Assalamu'alaikum
Alhamdulillah, Alia dan Ain tidur. Jadi menjadi rutin... Aku akan ambik peluang tersebut untuk update blog. 

Actually, selalu jugak tengok trending di google untuk carian dalam 7 hari. Tapi tak pernah pun nak review mengenainya. Entah! Harini tetiba pulak aku tertarik dengan trending di google terutamanya di Malaysia... Di mana, kata kunci yang paling popular dalam dua minggu kebelakangan ini adalah seperti berikut:-

  1. Jamaluddin Jarjis
  2. Fast Furious
  3. Furious 7
  4. Paul Walker



Seperti yang kita tahu, baru-baru ni iaitu tanggal 4 April 2015... Negara kita digemparkan dengan satu berita di mana sebuah helikopter terhempas di Semenyih dan antara yang turut terkorban adalah Tan Sri Dr. Jamaluddin Mohd Jarjis. Beliau dilahirkan pada 25 Mei 1951 dan merupakan ahli politik Malaysia dari Rompin, Pahang. Takziah buat ahli keluarga beliau. Dari DIA kita datang, kepada DIA juga kita pergi... Bak kata orang... Ajal tak mengenal usia. Semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat.

Berlainan pulak dengan Paul Walker. Iaitu seorang pelakon Amerika dan bekas peragawan. Terkenal dengan lakonannya dalam The Fast and The Furious. Meninggal di penghujung tahun 2013 dek kerana terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Disebabkan meninggal dunia, filem Fast and Furious tertangguh selama setahun. 

Walaubagaimana pun, tak silap 3 April 2015, The fast and furious 7 telah ditayangkan di pawagam. Dengar cerita... Filemnya best. Watak yang dilakonkan oleh Paul Walker pun digantikan oleh abangnya. Betul atau tidak kenalah tengok sendiri.

Tapi sayang... Sejak ada baby... Aku tak berkesempatan nak tengok wayang walaupun hubby teringin. Encik suami pulak tak suka nak tengok sorang-sorang kalau isteri takde di sebelah. Haha...