Assalamu'alaikum ♥ Semalam, Even ada sahaja benda nak dibuat... Sempat jugak... Curi-curi tengok episod 5 hati perempuan.  Tak sa...

Bagai Pinang Di belah Dua!

/
0 Comments


Assalamu'alaikum
Semalam, Even ada sahaja benda nak dibuat... Sempat jugak... Curi-curi tengok episod 5 hati perempuan. Tak sangka jalan ceritanya boleh tahan jugak walaupun ramai pelakon baru.

Sumber daripada google image

Suka tengok watak yang dipegang oleh Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad. Ibarat tak suka, tapi mahu. Haha... 

Semalam punya episod. Mak Yuhanis terima pinangan bonda dan ayahanda Tengku Zaril. So... Nak atau tidak... Yuhanis dah pun jadi tunangan Tengku Zaril. Namun... Yuhanis still mengharap Nizam, rakan sepejabatnya meluahkan perasaan terhadapnya. Mungkin disebabkan berasa terlalu berprotokol apabila bersama dengan Tengku Zaril. Yelah! Orang ternama... Semua benda pasti wartawan berebut nak tahu. Tapi... Apakan daya. Ego sangat... Gigit jarilah Nizam nampak gayanya.

Adik aku kata muka Mia Ahmad macam muka Shiela Hamzah. Mereka bersaudara ke? Haha... Sampai gitu sekali review adik aku pasal drama hati perempuan. 

Pada aku... Syarul Ridzwan dan Mia Ahmad adalah gandingan yang mantap jugak dalam cerita ni. Walaupun watak mereka nampak hambar... Tapi sweet dan romantik.

Tu sekadar pendapat aku okeh...




ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: