Assalamu'alaikum, hai ♥ Beberapa hari yang lepas heboh kan pasal Milo tiruan berikutan berita di tv dan malah menjadi viral di sana...

Apakah Cara Untuk Membezakan MILO ASLI Dengan MILO TIRUAN?

/
0 Comments


Assalamu'alaikum, hai
Beberapa hari yang lepas heboh kan pasal Milo tiruan berikutan berita di tv dan malah menjadi viral di sana sini... Di mana terdapat dakwaan Milo tiruan telah dijual di pasaran selepas tersebarnya video individu yang sedang mengisi paket Milo yang dijalankan di rumah sendiri, sebaliknya bukannya di kilang.

Berikutan itu, pihak berkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, KPDNKK berjaya merampas produk Milo tiruan tersebut dengan nilai rampasan RM250,000 dalam serbuan di sebuah taman perumahan mewah di Mantin Negeri Sembilan.



Lantaran itu, Milo Malaysia menerusi laman facebooknya, memaklumkan cara mudah untuk mengetahui perbezaaan antara Milo asli dan Milo tiruan adalah berpandukan cara bungkusannya.

"Bungkusan produk Milo tulen dibungkus dan dipotong mengunakan mesin. Oleh itu bahagian atas bungkusan tersebut tidak mempunyai gerisi yang jelas atau sempurna."
Sumber Info : Di Sini

Tu baru Milo. Macam manalah produk yang lain yer. Jangan-jangan banyak lagi kes tiruan. Huhu...




ARTIKEL LAIN DI SINI

No comments: