Assalamu'alaikum, hai ♥ Ain dah tidur. Jadi ada masa terluang sikit bolehlah update blog. Actually... Walaupun tengok macam chipm...

Episod Akhir Teman Lelaki Upahan

/
4 Comments


Assalamu'alaikum, hai
Ain dah tidur. Jadi ada masa terluang sikit bolehlah update blog. Actually... Walaupun tengok macam chipmore... Tapi jalan cerita teman lelaki upahan boleh dibaca. Biasalah... Drama melayu, confirm... Happy ending... Right! Cumanya... Ada part jalan ceritanya menyedihkan hati berbaur sakit hati. Banyak jugak pengajaran yang tersurat dalam drama tersebut.

Sempat jugaklah tengok Kyra berterus terang dengan umi El... Apa yang dah berlaku. Then... Simple things... Umi El memaafkan El. Pastu... Kyra balik.... Tak lama lepas tu El jumpa balik Kyra. Last... Kawin. Dah tamat.


Sumber gambar daripada google image
Next week... Start slot akasia terbaru gantikan teman lelaki upahan... Berjudul hati perempuan. Berdasarkan sumber... Drama hati perempuan pun adaptasi daripada novel dan bersiaran selama 28 episod.

Berikut adalah sinopsis drama hati perempuan...


Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi. 

Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam. Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. 

Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran. 

Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya? 


Sumber : Infotaip

Hurmmm... Macam best. Tapi ramai pelakon baru yang pegang watak ceritanya. Entah best ke tidak... Kenalah tonton dulu... Baru boleh komen.




ARTIKEL LAIN DI SINI

4 comments:

  1. memang cerita dari sekarang nie semua adaptasi novelkan...

    Jom Vote blog acik bagi msmw

    ReplyDelete
  2. memang cerita dari sekarang nie semua adaptasi novelkan...

    Jom Vote blog acik bagi msmw

    ReplyDelete
  3. Bestkan TLU...rasa tak puas mcm nk ada sambungan lagi...

    Bunda jarang sangat membaca novel....sebab tu bunda layan jer drama adaptasi ni..

    ReplyDelete
  4. final tak tengok fiza.lupa!haha lgpun cerita ni mmg tak ikut pun.yg hati perempuan episod first harini best gak.pgntadi tgok pelakon kt tv promote saja ja teruja nk tgok.hahaha...

    ReplyDelete