Assalamu'alaikum, hai ♥ Dua hari yang lepas... Alia dan Ain checkup. Sepatutnya Alia checkup umur 3 tahun... 18hb haritu. Ain pul...

Checkup 3 Tahun Dan 2 Bulan

/
2 Comments


Assalamu'alaikum, hai
Dua hari yang lepas... Alia dan Ain checkup. Sepatutnya Alia checkup umur 3 tahun... 18hb haritu. Ain pulak checkup 2 bulan... Sepatutnya hari berikutnya... 19hb, tapi nurse anjakkan kepada 23hb... Dek kerana CNY. Malas nak ulangalik banyak kali... Aku bawak Alia sekali dengan Ain bertemankan hubby. Kami pergi lepas hubby balik mengajar.

Sampai klinik jam 2 gitu. Takde orang... So, akulah orang yang first kena layan. Alhamdulillah. Hubby bawak Alia. Aku pulak bawak Ain. Nak buat macam mana... Checkup serentak. Begitulah gayanya.


Alhamdulillah... Berat Ain naik 4.8kg. Alia pulak naik 16.9kg. Alia diuji dengan beberapa assesment. Suka betul nurse melayan dia yang cukup peramah orangnya. Siap nyanyi ulat dalam kepompong lagi... Padahal nurse tak suruh pun. 

Ain pulak dapat injection satu di peha... Tengah sedap tidur, tetiba kena cucuk... Haha, melalak lah sekejap. Cuak jugak aku. Namun... Sekejap je. Tak sampai pun seminit... Bila kena dakap ke dada dan kena kucup di dahi. Ain sambung balik tidurnya.

Before balik... Alia dibekalkan dengan ubat cacing. Ain pulak dibekalkan ubat sirap paracetamol... Takut demam kata nurse. Namun, alhamdulillah... Dah dua hari berlalu. Ain still ok... Tak demam. 

Next temujanji... Pun pada tarikh yang sama iaitu 23/3... Tu untuk Ain lah... Untuk Alia nanti bulan Ogos...

Semoga Alia dan Ain terus membesar dengan sihat dan cergas. Menjadi anak yang solehah dan cemerlang untuk mak dan ayah.

Amin...




ARTIKEL LAIN DI SINI

2 comments:

  1. ain makin tembam ye.Alhamdulillah dua2 pun membesar sihat.comel gaya mulut muncung ain n Alia.hehe

    ReplyDelete
  2. Seiras je muka ain & alia.. comel, hehe.

    ReplyDelete