lansung tak kacau. Biasalah... Slot untuk layan tablet... Mesti dia tak nak lepaskan peluang.


2 comments:

  1. TQ fiza bg sipnopsis semalam.muni sibuk kt dapur tak concentrate tgok Malam tadi..dok gila gak cerita ni.huhu

    ReplyDelete
  2. Petang2 memang tak sempat nak layan cite ni kat TV. Asyik tengok kat tonton je.

    ReplyDelete