Assalamu'alaikum ♥ Cerita Tentang Mereka . Semalam tanggal 18 April 2015 , genaplah umur si kakak 3 tahun 2 bulan . Semakin ...

Cerita Tentang Mereka

/
1 Comments


Assalamu'alaikum
Cerita Tentang Mereka.



Semalam tanggal 18 April 2015, genaplah umur si kakak 3 tahun 2 bulan. Semakin berusia semakin berakal... Juga teserlah sifat seorang kakak dalam dirinya. Tak padan dengan kecik... Sesekali ada hati nak bawak Ain. Sangat senang di jaga. Cuma... Kurang makan. Menyusu pulak terlebih... Disebabkan panas kot... Lately, sering terkena ulser di mulut. Anak ayah sungguh... 

Harini ni pulak tanggal 19 April 2015, genaplah umur Ain 4 bulan. Cepatnya masa berlalu right. InsyaAllah 23hb nanti checkup 4 bulan. Berapalah nanti berat Ain yer? Hurmmm...


Yelah... Lately Ain pun kurang menyusu. Lebih memilih untuk bermain daripada menyusu. Malah, time menyusu... Perhatiannya mula beralih kepada orang sekeliling apabila sesekali dipanggil namanya... Juga kepada benda-benda di sekeliling. That why... Bila nak menyusukan Ain aku selalu bawak dia ke bilik... Selalu sangat tak menumpukan perhatian kepada menyusu.

Bukan tu saja... Apabila dibaringkan atas perut, Ain cuba untuk mengangkatkan kepala dan bahunya seberapa tinggi dan menggunakan lengannya untuk mengampu dan menahan. Bijak sungguh... Membuat tekan tubi mini yer. Haha... Seronok tengok gelagat Ain sekarang ni. Alhamdulillah... Satu perkembangan yang baik.

Bila part bermain... Ain sekarang dah boleh memanjangkan tangannya dan merampas sesuatu objek, walaupun lazimnya first time dia mencuba... Ain terlepas daripada sasarannya. Apabila memegang sesuatu, dia akan pandang seketika... Then, cuba untuk memasukkannya ke dalam mulut.

Alhamdulillah... Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk melihat perkembangan Alia dan Ain di depan mata. 




ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. Suka bila baca cerita ttg anak2 ni.. mcm2 karenah mrk yg mencuit hati..hihi..comel..

    ReplyDelete