Assalamu'alaikum, hai ♥ Sekarang ni musim kering. Panasnya sangat-sangat terik. Aku yang dewasa ni pun rasa tak selesa. Inikan pu...

Banyak Minum Air Dan Mandi

/
1 Comments


Assalamu'alaikum, hai
Sekarang ni musim kering. Panasnya sangat-sangat terik. Aku yang dewasa ni pun rasa tak selesa. Inikan pulak budak kecik.


Sekarang ni... Ain menyusu tersangatlah kerap. Maybe haus disebabkan cuaca panas. Kalau tak mandi tiga kali sehari... Ain pasti tak boleh tidur. 

Alia pulak... Kerap minum air kosong. Kalau ke dapur... Mesti ke arah water dispenser jadi tumpuan. Kat situ aku dah letak gelas plastik awal-awal... Alia dah reti ambik air kosong sendiri. Bila belah petang... Selalu pulak mintak dibelikan aiskrim. Sabar jelah...

Hubby... Dalam rumah pun... Dia buat bekal dalam botol 1.5 liter... Haha. Malas nak ulangalik... Di mana dia duduk. Di situlah ada bekas air. Haha...




ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment:

  1. kami dan botol air mmg tak dpt dipisahkan tau fiza..hari tak panas pun mmg sorg satu botol kt rumah!hehe..

    ReplyDelete