Assalamu'alaikum ♥ Pantang tengok iklan... Pasti tertarik. Itulah Encik suami. Lately, dia pun turut layan drama slot Iris terbar...



Assalamu'alaikum
Pantang tengok iklan... Pasti tertarik. Itulah Encik suami. Lately, dia pun turut layan drama slot Iris terbaru di tv3 yang berjudul Suami sebelah rumah... Di mana setiap kali iklan pasti muncul Super Coffee.


Semalam balik dari mengajar, hubby sempat beli Super Coffee yang 3 in 1 dengan harga sebelum GST, RM7.90. Hehe... Dalam sebungkus tu ada 30 paket kecik. Bolehlah untuk minum sebulan. Haha...

Aku tak minum coffee semenjak ada Nur Ain... Breastfeeding kan. Takut pulak effect kat Nur Ain. Hubby kata sedap jugak super coffee. Tak manis sangat. Bolehlah tu... Menepati selera anak tekak dia yang kurang manis.

Nanti kalau dah abis. Mesti dia repeat beli. Dah tahu sangat dah perangai dia. Hurmmm... Tu pasal super coffee. Pasal suami sebelah rumah pulak. Minggu ni, minggu akhir... Mean, khamis ni adalah episod terakhir untuk suami sebelah rumah. Aku tak ikut sangat perkembangan drama tersebut. Tengok pun macam chipmore. Kejap tengok, kejap tidak. Tapi biasanya... First and last episode aku mesti tengok. Selalu gitu. Haha...


Assalamu'alaikum ♥ Hari ni last day untuk bulan Mac. Esok 1 April... GST akan start. Semalam ada jugak tengok berita di tv... ...



Assalamu'alaikum
Hari ni last day untuk bulan Mac. Esok 1 April... GST akan start. Semalam ada jugak tengok berita di tv... Di mana orang ramai boleh menyemak harga barang setelah GST menggunakan aplikasi MyKira GST yang boleh dimuat turun daripada google play store.



Apa yang menarik mengenai aplikasi tersebut, adalah seperti berikut :-

  1. Menyemak lebih dari 10,000 harga produk dan perkhidmatan.
  2. Memberi panduan kepada pengguna sebelum membuat aduan kepada pihak KPDNKK.
  3. Memberi saluran interaktif yang mudah untuk mesra pengguna
  4. Menyediakan saluran alternatif kepada pengguna untuk membuat aduan.

Start GST... Bermakna kita pun kena bijak berbelanja. Nak Download aplikasi MyKira GST... Just klik DI SINI



Assalamu'alaikum, hai ♥ Ain dah tidur. Jadi ada masa terluang sikit bolehlah update blog. Actually... Walaupun tengok macam chipm...



Assalamu'alaikum, hai
Ain dah tidur. Jadi ada masa terluang sikit bolehlah update blog. Actually... Walaupun tengok macam chipmore... Tapi jalan cerita teman lelaki upahan boleh dibaca. Biasalah... Drama melayu, confirm... Happy ending... Right! Cumanya... Ada part jalan ceritanya menyedihkan hati berbaur sakit hati. Banyak jugak pengajaran yang tersurat dalam drama tersebut.

Sempat jugaklah tengok Kyra berterus terang dengan umi El... Apa yang dah berlaku. Then... Simple things... Umi El memaafkan El. Pastu... Kyra balik.... Tak lama lepas tu El jumpa balik Kyra. Last... Kawin. Dah tamat.


Sumber gambar daripada google image
Next week... Start slot akasia terbaru gantikan teman lelaki upahan... Berjudul hati perempuan. Berdasarkan sumber... Drama hati perempuan pun adaptasi daripada novel dan bersiaran selama 28 episod.

Berikut adalah sinopsis drama hati perempuan...


Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi. 

Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam. Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. 

Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran. 

Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya? 


Sumber : Infotaip

Hurmmm... Macam best. Tapi ramai pelakon baru yang pegang watak ceritanya. Entah best ke tidak... Kenalah tonton dulu... Baru boleh komen.


Assalamu'alaikum, hai ♥ Mungkin tiada rezeki aku untuk sambung kontrak kerja. Oh ya... Haritu tak menyempat nak bercerita. 3 bula...



Assalamu'alaikum, hai
Mungkin tiada rezeki aku untuk sambung kontrak kerja. Oh ya... Haritu tak menyempat nak bercerita. 3 bulan before aku berenti. Actually aku dapat offer sambungkan kontrak... Tapi disebabkan semakin sarat dan dah dekat nak bersalin... Aku tolak!. Masa dalam pantang... Staff di office ada call offer kerja balik. Tapi aku tolak untuk kedua kali. Huhu... Sapa nak kerja... Baru 20 hari dalam pantang.

Jadinya... Now, aku kembali bergelar surirumah tangga... Jaga anak dan suami 24 hours. Alhamdulillah. Aku tetap bersyukur. Mungkin rezeki untuk dapat kerja tetap makan gaji belum berpihak pada aku. Namun... Sekurang-kurangnya... Alia dan Ain membesar di depan mata.


Bila anak dah tidur. Hubby tak balik dari sekolah lagi. Apalagi... Tv akan jadi peneman. Haha. Haritu... Masa bercuti di rumah mak mertua ada jugak layan sinetron berjudul Aisyah. Bolehlah...

Haha... Sampai sekarang layan. Tu pun kalau ada masa terluang.


Assalamu'alaikum, hai ♥ Alhamdulillah... Syukur! Sekali lagi berpeluang update blog setelah lima hari menyepi. Bila bercuti rumah...



Assalamu'alaikum, hai
Alhamdulillah... Syukur! Sekali lagi berpeluang update blog setelah lima hari menyepi. Bila bercuti rumah mak mertua. Tak eloklah di pandang mata asyik pegang gajet right. Nanti apa pulak dorang fikirkan. Nak update belah malam... Malaslah pulak.

Ni dah balik kampung... Boleh start blogging balik. Huhu... Balik Sabtu. Ahad... Rehat plus malas. Haha. Harini... Alhamdulillah. Balik dari mengajar hubby terus temankan aku ke klinik bawak Nur Ain checkup umur 3 bulan. Si kakak pulak wajiblah ikut. 


Alhamdulillah... Berat Nur Ain naik dengan cantik. 5.5kg. BMI pun ok. Part injection... Nur Ain tidur. Bila nurse start pegang kaki. Mulalah melalak. Nasib baik sekejap je. Kalau tak... Jenuh jugak nak pujuk. Huhu...


Assalamu'alaikum, hai ♥ Beberapa hari yang lepas heboh kan pasal Milo tiruan berikutan berita di tv dan malah menjadi viral di sana...



Assalamu'alaikum, hai
Beberapa hari yang lepas heboh kan pasal Milo tiruan berikutan berita di tv dan malah menjadi viral di sana sini... Di mana terdapat dakwaan Milo tiruan telah dijual di pasaran selepas tersebarnya video individu yang sedang mengisi paket Milo yang dijalankan di rumah sendiri, sebaliknya bukannya di kilang.

Berikutan itu, pihak berkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, KPDNKK berjaya merampas produk Milo tiruan tersebut dengan nilai rampasan RM250,000 dalam serbuan di sebuah taman perumahan mewah di Mantin Negeri Sembilan.



Lantaran itu, Milo Malaysia menerusi laman facebooknya, memaklumkan cara mudah untuk mengetahui perbezaaan antara Milo asli dan Milo tiruan adalah berpandukan cara bungkusannya.

"Bungkusan produk Milo tulen dibungkus dan dipotong mengunakan mesin. Oleh itu bahagian atas bungkusan tersebut tidak mempunyai gerisi yang jelas atau sempurna."
Sumber Info : Di Sini

Tu baru Milo. Macam manalah produk yang lain yer. Jangan-jangan banyak lagi kes tiruan. Huhu...


Assalamu'alaikum, hai ♥ Masa tengah temankan Alia menonton kartun Robocar Poli ... Ada jugak tengok iklan drama terbaru di Astro ...



Assalamu'alaikum, hai
Masa tengah temankan Alia menonton kartun Robocar Poli... Ada jugak tengok iklan drama terbaru di Astro Ria 104 dan Maya HD 135 yang menggantikan drama suamiku encik sotong. Start 16hb, iaitu malam ni jam 10.00 malam... 15 episod... Berjudul Isteri separuh masa. Jugak merupakan drama adaptasi novel karya Suri Ryana.

episod 1 isteri separuh masa, tonton isteri separuh masa,
Sumber Gambar daripada Google Image

Actually, untuk drama Suamiku Encik Sotong sebelum ni aku tak follow. Entah! Tak minat nak tengok. Tapi... Insya Allah, untuk episod 1 Isteri Separuh Masa malam ni. Nak jugak tengok. 

Dulu masa follow drama Projek Memikat Suami... Best la jugak lakonan Emma Maembong dan Aiman Hakim Ridza. Untuk drama isteri separuh masa pun... Berdasarkan sumber, mereka jugak yang akan menjadi pelakon utama di mana Aiman Hakim akan memegang watak sebagai Nazrin Shah, Emma Maembong sebagai Medina Izwani, Syafiq Kyle sebagai Zafril dan Ziha sebagai Husna.

Menurut sumber, berikut adalah sinopsis drama isteri separuh masa :-

Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca  papa dan mamanya tidak menerima kekasihnya Zita sebagai menantu.Terus perang dilancarkan dengan adik angkatnya itu.

Hubungan mereka menjadi rumit apabila nenek mahu menjodohkan mereka sebelum Nazrin ke luar negara.Medina sedih kerana impiannya untuk Megat Shahzril ke Ireland harus dilupakan.

Sepanjang di luar negara, Nazrin langsung tak ambik peduli hal Medina.Rasa bencinya tidak pernah surut. Nazrin hanya berbaik-baik dengan Medina pabila di depan keluarga. Di belakang, mereka ibarat kucing dan anjing, tak boleh ketemu,ada saja benda tak kena.Lain pula Medina, dia buat apa sahaja untuk menambat hati suaminya, namun gagal.

Bertahun berlalu, kini Medina bergelar Mahasiswi. Hidupnya menjadi kacau bilau bila suaminya Nazrin menjadi tutor kepada salah satu subjek yang diambilnya, siap duduk sebumbung dengan lelaki itu gara-gara nenek mahu menetap bersama mereka.

Demi cinta pada suami, Medina rela menjadi isteri Nazrin biarpun isteri separuh masa.Kehadiran bunga-bunga orkid mengingatkan medina pada Megat Shahzril.Adakah ada bunga-bunga cinta antara Nazrin dan Medina?

Huhu... Panjang jugak sinopsisnya kan. Mesti ada punya bibit-bibit cinta antara Nazrin dan Medina. Mustahil takde. Hehe...


Sumber info : blog Azwanazmy



Assalamu'alaikum, hai ♥ Sedikit info ingin aku kongsikan.  Berdasarkan maklumat hasil penulisan doktor Carol Cooper dalam buk...



Assalamu'alaikum, hai
Sedikit info ingin aku kongsikan. 

Berdasarkan maklumat hasil penulisan doktor Carol Cooper dalam bukunya berjudul "Soal jawab bayi dan kanak-kanak"... Bayi berusia 3 bulan dikatakan mampu melakukan beberapa perkara seperti berikut :-
  • Bayi akan mulai senyum di mana ia adalah sebagai tindakbalas terhadap senyuman si ibu.
  • Bayi akan menfokus dan mengekori alat mainan gantung dengan matanya, terutama jika alat itu berwarna terang.
  • Bayi akan senyum apabila kita bercakap.
  • Bayi banyak menggerakkan tangan dan kakinya apabila terjaga.
  • Bayi mungkin mengenal orang dan objek yang diketahuinya.

Alhamdulillah... Aku setuju dengan info yang dinyatakan oleh doktor Carol Cooper berdasarkan perkembangan Nur Ain yang membesar di depan mata.




Lagi beberapa hari nak melangkah ke usia 3 bulan. Nur Ain Haziqah, puteri kedua aku dah pandai melontarkan senyuman apabila diajak berbual. Sesekali... Kedengaran dia berkekek A-a... A-oo. Leher pulak dah mula tegak apabila di dukung. Kaki dan tangan aktif sekali bergerak... Kekadang membuatkan encik suami risau. Haha... Kalau ditunjukkan sesuatu mainan... Nur Ain cukup fokus... Tepat sekali, warna membuatkan bayi tertarik.

Semoga Nur Ain terus membesar dengan sihat dan cerdas seperti kakaknya Alia.


Assalamu'alaikum, hai ♥ Harini sekolah dah start cuti. Insya Allah 18hb, hari Rabu kami berempat akan gerak ke Kuching... Bercuti...



Assalamu'alaikum, hai
Harini sekolah dah start cuti. Insya Allah 18hb, hari Rabu kami berempat akan gerak ke Kuching... Bercuti di rumah mak mertua aku. Balik semula ke kampung pada hari Sabtu Insya Allah. Itu perancangan awal kami empat beranak kalau takde aral melintang.

Sumber gambar daripada google image
Bila ada baby... Lagi masih awal 2 bulan. Kebiasaannya aku malas nak pergi jalan-jalan sangat. Padahal... Dengar je nak ke Kuching. Alia asyik request nak pergi ke Summer Mall. Maybe hubby akan bawak dia ke Summer Mall nantinya jumpa Acik. Adik aku yang study kat Unimas... Kerja part time di kaunter tiket wayang. Hehe. Boleh tengok wayang free. Tapi sayang... Nur Ain masih kecik sangat untuk dibawa tengok wayang.

Ke ada yang bawak baby tengok wayang? Hehe... Takde yang menarik sangat kot cuti kali ni... Just bercuti di rumah mak mertua. Tengoklah nanti cuti bulan duabelas... Masa tu Nur Ain dah setahun. Senang nak bawak ke mana-mana.



Assalamu'alaikum, hai ♥ Tiga hari yang lepas... Encik suami belikan buah oren yang tak berapa nak manis. Apalagi... Aku makanlah ...



Assalamu'alaikum, hai
Tiga hari yang lepas... Encik suami belikan buah oren yang tak berapa nak manis. Apalagi... Aku makanlah 3 biji. Adoi! Tak ingat yang Nur Ain menyusu badan.


Nak dijadikan cerita... Malam aku makan. Siangnya Nur Ain berak sampai 7 kali. Allah... Kerapnya. Tekstur najis pun berubah. Last... Nampak macam pudar. Tapi... Nur Ain still aktif dan tetap kuat menyusu.

Namun... Hati ibu mana yang tak risau. Dalam hati aku. If hari berikutnya still gitu jugak. Wajib bawak Nur Ain jumpa doktor.

Alhamdulillah. Hari berikutnya. Kembali kepada yang normal. Aku cakap kat mak. Tu la mak kata... Menyusu badan ni... Part makan kena hati-hati. Tak semua makanan boleh makan. Aku akui. 

Sebenarnya... Ada beberapa jenis makanan perlu dielakkan semasa menyusukan bayi. Cumanya... Kekadang, bila nafsu makan menguasai diri... Lansung tak ingat.

Tapi kan... Mak ada jugak bagitau. Mungkin Nur Ain nak beralih bulan. Tu yang kerap berak. Pernah dengar tak pasal beralih bulan... Logik tak?


Assalamu'alaikum, hai ♥ Tak salah berangan. Tetiba pepagi buta... Lepas sediakan breakfast. Aku try google pasal laptop terbaru j...



Assalamu'alaikum, hai
Tak salah berangan. Tetiba pepagi buta... Lepas sediakan breakfast. Aku try google pasal laptop terbaru jenama Acer. Kenapa perlu Acer?

Actually... Masa study dulu aku beli laptop jenama Acer yang berharga RM2999. Alhamdulillah... Sampai sekarang still ok. Cumanya... Sedikit lambat. Biasalah. Benda dah lama kan... Tu yang malas nak guna dah.

Dalam hati... Teringin nak beli laptop. Yelah! Teringin nak update blog guna laptop balik. Dah setahun lebih dah... Guna handphone je update blog. Sekali-sekala nak juga tukar angin. Huhu... 


Sumber gambar daripada google image
Ada nampak satu jenama ni. Acer Aspire R14. Di mana skrinnya boleh diubah menjadi paparan berdiri, bentuk khemah, tablet dan laptop tu sendiri. Sangat canggih. Mesti best gunakan. Storan pun besar gila... 1 Terabyte. Bersaiz 14 inci dengan berat 2.2kg. Harga lebih kurang RM2, 499. RAM pulak bersaiz 8GB DDR3L. Macam comel je, macam best je...

Nak kena kumpul duit ni. Hehe...


Assalamu'alaikum, hai ♥ Kebiasaannya Nur Ain tidur di atas lantai beralaskan tilam kecil. Setakat ni... Alhamdulillah duatiga jam...



Assalamu'alaikum, hai
Kebiasaannya Nur Ain tidur di atas lantai beralaskan tilam kecil. Setakat ni... Alhamdulillah duatiga jam jugak dia tidur even macam-macam pencemaran bunyi di sekeliling.


Semalam... Aku try letakkan dia di dalam buai beralaskan bantal... Konon-kononnya seperti di atas lantai. Tapi... Tak sampai setengah jam pun... Dia dah bangun. Hurmmm... Nampak gayanya dia lebih selesa tidur di atas lantai beralaskan tilam berbanding di dalam buai. Maybe besar sikit kot... Dia nak tidur dalam buai.


Assalamu'alaikum, hai ♥ Alhamdulillah... Sekali lagi aku berpeluang untuk terus berkongsi cerita di ruang yang aku sendiri cipta....



Assalamu'alaikum, hai
Alhamdulillah... Sekali lagi aku berpeluang untuk terus berkongsi cerita di ruang yang aku sendiri cipta. Kali ini dengan tajuk "Bila si kakak ada adik". 

Alhamdulillah... Semenjak tahu diri mengandung. Aku mula mengkhabarkan berita gembira itu kepada Alia. Aku tak nak nanti... Dia terkejut beruk bila tengok tetiba aku bawak budak kecik tanpa pengetahuan dia. Yelah... Mana mungkin budak kecik nak berkongsi kasih... Andainya tak disuarakan terlebih dahulu right!.


Sebaik sahaja Nur Ain dilahirkan. Alhamdulillah... Alia sepertinya teruja dapat adik. So, takde masalah buat aku untuk menyesuaikan diri Alia dengan situasi baru. 

Malah... Tokoh sorang kakak memang terselah pada dia. Alhamdulillah... Untuk elakkan Alia cemburu dengan Nur Ain. Aku selalu libatkan diri dia sepanjang menjaga Nur Ain. Sebagai contoh... Mintak ambikkan pampers. Even... Simple! Aku amat menghargai bantuan dia. Pastinya... Sebagai reward... Pujian dan ciuman pasti singgah di pipi Alia. 

Bila Nur Ain tidur... Pastinya aku curi masa berharga itu untuk melayan Alia... Aku tak nanti... Alia berasa tersisih. Bila sibuk melayan Nur Ain... Mak pasti membantu aku. Pada aku... Bantuan orang ketiga amat diperlukan untuk menyesuaikan diri si kakak.

So far so good. Tiada masalah dong.

Alhamdulillah...



Assalamu'alaikum, hai ♥ Before ni... Mak pernah buatkan crochet kasut kait buat Nur Ain. Macam comel je. Hehe...  Lebih kuran...



Assalamu'alaikum, hai
Before ni... Mak pernah buatkan crochet kasut kait buat Nur Ain. Macam comel je. Hehe... 

Lebih kurang seminggu lepas tu... Kebetulan encik suami pergi ke Kuching. Dek kerana teringin nak belajar mengait. Aku pesanlah belikan buku crochet di summer mall... Shopping complex, Kota Samarahan tak jauh dari rumah MIL aku.



Alhamdulillah... Dengan harga RM15 dapatlah satu buku cara mudah untuk membuat kait. Di dalam buku tu terkandung step by step asas bagaimana menjahit crochet. Nampak macam mudah.

Tapi... Aku tak start lagi pun belajar membuatnya. Nanti insyaAllah ada kelapangan nak jugak try belajar membuat kasut kait. Hehe...


Assalamu'alaikum, hai ♥ Lately bila usia menjangkau 2 bulan, Nur Ain suka bermain air liur. Risau jugak aku. Yelah... Alia dulu ...



Assalamu'alaikum, hai
Lately bila usia menjangkau 2 bulan, Nur Ain suka bermain air liur. Risau jugak aku. Yelah... Alia dulu mana ada. Semalam... Dek kerana hujan lebat... Lansung tak boleh nak tonton romantika bulan madu. Apalagi aku try la google kenapa baby selalu berbuih mulut... Dalam erti kata lain suka main air liur.


Ada jugak tanya kat mak. Mak kata... Biasalah budak katanya. Orang tua-tua kata... Ada keinginan si ibu masa mengandung tak tercapai... Kononnya kempunan nak makan sesuatu. Hurmmm... Seingat aku, masa mengandungkan Nur Ain... Aku takdelah mengidam sangat nak makan itu dan ini. Kuat makan maggie lagi ada. Haha...

Tapi... Banyak jugak blog yang aku singgah... Mengatakan itu adalah mainan bayi... Di mana satu perkembangan yang berlaku before fasa bayi untuk mengunyah dan menelan nanti. Namun... Jika bayi berliur secara berlebihan dan membasahi baju... Disarankan bawak berjumpa doktor. Takut ada masalah di dalam rongga mulut.

Ada jugak blog yang mengatakan kenapa bayi berliur pada usia 2 bulan adalah disebabkan akan tumbuh gigi... Tu bagi bayi yang tumbuh gigi pada usia seawal 2 ke 3 bulan.

Hurmmm... Adakah Nur Ain akan tumbuh gigi pada usia 3 bulan?. Selagi mainan buih mulut dia biasa-biasa saja dan Nur Ain kelihatan sihat. InsyaAllah... Takde apa-apa rasanya.

Nanti next checkup 3 bulan... InsyaAllah, teringin jugak nak mengajukan masalah air liur meleleh dekat nurse. Hehe...


Assalamu'alaikum, hai ♥ Sekarang ni musim kering. Panasnya sangat-sangat terik. Aku yang dewasa ni pun rasa tak selesa. Inikan pu...



Assalamu'alaikum, hai
Sekarang ni musim kering. Panasnya sangat-sangat terik. Aku yang dewasa ni pun rasa tak selesa. Inikan pulak budak kecik.


Sekarang ni... Ain menyusu tersangatlah kerap. Maybe haus disebabkan cuaca panas. Kalau tak mandi tiga kali sehari... Ain pasti tak boleh tidur. 

Alia pulak... Kerap minum air kosong. Kalau ke dapur... Mesti ke arah water dispenser jadi tumpuan. Kat situ aku dah letak gelas plastik awal-awal... Alia dah reti ambik air kosong sendiri. Bila belah petang... Selalu pulak mintak dibelikan aiskrim. Sabar jelah...

Hubby... Dalam rumah pun... Dia buat bekal dalam botol 1.5 liter... Haha. Malas nak ulangalik... Di mana dia duduk. Di situlah ada bekas air. Haha...


Assalamu'alaikum, hai ♥ Alhamdulillah... Sekali lagi aku berpeluang untuk terus berkongsi cerita. Walaupun sibuk jaga anak... Ins...



Assalamu'alaikum, hai
Alhamdulillah... Sekali lagi aku berpeluang untuk terus berkongsi cerita. Walaupun sibuk jaga anak... InsyaAllah, if ada ruang dan peluang... Aku akan sedaya upaya untuk update blog. Biasanya rutin update blog akan aku lakukan masa encik suami dan anak-anak dah tidur.


Bercakap soal anak... Terutamanya bayi. Hakikatnya bukan mudah untuk menjaga bayi sebenarnya. Lebih-lebih lagi pada yang baru pertama kali bergelar ibu... Semua benda pastinya akan try and error... Nak-nak bila bab baby menangis. Mahunya menangis sama kalau tak kena gaya.

Pengalaman dah ada anak dua orang... Dua-dua jenis kuat nangis masa pantang... Mungkin disebabkan rasa panas kesan daripada pengambilan ubat sendayu tinggi kot... Walaubagaimana pun... Itu semua dapat di atasi. Caranya... Apa yang aku buat... Banyakkan berbual dengan baby... Perbanyakkan ciuman dan dakapkan anak ke dada... Menurut para doktor... Bayi akan tenang jika didakapkan ke dada... Tenang apabila mendengar jantung si ibu berdegup.

Alhamdulillah... Sekarang Ain tak merengek lagi. Sangat behave orangnya :)


Assalamu'alaikum, hai ♥ Kalau tak kisah Ain... Kisah Alia pasti ada. Dalam meniti usia 3 tahun. Alia semakin nampak berdikari. Di...



Assalamu'alaikum, hai
Kalau tak kisah Ain... Kisah Alia pasti ada. Dalam meniti usia 3 tahun. Alia semakin nampak berdikari. Dia berupaya menanggalkan pakaiannya sendiri... Walaupun untuk memakaikannya semula mengambil masa yang agak lama. No hal... Lama-lama nanti bila dah terbiasa... Mesti boleh punya. Tiap kali lepas mandi... Mesti buat aksi nak sikat rambut sendiri.


Alia jugak semakin banyak bertanyakan soalan. Kalau tak dijawab... Siap! Sampai duatigaempat kali dia akan tanya soalan yang sama. Bersedialah untuk menghadapinya. Haha...

Part belajar... Tiada paksaan. Namun... Membanggakan. Alia dah boleh mengira satu sampai sepuluh dengan cepat tanpa tersekat-sekat. Sangat mudah bergaul orangnya... Bila part tengok tv... Hadoi! Pening jugak dibuatnya... Asyik nak tengok channel ceria saja kaedahnya. Untuk elak daripada menonton tv terlalu lama... Hubby selalu alihkan perhatian dia buat aktiviti lain.

Anak oh anak. Bermacam-macam ragam.


Assalamu'alaikum, hai ♥ Selepas menyusukan Ain. Mata susah nak pejam. Tetiba terpandang playgym murah  milik Nur Ain. Actually......



Assalamu'alaikum, hai
Selepas menyusukan Ain. Mata susah nak pejam. Tetiba terpandang playgym murah milik Nur Ain. Actually... Masa dalam pantang lagi hubby dah beli dengan harga RM70++.



Pada aku permainan sebegini cukup sesuai untuk bayi berumur 2 bulan ke atas. Why?... Sebabnya pada usia 2 bulan... Bayi dah mula berminat dengan warna. Tu best on apa yang aku baca dari laman babycenter ok. Haha... Bukan statement saja-saja aku buat sendiri.

Weekend baru-baru ni aku try letak Nur Ain di atas playgym dia, memandangkan sekarang dah kurang merengek. Alhamdulillah... Dia cukup teruja. Kaki tangan mata dia bergerak aktif... Sambil mulut tak henti-henti keluarkan bunyi bermacam-macam... Haha.



Alia pun suka... Suka nak bermain sama dengan adiknya. Apalagi... Sempat jugak aku sidai pakaian masa tu... Sebabnya ada adik aku tolong perhatikan dorang. Dah puas bermain... Ain nangis mintak ditidurkan... Nasib baik sempat habiskan kerja. Huhu...


Assalamu'alaikum, hai ♥ Dah lama rasanya tak update pasal makanan. Sesekali apabila ada kelainan... Teringin jugak nak berkongsi ...



Assalamu'alaikum, hai
Dah lama rasanya tak update pasal makanan. Sesekali apabila ada kelainan... Teringin jugak nak berkongsi cerita mengenainya. Hehe...



Pucuk ubi bukanlah sayur yang pelik dan sudah semestinya ramai yang makan atau dibuat ulam. Tak tahulah kalau kat tempat lain. Kalau di Spaoh, Sarawak... Ia terkenal dengan 'pucuk ubi tutok' iaitu ditumbuk menggunakan lesung batu. Cara membuatnya goreng... Dicampurkan dengan belacan, lengkuas, bawang putih, cili, bawang merah dan pusuk. Then... Jangan lupa letak garam dan ajinomoto sebagai penambah perisa.

Walaupun simple, Alia sangat menggemarinya. Makan nasi berlaukkan ubi saja pun... Alia berselera. Tapi... Kalau rumah mak mertua aku... Dorang tak reti makan kalau buat gini. Pernah sekali aku buat... Huhu, aku sorang je layan. Lebihnya rezeki tong sampah. Salah aku jugak... Ingat semua tempat sama ke. Biasanya dorang buat masak tumis je. 

Pucuk ubi actually banyak khasiatnya... Tapi tak boleh selalu makan. Selain tu... Kalau nak dibuat ulam kena rebus terlebih dahulu... Sebab, ada orang kata ia boleh menyebabkan sakit perut. Betul ke tidak... Wallahu'alam.


Assalamu'alaikum, hai ♥ Alhamdulillah... Sekali lagi berpeluang untuk aku update blog. Kali ni dengan cerita yang berbeza. Tapi s...



Assalamu'alaikum, hai
Alhamdulillah... Sekali lagi berpeluang untuk aku update blog. Kali ni dengan cerita yang berbeza. Tapi still tentang anak-anak. Bila ada baby... Serba-serbi kena alert. Kalau tak... Sound melalak automatik akan kedengaran. Huhu...


Di sini aku nak berkongsi satu info... Di mana cara untuk mengetahui bayi berasa terlalu panas. Tandanya senang je... Try rasa bahagian belakang, leher atau kepala... If basah berkeringat... Itu tandanya bayi berasa panas.

Jika kaki atau tangan bayi berasa sejuk pulak... Itu menandakan mereka kesejukan. Info ringkas dari buku soal jawab bayi dan kanak-kanak hasil tulisan Dr. Carol Cooper. Semoga info ringkas memberi manfaat hendaknya.


Assalamu'alaikum, hai ♥ Bila excited datang menjengah... Mulalah tangkap gambar... Keterujaan tetap ada seperti lahirnya Alia... ...



Assalamu'alaikum, hai
Bila excited datang menjengah... Mulalah tangkap gambar... Keterujaan tetap ada seperti lahirnya Alia... Begitu jugak dengan kehadiran Ain.


Sejak umur dah menjangkau 2 bulan. Alhamdulillah, Ain dah pandai membalas senyum. Apalagi... Hubby dan Alia selalu agah Ain semata-mata nak tengok Ain senyum nampak gusi. Haha... Bila kita sibuk nak ambik gambar dia... Pastinya... Dia akan melihat ke arah kita. Suka la tu...

Ain jugak sangat berminat dengan persekitaran. Bila bawak keliling rumah... Mulut dia asyik sebut "ukk... Ukkk... Ukk" seolah-olah menegur apa yang dia lihat.

Merengek pun dah semakin kurang. Alhamdulillah. Semoga Ain terus membesar dengan sihat, cerdas dan cergas untuk menjadi anak solehah buat mak dan ayah.


Assalamu'alaikum, hai ♥ Ni cerita weekend minggu lepas. Takde idea, jadinya kita draflah dulu. Haha... Lately, semenjak Ain lahir...



Assalamu'alaikum, hai
Ni cerita weekend minggu lepas. Takde idea, jadinya kita draflah dulu. Haha... Lately, semenjak Ain lahir... Alia semakin rapat dengan nenek dia... Ke hulu ke hilir mengikut memanjang. 

Nak dijadikan cerita... Last week, nenek dia ajak Alia pergi kenduri kawin anak saudara belah mak. Apalagi kemain dia suka... Seawal pagi dah mintak dimandikan.



Before jalan... Sempat jugak selfie. Haha... Kemain suka. Balik dari kenduri. Mak ceritalah yang Alia berselera betul makan. Ada jugak yang tegur muka Alia macam muka orang cina. Dah sudah... Mana Alia pergi mesti ada yang tegur gitu.