Assalamu'alaikum, hai ♥ Selepas menyusukan Ain. Mata susah nak pejam. Tetiba terpandang playgym murah  milik Nur Ain. Actually......

Mainan Untuk Merangsang Penglihatan, Pendengaran Dan Pergerakan Bayi

/
1 Comments


Assalamu'alaikum, hai
Selepas menyusukan Ain. Mata susah nak pejam. Tetiba terpandang playgym murah milik Nur Ain. Actually... Masa dalam pantang lagi hubby dah beli dengan harga RM70++.



Pada aku permainan sebegini cukup sesuai untuk bayi berumur 2 bulan ke atas. Why?... Sebabnya pada usia 2 bulan... Bayi dah mula berminat dengan warna. Tu best on apa yang aku baca dari laman babycenter ok. Haha... Bukan statement saja-saja aku buat sendiri.

Weekend baru-baru ni aku try letak Nur Ain di atas playgym dia, memandangkan sekarang dah kurang merengek. Alhamdulillah... Dia cukup teruja. Kaki tangan mata dia bergerak aktif... Sambil mulut tak henti-henti keluarkan bunyi bermacam-macam... Haha.



Alia pun suka... Suka nak bermain sama dengan adiknya. Apalagi... Sempat jugak aku sidai pakaian masa tu... Sebabnya ada adik aku tolong perhatikan dorang. Dah puas bermain... Ain nangis mintak ditidurkan... Nasib baik sempat habiskan kerja. Huhu...




ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. playgym ni mmg bagus utk rangsag deria baby sambil bermain boleh teroka ain punya deria.to sy tak beli kan pun ain or Afia playgym.fikir benda ni pakai kejap je.lgpun ibu dia kan ke kemut orangnya.muahaha...

    ReplyDelete