Assalamu'alaikum ♥ 4 bulan 11 hari ... Umur Nur Ain harini. Tidur malam seawal jam 7 malam. Bangun pagi pulak seawal jam 5 pagi....



Assalamu'alaikum
4 bulan 11 hari... Umur Nur Ain harini. Tidur malam seawal jam 7 malam. Bangun pagi pulak seawal jam 5 pagi. Sudahnya... Jam 8 pagi after breakfast susu ibu. Sambung balik tidur sambil mendengar alunan surah maryam. Itulah rutin Nur Ain setiap hari. 



Semoga menjadi anak yang bijak lagi solehah buat ayah dan emak. Amin...


Assalamu'alaikum ♥ Kebaikan Memakan Brokoli hari-hari . Tapi... Kalau hari-hari makan sayur yang sama, mesti jemu jugak right. Na...



Assalamu'alaikum
Kebaikan Memakan Brokoli hari-hari. Tapi... Kalau hari-hari makan sayur yang sama, mesti jemu jugak right. Namun... Kalau rajin mempelbagaikan masakan. Kemungkinan rasa jemu atau muak dapat dielakkan demi mendapat khasiat sesuatu makanan. Betul tak?

Sumber dari google image

Dalam majalah iSIHAT keluaran Ogos 2012, pada halaman 9... Terdapat satu info hasil daripada kajian di Havard yang mana mengatakan bahawa brokoli dapat memberi perlindungan terhadap kanser pundi kencing. Jadi... Pada penggemar brokoli pasti ia membawa berita gembira buat mereka.

Kalau dalam famili aku... Semua suka makan brokoli... Terutamanya bila campur dengan sup ayam. Huhu... Sebab tu kalau shopping barang dapur... Sayur brokoli tak ketinggalan. Tak sah kalau tak ada.


Assalamu'alaikum ♥ Sakitnya tuh di sini... Di dalam hatiku.  Begitulah sakitnya hati bila tengok episod 18 hati perempuan semalam. R...



Assalamu'alaikum
Sakitnya tuh di sini... Di dalam hatiku. Begitulah sakitnya hati bila tengok episod 18 hati perempuan semalam. Ramai yang sakit hati dengan watak Yuhanis dalam hati perempuan yang dikatakan semakin mengada-ngada dan melawan suami. Adakah Yuhanis mula mencintai suaminya, Tengku Zaril? Nak tahu... Kenalah tengok sambungan ceritanya malam ni dalam episod 19.


Sumber dari facebook tv3

Tengku Amalin pulak semakin hari semakin cuba untuk merosakkan rumahtangga Tengku Zaril dan Yuhanis. Tengok promo episod 19 semalam... Ku Lin seperti mengajak Daniel Idrus untuk bekerjasama untuk dapatkan kekasih hati yang diinginkan.

Dua watak yang berbeza tapi membuatkan ramai peminat hati perempuan sakit hati. Haha... Tu tandanya lakonan mereka menjadi right.


Assalamu'alaikum ♥ Resepi bubur ayam paling mudah pun aku nak share. Begitulah bila minat berkongsi cerita. Sampai... Apa yang di...



Assalamu'alaikum
Resepi bubur ayam paling mudah pun aku nak share. Begitulah bila minat berkongsi cerita. Sampai... Apa yang dimakan pun nak share. Hehe... Sabar jelah yer.


Semalam punya cerita. Tetiba Alia mintak buatkan bubur. Semudah mee maggie aku buatkan. Haha... Seperti biasa masak nasi dulu. Then, masukkan ayam yang dipotong dadu. Then tumiskan bahan-bahan seperti halia, bawang merah dan bawang putih dan masukkan dalam bubur yang dah dicampurkan dengan ayam. Last sekali masukkan mixed vegetables bila hampir nak masak.

Bila siap. Masukkan sedikit garam dan taburkan bawang goreng buatan sendiri. Tak main beli-beli. Hehe... Lagi-lagi sekarang gst. Serba-serbi kena berjimat if boleh berjimat right.

Sudahnya... Sampai 2 mangkuk Alia habiskan. Alhamdulillah.


Assalamu'alaikum ♥ Bila dah berkumpul menonton tv, pasti ada yang jadi pengulas free rancangan di tv... Terutamanya si emak.  ...



Assalamu'alaikum
Bila dah berkumpul menonton tv, pasti ada yang jadi pengulas free rancangan di tv... Terutamanya si emak. 


Sumber dari google image

Semalam dalam dok layan episod 17 hati perempuan... Sampai ke tamat. Tak habis-habis mak mengutuk yang Tengku Zaril dan Yuhanis sama-sama keras kepala. Siap bagi ceramah free lagi dengan aku dan hubby... Katanya, dalam rumahtangga janganlah berperangai gitu. Jangan dok nak jadi I'm right. 

Huhu... Sabo jelah. Tapi kan... Pada aku, dalam realiti kehidupan kita sekalipun. Hati perempuan mana yang tak cemburu tengok suami dengan perempuan lain even hanya sekadar gambar. Tipulah kalau tak cemburu. 

Lagi-lagi time mengandung. Wah! Memang sensitif habis. Pantang silap sikit... Confirm! Merajuk. Jangan nak main-main dengan isteri yang mengandung. 


Assalamu'alaikum ♥ Trending terkini akibat hati perempuan apabila ramai yang tercari-cari tudung bawal satin ... Sepertimana terk...



Assalamu'alaikum
Trending terkini akibat hati perempuan apabila ramai yang tercari-cari tudung bawal satin... Sepertimana terkandungnya di dalam keywords Nuffnang aku. 



Jelas lagi nyata, seperti yang kita ketahui... Heroin drama hati perempuan iaitu watak Yuhanis yang dipegang oleh Mia Ahmad begitu anggun dengan menggayakan tudung bawal satin. Pasti ramai yang ingin memiliki tudung seperti Yuhanis right?


Sumber dari google image

Begitulah trend sekarang ni. Bila sesuatu drama atau filem itu famous, sudah pastinya sesuatu perilaku, pakaian mahupun dialog para pelakon menjadi ikutan dalam masyarakat. Tak mustahil kan!

Pada aku... Itu adalah merupakan sifat positif yang harus dikekalkan. Namun, biarlah apa yang kita ikut itu membawa ke arah kebaikan... Dan bukannya keburukan.


Assalamu'alaikum ♥ Checkup 4 Bulan Nur Ain Haziqah . Tanggal 23 April 2015, Ain checkup untuk 4 bulan. Takde injection... Cuma t...



Assalamu'alaikum
Checkup 4 Bulan Nur Ain Haziqah.

Tanggal 23 April 2015, Ain checkup untuk 4 bulan. Takde injection... Cuma timbang berat je pun. Alhamdulillah... Perkembangan Nur Ain baik dan normal semuanya. Itulah dia kebaikan susu ibu kan?

Berat : 6kg
Tinggi : 61cm

Cumanya... Satu kejadian telah berlaku. Jam 2:30 petang gitu, Masuk je klinik Ain terus menangis... Pelbagai cara dah aku guna untuk pujuk dia... Pun tak menjadi. Cuak juak aku. Nasib baik klinik kampung... Nurse pun kenal aku. Kad dah hantar dah kad kaunter... Tak sempat bagitau dorang... Aku terus ajak encik hubby masuk kereta balik. Tukar baju Ain. Maybe dia tak selesa pakai romper. Still nangis walaupun Alia turut memujuk menggunakan mainan yang ada dalam kereta... Dah sudah. Mesti kes tak cukup tidur.



Actually, seharian dia tak tidur kat umah gara-gara jiran sebelah bising dengan mesin kayu. Dalam kereta pun... Still nangis. Balik rumah... Bukak baju, bagi dia menyusu baring... Barulah dia tidur. Huh! Menguji kesabaran betul.

Jam 4 petang gitu barulah ke klinik balik. Haha... Nurse dah tunggu dah. Last person kau. Nasib baik nurse yang handle aku kenal. Tak lama pun... Tak sampai 10 minit gitu dah balik.

Ain... Ain. Kekadang menguji kesabaran sungguh. Semoga Ain menjadi anak yang solehah.


Assalamu'alaikum ♥ Tanda cinta pasangan suami isteri  terbukti apabila Yuhanis disahkan mengandung sebaik sahaja Tengku Zaril memb...



Assalamu'alaikum
Tanda cinta pasangan suami isteri terbukti apabila Yuhanis disahkan mengandung sebaik sahaja Tengku Zaril membawanya ke hospital dalam hati perempuan episod 15. Ternyata jangkaan aku betul. Haha...



Malah berita gembira itu membuatkan Tengku Amalin marah dan merasakan dirinya tergugat. Daniel Idrus pula tak habis-habis mengejar Yuhanis. Sampai bila pun tak tahulah. Haha... Yang pasti mesti sampai ke episod akhir. Ye tak?

Sumber dari google image

Dalam masa yang sama... Ibu Hanis datang ke KL apabila mendengar berita gembira itu sebaik sahaja Tengku Zaril memberitahunya. Tindakan Tengku Zaril menjemput ibunya datang ke rumah membuatkan Hanis marah. Selain itu, ibu Yuhanis juga mencadangkan agar Yuhanis di bawa balik ke JB. Namun... Yuhanis tak bersetuju.

Kemudian... Di satu plot yang lain... Yuhanis berjumpa dengan Daniel dan Tengku Amalin sempat ambik gambar mereka berdua. Mesti next episod iaitu episod 16 hati perempuan... Tengku Amalin jadikan gambar tersebut untuk mereka-reka cerita agar Tengku Zaril bergaduh dengan Yuhanis.

Episod 15 tamat dengan kehadiran Ku Lin ke rumah... Dan membuatkan Yuhanis seperti tidak menyukai kehadirannya...

Haha... Boleh pulak karang cerita semula yer :)


Assalamu'alaikum ♥ Sticker dari aunty untuk Alia . Semalam punya cerita. Balik dari mengajar... Hubby mesti bawak Alia ke kedai r...



Assalamu'alaikum
Sticker dari aunty untuk Alia. Semalam punya cerita. Balik dari mengajar... Hubby mesti bawak Alia ke kedai runcit Aunty Anney. Satu-satunya kedai cina yang hubby suka pegi. Katanya... Susunan barang jualannya tersusun dan harga barang pun mengikut standard yang ditetapkan. 


Hubby kata... Masuk je Alia ke kedai tu. Terus Aunty Anney tegur "hai! Amoi cantik". Then, masa balik tengok kat tangan Alia ada sticker angry bird. Hubby ingatkan Alia ambik nak beli. Hubby bayarlah. Aunty Anney kata "bagi kat amoi cantik je". Dah sudah... Tiap kali pergi kedai dia, Alia mesti dapat sesuatu dia bagi. Baik sungguh!


Assalamu'alaikum ♥ Hampir Menuju Ke Klimaks ... Itulah gambaran yang mula ditunjukkan dalam episod 13 dan 14 Hati Perempuan.   Te...



Assalamu'alaikum
Hampir Menuju Ke Klimaks... Itulah gambaran yang mula ditunjukkan dalam episod 13 dan 14 Hati Perempuan. Tengku Amalin yang dilakonkan oleh Bella Nazeri mula menganggu Tengku Zaril kembali. Manakala Daniel Idrus berterusan mengejar Yuhanis... Dengan harapan Yuhanis kembali kepadanya. Ingatkan promo episod 13 before ni Yuhanis menangis bila Tengku Amalin menarik Tengku Zaril tu betul-betul. Rupanya mimpi. Dah jangka dah sebenarnya.
Part paling menarik episod 14 hati perempuan ialah part Tengku Zaril asyik nak makan... Sampai suruh Yuhanis buat bubur jagung. Yuhanis pulak asyik pening-pening. Haha... Macam hint kan yang Yuhanis mengandung. Adakah betul atau tidak Yuhanis mengandung... Kenalah tengok episod seterusnya.


Sumber dari google image

Kalau tak sabar nak tahu kesudahannya bolehlah baca online novel hati perempuan. Try google. Mesti ada punya.

Makin menarik pulak jalan ceritanya... Before tamat episod 14 tadi, ada jugak tengok promo episod 15 hati perempuan. Nampak gaya macam Yuhanis meluahkan rasa pada Tengku Zaril sampai mintak maaf. 

Hurmmm... Penuh dengan tanda tanya terutamanya kepada yang memilih menonton sendiri di tv berbanding dengan yang membaca secara online novel hati perempuan kan...

Assalamu'alaikum ♥ Bagaimana Mengajar Anak Untuk Berkongsi Dengan Mudah?  Satu persoalan akan timbul... Bila anak dah bertambah d...



Assalamu'alaikum
Bagaimana Mengajar Anak Untuk Berkongsi Dengan Mudah? Satu persoalan akan timbul... Bila anak dah bertambah duatigaempat orang. Kesabaran dan corak dalam mendidik peribadi anak-anak semakin komplek. Lebih-lebih lagi mengenai konsep berkongsi.

Walaupun Alia dan Ain masih terlalu kecil untuk memahami apa itu berkongsi. Namun, pada aku ia wajib diajar berkongsi sejak dari kecik lagi. Bak kata pepatah lentur buluh biarlah dari rebungnya.

Berdasarkan pengalaman dan pembacaan, berikut adalah 5 cara yang mungkin berguna bagi aku untuk mengajar Alia dan Ain berkongsi.


1Pilih Mainan yang Betul
Pilih permainan yang mempunyai ciri-ciri berkongsi atau memerlukan 2 orang pemain ataupun memerlukan bantuan orang dewasa. Contohnya seperti permainan puzzle yang encik suami belikan untuk Alia baru-baru ni . Pasti untuk siapkan satu puzzle, Alia perlukan bantuan kami berdua. Disinilah peluang berkongsi dan bermain bersama Alia digunakan sebaik mungkin.

2Jadikan Diri Kita Sebagai Contoh
Mainkan peranan kita sebagai contoh terbaik. Kita as a parents mesti menunjukkan tauladan berkongsi. Kerana anak-anak adalah peniru terbaik. Sekiranya bermain dengan mereka, pastikan mengikut giliran bermain. 

3Puji dan Galakkan Anak-anak
Puji mereka apabila mereka sudi berkongsi dengan rakan. Dengan cara ini mereka suka lakukannya dengan kerap. Jika boleh, pujilah mereka di hadapan orang yang dia sayangi. Si ibu boleh kata begini, “Tengahari tadikan ayah, Alia kongsi tengok upin ipin di tablet dia bersama Ain. Baik sungguh dia dengan adik”.

4Bincang Dan Pujuk
Kadang-kala anak tidak mahu berkongsi  sebab permainan tersebut permainan kesayangan mereka. Atau mungkin juga ada sejarah silam yang membuatkan mereka tidak mahu berkongsi. Permainan mereka dirosakkan atau dihilangkan. Guna kebijaksanaan kita untuk pujuk mereka. Ibubapa pastinya lebih mengenali anak mereka dengan lebih dekat.

5Kuatkuasakan  Undang-undang
Setiap barang mainan yang baru dibeli, letakkan satu undang-undang. “Ini ayah punya mainan, Alia nak main, boleh. Tapi kena main dengan ayah.” Jangan berikan kuasa milik mutlak pada mereka. Tegur sikap mereka yang terus merampas barang yang mereka mahukan. Simpan barangan tersebut setelah bermain bersama. Undang-undang ini tidak semestinya dikuatkuasa pada semua mainan, cuma sesetengah permainan sahaja.

Sumber info : Excelqhalif

Mungkin teknik ini mampu mendidik Alia dan Ain untuk berkongsi. InsyaAllah...



Assalamu'alaikum ♥ Ikea - Bed & Bath (Phase...) , iklan Nuffnang terbaru aku dapat. Alhamdulillah... Rezeki hari Isnin buat Ali...



Assalamu'alaikum
Ikea - Bed & Bath (Phase...), iklan Nuffnang terbaru aku dapat. Alhamdulillah... Rezeki hari Isnin buat Alia dan Ain. Tapi... Aku still tak berkesempatan lagi untuk tengok iklan tersebut berlegar di blog.



Terima kasih buat pihak Nuffnang dan rakan-rakan yang memberi sokongan. Tanpa korang... Sunyilah blog ini... Yang pasti, entri ini bukan untuk menunjuk atau riak. Tiada lansung di hati... Yang hanya adalah... Niat untuk mencatat sejauh mana perjalanan perkongsian ceritaku di sini.

Alhamdulillah...


Assalamu'alaikum ♥ Pelakon watak Daniel Idrus dalam Hati Perempuan . Sumber dari google Siapa tak kenal Hafreez Adam pen...



Assalamu'alaikum
Pelakon watak Daniel Idrus dalam Hati Perempuan.


Sumber dari google

Siapa tak kenal Hafreez Adam penerima Anugerah artis baharu lelaki popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) yang telah berlansung pada 5 April 2015 baru-baru ni.

Hafreez Adam atau nama sebenarnya Hafreez Adam Aizat Bin Zahilan merupakan anak kedua daripada tiga orang beradik.  Finalis Hero Remaja 2012. Pernah menjadi model iklan Amanah Saham Nasional dan Jobseek.

Berumur 25 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur. Memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan dengan drama Tanah merah. Selain itu, turut berlakon dalam drama dan telefilem lain seperti Lembuku Ben, Bila Hati Berbicara, Puteri Malam, Ride, Talak, berkalung Rahmah serta terbaru dalam drama Hati perempuan dengan memegang watak Daniel Idrus iaitu bekas kekasih Yuhanis.


Sumber  Profil Ringkas Hafreez Adam : Bakul2011



Lastly, menurut penulis blog Cik Akak... 

Hafreez Adam Juga merupakan seorang blogger. Nak tahu... Bolehlah usha blog Hafreez Adam di http://thesestoriesaboutlife.blogspot.com/


Assalamu'alaikum ♥ Minggu kedua Qu Puteh Bintang Bersama Bintang. Sumber dari google Seawal jam 8 malam, Alia dan Ain dah ti...



Assalamu'alaikum
Minggu kedua Qu Puteh Bintang Bersama Bintang.


Sumber dari google

Seawal jam 8 malam, Alia dan Ain dah tidur. Apalagi... Masa itu emas, setelah settle semua kerja... Sempat jugak menonton Minggu kedua Qu Puteh Bintang Bersama Bintang. Tema minggu ni situasi di terminal bas.

Pada aku... Even single, Achey tetap lawak. Malam ni dia bergandingan dengan Aisyah AF. Bawak pulak lagu ala-ala hindustan. Memang menjadi lah lawak mereka berdua... 

Tapi... Pemenang minggu kedua Qu Puteh Bintang Bersama Bintang malam ni... tak sangka, dan tak diduga... Kumpulan TITAN. Macam dalam iklan je. Titan nak menang. Haha...

Hurmmm... Ingatkan Achey lagi menang. 


Assalamu'alaikum ♥ Pelakon watak Yuhanis Hati Perempuan  pastinya mencuri perhatian ramai peminat drama slot akasia terbaru Hati ...



Assalamu'alaikum
Pelakon watak Yuhanis Hati Perempuan pastinya mencuri perhatian ramai peminat drama slot akasia terbaru Hati Perempuan... Dengan gayanya yang manis... Menggayakan tudung bawal satin.


Sumber gambar daripada google image

Watak Yuhanis actually dilakonkan oleh pelakon Mia Ahmad. Berdasarkan sumber, nama penuh Mia Ahmad ialah Shamiha Binti Ahmad Baderi. Mia Ahmad just nama komersial beliau. Berumur 27 tahun dan lahir pada 22 Februari 1988.

Mia Ahmad berasal dari Taiping, Perak. Antara Drama dan Telefilem yang pernah dilakonkan adalah seperti Romi Cinta Julia, Rindu Awak 200%, Ku Tak Rela and now Hati Perempuan. Nak tahu perkembangan Mia Ahmad... Bolehlah usha...


  • Twitter: https://twitter.com/miaahmad
  • Instagram: https://instagram.com/mia.ahmad
  • Facebook: https://www.facebook.com/miaahmadofficial

Sumber Biodata ringkas Mia Ahmad : Bakul2011

Tu serba sedikit profil ringkas mengenai Mia Ahmad. Lepas ni takdelah tertanya-tanya... Mia Ahmad berasal dari mana? Haha...


Assalamu'alaikum ♥ Cerita Tentang Mereka . Semalam tanggal 18 April 2015 , genaplah umur si kakak 3 tahun 2 bulan . Semakin ...



Assalamu'alaikum
Cerita Tentang Mereka.



Semalam tanggal 18 April 2015, genaplah umur si kakak 3 tahun 2 bulan. Semakin berusia semakin berakal... Juga teserlah sifat seorang kakak dalam dirinya. Tak padan dengan kecik... Sesekali ada hati nak bawak Ain. Sangat senang di jaga. Cuma... Kurang makan. Menyusu pulak terlebih... Disebabkan panas kot... Lately, sering terkena ulser di mulut. Anak ayah sungguh... 

Harini ni pulak tanggal 19 April 2015, genaplah umur Ain 4 bulan. Cepatnya masa berlalu right. InsyaAllah 23hb nanti checkup 4 bulan. Berapalah nanti berat Ain yer? Hurmmm...


Yelah... Lately Ain pun kurang menyusu. Lebih memilih untuk bermain daripada menyusu. Malah, time menyusu... Perhatiannya mula beralih kepada orang sekeliling apabila sesekali dipanggil namanya... Juga kepada benda-benda di sekeliling. That why... Bila nak menyusukan Ain aku selalu bawak dia ke bilik... Selalu sangat tak menumpukan perhatian kepada menyusu.

Bukan tu saja... Apabila dibaringkan atas perut, Ain cuba untuk mengangkatkan kepala dan bahunya seberapa tinggi dan menggunakan lengannya untuk mengampu dan menahan. Bijak sungguh... Membuat tekan tubi mini yer. Haha... Seronok tengok gelagat Ain sekarang ni. Alhamdulillah... Satu perkembangan yang baik.

Bila part bermain... Ain sekarang dah boleh memanjangkan tangannya dan merampas sesuatu objek, walaupun lazimnya first time dia mencuba... Ain terlepas daripada sasarannya. Apabila memegang sesuatu, dia akan pandang seketika... Then, cuba untuk memasukkannya ke dalam mulut.

Alhamdulillah... Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk melihat perkembangan Alia dan Ain di depan mata. 


Assalamu'alaikum ♥ Bilakah Sepatutnya Menukar Lampin Bayi?  Lahir saja anak... Banyak perkara perlu kita ketahui lebih-lebih lagi ...



Assalamu'alaikum
Bilakah Sepatutnya Menukar Lampin Bayi? Lahir saja anak... Banyak perkara perlu kita ketahui lebih-lebih lagi sebab mengapa bayi menangis. Seperti yang kita ketahui, bayi tak reti nak bercakap... So, tangisan adalah cara untuk mereka menyatakan ketidakselesaan yang mereka alami.


Sumber daripada google image

Salah satu punca kenapa bayi suka menangis ialah apabila lampin yang dipakai basah. Di sini aku nak share la berdasarkan pengalaman... Tiada masa tertentu untuk menukar lampin sebenarnya.

Pada aku... Lagi kerap lagi bagus. Almost dua jam sekali la terutamanya selepas bayi menyusu... Bukan sahaja boleh elak bayi menangis. Aku rasa ruam lampin pun pasti takde. 

Setakat ni alhamdulillah... Alia dan Ain tak pernah lagi kena ruam lampin. Tipsnya... Kena tukar lampin selalu ok. Sian baby... Kalau ruam tu... Mesti punggung melecet. Selagi tak elok... Selagi tu lah menangis.


Assalamu'alaikum ♥ Harini adik balik UNIMAS dah. Ingat kawan dia ajak balik petang drive sendiri. Rupanya pagi-pagi lagi call bag...



Assalamu'alaikum
Harini adik balik UNIMAS dah. Ingat kawan dia ajak balik petang drive sendiri. Rupanya pagi-pagi lagi call bagitau bertolak pukul 9:00 pagi.


Tak sempat nak masak, mak suruh adik beli kuih di pasar. Alhamdulillah... Even GST, kuih still 3 biji seringgit. Dapatlah kuih donut, roti goreng berinti sardin dan kelupis. 

Actually, kelupis terkenal musim raya. Tapi... Sekarang hari-hari mesti ada di jual di pasar. So, siapa yang mengidam tu senanglah nak dapat.

Nak buat pun bukannya susah. Just kukus beras pulut, santan dan dimasukkan garam secukup rasa. Dah masak baru bungkus dengan daun palas. Nak tahan sampai duatiga hari... Kukus balik kelupis yang dah siap dibungkus.

Senangkan... Cumanya ada masa atau tak nak buat.




Assalamu'alaikum ♥ Sementara masih mengikuti drama hati perempuan, apa salahnya kongsikan sinopsis setiap hari di sini. Haha...  ...



Assalamu'alaikum
Sementara masih mengikuti drama hati perempuan, apa salahnya kongsikan sinopsis setiap hari di sini. Haha... 

Sumber daripada google image

Sambungan kisah kematian Tan Sri Idris iaitu ayah kepada Daniel Idrus dalam episod 11. Rupanya kematian ayahnya adalah disebabkan oleh kemalangan... Perkhabaran berita sedih itu juga turut membawa Tengku Zaril dan Yuhanis untuk pergi menziarahi keluarga Arwah. Namun, ia mengundang reaksi serba salah di muka Yuhanis.

Sampai di rumah Tan Sri Idris... Tengku Zaril terus duduk untuk bersama-sama membacakan surah yasin. Manakala Yuhanis pula still berada di hadapan pintu seperti takut untuk masuk... Sambil mengimbau kenangan lalu ketika bercinta dengan Daniel Idrus. Di mana dia pernah datang ke rumah tersebut. Namun, hubungan cinta mereka tidak direstui malah Yuhanis jugak turut ditampar oleh ibu Daniel kerana mereka beranggapan bahawa Yuhanis inginkan kemewahan yang dimiliki oleh Daniel Idrus... Walaubagaimana pun, sebaik sahaja melihat Yuhanis... Ibu Daniel Idrus terus memeluk Yuhanis dan memohon maaf di atas apa yang telah berlaku sebelum ni. 

Melihat kemesraan di antara mak Daniel Idrus itu... Tengku Zaril seperti mencurigai hubungan mereka dengan Yuhanis. Oleh yang demikian, Tengku Zaril telah mengupah seorang lelaki untuk menyiasat hubungan Yuhanis dan Daniel Idrus.

Dalam masa yang sama... Daniel juga mahu design projek yang dibuat oleh Yuhanis untuk projek syarikatnya. Namun, Yuhanis menolak projek tersebut apabila mengetahui client yang inginkan design projek tersebut adalah Daniel Idrus.

Episod 12 hati perempuan tamat di mana Tengku Zaril bertanyakan kepada Yuhanis sendiri apakah hubungan dia dengan Daniel Idrus. Huhu... Mesti best sambungan episod 13 hati perempuan next week kan. Tengok promo... Ku Lin turut muncul apabila terlanggar Yuhanis. Apakah motif kemunculannya... Terpaksalah tunggu next episod. Huhu... Tapi, kalau rasa tak sabar nak tahu next scene kenalah baca online novel hati perempuan. Biasanya... Kalau Aku jarang nak baca novel online... Al-maklumlah, beranak kecil ni waktu tu terbatas. 


Assalamu'alaikum Walaupun sibuk dengan kerja seorang ibu... Boleh lagi nak menonton episod 11 hati perempuan . Rupanya semalam p...



Assalamu'alaikum
Walaupun sibuk dengan kerja seorang ibu... Boleh lagi nak menonton episod 11 hati perempuan. Rupanya semalam punya episod iaitu episod 10, event yang paradigma buat adalah untuk meraikan birthday Tengku Zaril. Tapi Yuhanis tak tahu pun yang event itu adalah untuk meraikan harijadi Tengku Zaril. 


Walaubagaimana pun, Kehadiran Daniel Idrus membuatkan Yuhanis tidak keruan. Takut nanti diketahui oleh Tengku Zaril. Manakala Tengku Zaqif pula tidak berputus asa untuk mendapatkan Cikgu Edriana. Namun, permintaannya untuk menjadikan Cikgu Edriana sebagai kawan masih lagi tidak diterima oleh Cikgu Edriana.

Suatu hari semasa berada di padang golf, Tengku Zaril terlanggar Daniel sehingga menyebabkan mereka sedikit bertegang urat. Tengku Zaril berasa tidak puas hati terhadap Daniel... lebih-lebih lagi mengetahui Daniel adalah anak kepada Tengku Idris iaitu sahabat baik kepada ayahanda Tengku Zaril.

Bila di rumah suatu malam... Tengku Zaril balik daripada office terserempak dengan bonda dan ayahandanya sehingga membuatkan ayahanda dan bondanya menasihati Tengku Zaril supaya membawa Yuhanis pergi honeymoon melihatkan keadaan mereka seperti bukan pasangan baru berkahwin yang asyik sibuk memanjang dengan kerja office. Tetiba Yuhanis muncul menyelamatkan keadaan dengan bertanya kepada Tengku zaril ada ke tidak dia belikan barang yang dia pesan. Padahal itu cuma helah untuk mengelak daripada ayahanda dan bonda mereka membebel.

Paling sweet bila Tengku Zaril meminta Yuhanis memanggilnya dengan panggilan B. Sudahnya Yuhanis akur dengan permintaan suaminya. Haha...

Episod 11 tamat dengan edegan pergaduhan antara Daniel dan ayahnya sehingga menyebabkan ayahnya keluar dari rumah. Suatu ketika sedang Daniel berbual dengan ibunya satu panggilan telefon di terima menyatakan ayah Daniel meninggal dunia. Apakah punca kematian ayah Daniel?... Kenalah tengok episod 12 hati perempuan malam ni. Haha...

Tonton online episod 11 Hati Perempuan : DI SINI



Assalamu'alaikum ♥ Update simple dari aku. Sekadar catatan untuk pencapaian blog sebenarnya... Bukan untuk menunjuk-nunjuk. Na...



Assalamu'alaikum
Update simple dari aku. Sekadar catatan untuk pencapaian blog sebenarnya... Bukan untuk menunjuk-nunjuk. Na'uzubillah... Lansung tiada niat di hati.



Alhamdulillah... Rezeki 15 April 2015. Sekali lagi pihak Nuffnang bagi iklan 3 berganda berkaitan Digi Postpaid. Nak tahu lebih lanjut mengenainya... Bolehlah lawati laman web digi postpaid.

Terima kasih Nuffnang dan kawan-kawan yang sudi singgah di sini. Tanpa korang... Sunyilah blog ni.


Assalamu'alaikum ♥ Nampak gayanya... Berpeluang lagi tengok slot akasia hati perempuan semalam... Sah! Pil perancang kepunyaan Yu...



Assalamu'alaikum
Nampak gayanya... Berpeluang lagi tengok slot akasia hati perempuan semalam... Sah! Pil perancang kepunyaan Yuhanis yang hilang dalam episod 9... Diambil oleh Tengku Zaril. Marah sungguh Tengku Zaril terhadap Yuhanis. Sebenarnya Yuhanis belum bersedia nak ada baby. Namun... Yuhanis tak makan pun lagi pil perancang tersebut. Akibatnya Yuhanis dan Tengku Zaril tak bertegur sapa. Namun... Lepas Yuhanis keluar dengan bonda dan ayahanda Tengku Zaril... Semasa main squash... Yuhanis terhantuk... Sudahnya ia menjadi alasan untuk dia menagih simpati dengan suaminya. 

Haha... Lelaki, hakikatnya cair dengan kata-kata perempuan... Terutamanya pada perempuan yang mereka cintai. Akhirnya Tengku Zaril memaafkan Yuhanis.

Manakala Zaqif, iaitu adik kedua Tengku Zaril pulak sibuk mengejar cikgu Edriana... Sampai sanggup ke rumahnya. Bila sampai di rumah cikgu Edriana... Berjumpa dengan sorang pompuan. Maybe housemate dia kot... Tak habis lagi pun pompuan tu terangkan ke mana Edriana pergi. Zaqif terus balik dan membuat conclusion sendiri tanpa mengetahui perkara yang sebenar. Pada dia... Cikgu Edriana dah pun berkahwin. 

Dalam dok sibuk mereka dengan kehidupan memasing. Ayahanda Tengku Zaril mengadakan 1 event... Di mana event tersebut merupakan perjumpaan di antara ahli lembaga pengarah dan jugak staf syarikat mereka dan ia merupakan antara acara tahunan yang sering mereka adakan. Nak atau tidak... Janggal atau tak... Yuhanis terpaksa ikut Tengku Zaril untuk menghadiri acara tersebut.

Dek kerana bosan... Yuhanis keluar daripada bilik tempat event tersebut. Di situ dia terjumpa balik bekas kekasihnya... Siapakah dia? Adakah dia yang menjadi perosak hubungan antara Tengku Zaril dan Yuhanis... Dan bukannya Ku Lin. Hurmmm... Kalau ada masa, bolehlah tengok episod 11 hati perempuan malam ni untuk tonton kesinambungan ceritanya. Ye tak?


Assalamu'alaikum ♥ Sejak lahir lagi, Alia mula menyayangi Ain. Tiada lansung menampakkan sikap cemburu walaupun terpaksa berkongs...



Assalamu'alaikum
Sejak lahir lagi, Alia mula menyayangi Ain. Tiada lansung menampakkan sikap cemburu walaupun terpaksa berkongsi kasih. 

Kasih sayangnya terhadap Ain teserlah lebih-lebih lagi apabila dia selalu diusik nakal oleh sanak-saudara yang bertandang ke rumah.

Mereka selalu usik Alia bagitau nak bawak Ain balik. Apalagi Alia... Mula nak nangis sambil mulut tak henti-henti kata jangan.


Pagi tadi sempat jugak aku capai phone... Ambik gambar Alia dan Ain sebagai koleksi untuk tatapan di hari mendatang. 

Sayang sungguh dia akan adiknya. Semoga Alia jadi kakak yang baik buat Ain.


Assalamu'alaikum  ♥ Bila dah terjebak dengan plot cerita yang menarik... Pastinya aku akan curi masa untuk menonton. Walaupun Ain...



Assalamu'alaikum ♥
Bila dah terjebak dengan plot cerita yang menarik... Pastinya aku akan curi masa untuk menonton. Walaupun Ain sibuk nak bf... Menyempat jugak layan episod 9 Hati Perempuan semalam.


Sumber daripada google image

Semalam punya cerita... Tengku Zaqif sibuk mengejar Edriana. Yuhanis dan Tengku Zaril pulak asyik tidak sehaluan... Ada-ada sahaja yang mereka gaduhkan. Walaupun bergaduh... Terselit jugak rasa cemburu plus marah di hati Yuhanis bila melihat Tengku Zaril ber'selfie dengan peminat perempuannya semasa di luar office... Mungkin sifat cemburu dan marah itu datang disebabkan panggilan telefon yang diterimanya sebelum tu dari seorang perempuan yang tidak dikenali... Yang mengatakan Tengku Zaril berperangai tak elok. Betul ke?

Balik dari office... Tengku Zaril temankan Yuhanis belikan ubat di Farmasi. Rupanya... Dalam diam Yuhanis beli ubat perancang.

Adakah Yuhanis makan ubat tersebut? Huhu... Suatu pagi masa nak pergi kerja... Yuhanis check kunci di dalam beg... Tetiba terperasan... Ada benda lain yang hilang... Adakah pil perancang yang hilang?... Namun... Episod 9 tamat di situ.

Tapi tengok promo episod 10 hati perempuan semalam... Tengku Zaril menangis memarahi Yuhanis mengatakan bahawa anak itu adalah anugerah dari Allah dan tak semua orang memilikinya...

Huhu... Tak sabar nak tengok adegan tu malam ni. Sampai habis aku menonton... Alia pulak tengok aku khusyuk layan hati perempuan sambil menyusukan Ain... lansung tak kacau. Biasalah... Slot untuk layan tablet... Mesti dia tak nak lepaskan peluang.


Assalamu'alaikum ♥ Tak tahu nak tonton channel mana... Sudahnya tv3 jugak jadi pilihan. Satu rancangan ala-ala maharajalawak berl...



Assalamu'alaikum
Tak tahu nak tonton channel mana... Sudahnya tv3 jugak jadi pilihan. Satu rancangan ala-ala maharajalawak berlansung. Rupanya rancangan Qu puteh bintang bersama bintang. Blur dengan objektif rancangannya... Mulalah aku mencari info mengenainya di internet.


Sumber daripada google image

Berdasarkan sumber... Rancangan Qu puteh Bintang bersama bintang adalah sebuah rancangan realiti tv yang menampilkan dua genre lawak dan nyanyian sebagai cabaran untuk para peserta bersaing bagi merebut hadiah wang tunai di mana juara qu puteh bintang bersama bintang akan menerima wang tunai berjumlah RM50, 000.

Antara peserta yang menyertai qu puteh bintang bersama bintang termasuk enam kumpulan dan jugak peserta solo adalah seperti berikut :-

  • Achey - Juara Bintang Mencari Bintang Musim 1
  • Abam Dan Fad (Bocik)
  • Ammar Dan Issey (Titan)
  • Izzu Dan Pian (Kepoh) - Juara Bintang Mencari Bintang Musim 2
  • Ariff Dan Kamal (Sumbu)
  • Chiwan Dan Achik (Chilok)
Menurut info yang aku dapat ia akan bersiaran selama 10 minggu dan tiada sebarang penyingkiran setiap episod sehinggalah ke final. Penaja utama adalah Vida Beauty dan setiap minggu... Juara mingguan akan membawa wang tunai berjumlah RM10, 000... Dan juara untuk minggu pertama ni adalah Achey.


Sumber : Rossa Calla

For this week... Pada aku persembahan para peserta biasa-biasa je. Warming up kot... Al-maklumlah... Baru first episod. Tapi lepas Qu puteh bintang bersama bintang ada drama best... Berjudul Malihah... Insya Allah nanti ada kelapangan aku akan review ok.




Assalamu'alaikum ♥ Dek kerana rambut gugur dan kepala yang gatal. Adik perempuan aku try beli syampu Safi Shayla color oren yang...



Assalamu'alaikum
Dek kerana rambut gugur dan kepala yang gatal. Adik perempuan aku try beli syampu Safi Shayla color oren yang mana membantu mengawal keguguran rambut... Dengan harga RM7.90. Itu harga di Betong, Sarawak ok. Maybe tempat lain... Harganya lebih murah. 


Sumber daripada google image

Nak dijadikan cerita... Selepas seminggu dia menggunakannya dengan cara penggunaan syampu yang betul. Hasilnya amat memuaskan... Walaupun rambut still gugur... Namun, Gatal kepala pun dah kurang even tak 100% at least berkurang. Lagipun... Baru seminggu je pun... 

Oh! Ya bau syampu Safi Shayla pun wangi even taklah sewangi pantene. Hehe...


Assalamu'alaikum ♥ Alhamdulillah... Permulaan bulan April yang baik. Sekali lagi pihak Nuffnang bagi Buffered Earning berganda k...



Assalamu'alaikum
Alhamdulillah... Permulaan bulan April yang baik. Sekali lagi pihak Nuffnang bagi Buffered Earning berganda kepada blog aku. Actually ada satu lagi iklan berganda... Iaitu berkaitan sunsilk pink variant.

Namun... Tetiba tengok iklan McDonalds Fanta Frozen. Macam sedap je. So, sepantas kilat aku meng'google mengenainya. Haha...


Actually, untuk dapatkan frozen cups secara percuma seperti yang dimaksudkan kenalah klik iklan tersebut untuk dapatkan kupon. Nanti boleh tebus di McDonalds berdekatan. Tak pun... Pergi ke laman McDonald's terus... Pun boleh dapatkan kupon free kat situ.

Bagi yang tinggal berdekatan cawangan McDonald's.. Rebutlah peluang untuk dapatkan fanta frozen secara percuma. Tak macam tempat tinggal aku. McDonald's takde lagi... Yang ada cumalah KFC dan Sugarbun.


Assalamu'alaikum ♥ Alhamdulillah, Alia dan Ain tidur. Jadi menjadi rutin... Aku akan ambik peluang tersebut untuk update blog....



Assalamu'alaikum
Alhamdulillah, Alia dan Ain tidur. Jadi menjadi rutin... Aku akan ambik peluang tersebut untuk update blog. 

Actually, selalu jugak tengok trending di google untuk carian dalam 7 hari. Tapi tak pernah pun nak review mengenainya. Entah! Harini tetiba pulak aku tertarik dengan trending di google terutamanya di Malaysia... Di mana, kata kunci yang paling popular dalam dua minggu kebelakangan ini adalah seperti berikut:-

  1. Jamaluddin Jarjis
  2. Fast Furious
  3. Furious 7
  4. Paul Walker



Seperti yang kita tahu, baru-baru ni iaitu tanggal 4 April 2015... Negara kita digemparkan dengan satu berita di mana sebuah helikopter terhempas di Semenyih dan antara yang turut terkorban adalah Tan Sri Dr. Jamaluddin Mohd Jarjis. Beliau dilahirkan pada 25 Mei 1951 dan merupakan ahli politik Malaysia dari Rompin, Pahang. Takziah buat ahli keluarga beliau. Dari DIA kita datang, kepada DIA juga kita pergi... Bak kata orang... Ajal tak mengenal usia. Semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat.

Berlainan pulak dengan Paul Walker. Iaitu seorang pelakon Amerika dan bekas peragawan. Terkenal dengan lakonannya dalam The Fast and The Furious. Meninggal di penghujung tahun 2013 dek kerana terlibat dengan satu kemalangan jalan raya. Disebabkan meninggal dunia, filem Fast and Furious tertangguh selama setahun. 

Walaubagaimana pun, tak silap 3 April 2015, The fast and furious 7 telah ditayangkan di pawagam. Dengar cerita... Filemnya best. Watak yang dilakonkan oleh Paul Walker pun digantikan oleh abangnya. Betul atau tidak kenalah tengok sendiri.

Tapi sayang... Sejak ada baby... Aku tak berkesempatan nak tengok wayang walaupun hubby teringin. Encik suami pulak tak suka nak tengok sorang-sorang kalau isteri takde di sebelah. Haha...


Assalamu'alaikum ♥ Alhamdulillah... Di atas peluang dan ruang yang ada untuk aku terus berkongsi cerita. Bila minat menebal, past...



Assalamu'alaikum
Alhamdulillah... Di atas peluang dan ruang yang ada untuk aku terus berkongsi cerita. Bila minat menebal, pastinya aku akan mencuri masa untuk mengarang sesuatu.

Now, aku tengah upgrade blog aku. Just nak bertukar angin katanya. Hehe... Guna free responsive template je pun dari google. Walaubagaimana pun... Lupakan dulu pasal tu. Tapi, kalau tengok blog aku agak berserabut tu faham-faham jelah yer. 

Semalam punya cerita, before start dengan projek mencantikkan blog... Sempat jugak tengok sambungan episod 5 drama hati perempuan.

Dalam episod 6 drama hati perempuan semalam, akhirnya Tengku Zaril dan Yuhanis diijabkabulkan dengan kehadiran semua family Tengku Zaril... Termasuklah 2 orang adiknya yang baru balik dari London.

Namun... Part yang tak best... Muncul pulak Ku Lin iaitu seorang perempuan yang pernah menyukai Tengku Zaril suatu ketika dulu. Berangan-angan untuk memusnahkan kehidupan Tengku Zaril yang mana dia tidak mahu mana-mana perempuan mendekati atau mengahwini Tengku Zaril. 

Adakah Ku Lin akan menjadi perosak rumahtangga Tengku Zaril dan Yuhanis?. 

Kenalah tengok episod 7 malam ni.


Assalamu'alaikum ♥ Perkembangan terbaru haruslah dicatat... Lebih-lebih lagi bila ada baby. Setiap perilaku dan pencapaian pasti ...



Assalamu'alaikum
Perkembangan terbaru haruslah dicatat... Lebih-lebih lagi bila ada baby. Setiap perilaku dan pencapaian pasti mencuit hati... Malah sesekali membuatkan ibu seperti aku teruja lebih even dah ada anak dua orang. Hehe...



Lately Nur Ain semakin lincah. Pergerakan tangannya semakin teratur. Malah dah pandai pegang benda. Suka tarik baju dan hisap, membuatkan dia leka seperti ketagihan. 


Tak cukup itu... Walaupun dah kenyang menyusu... Sesekali jari telunjuk pulak dia masukkan ke dalam mulut.



Untuk elak Nur Ain terbiasa hisap jari atau baju... Aku belikan dia teethier untuk dihisap. Maybe Nur Ain nak tumbuh gigi... Itulah andaian encik suami dan emak. Mungkin... Siapa tahu kan. Haha...