Assalamu'alaikum, hai ♥ Family aku memang gila mengulam... Before ni aku pernah jugak merasa ulaman daun selom buat pertama kali....



Assalamu'alaikum, hai
Family aku memang gila mengulam... Before ni aku pernah jugak merasa ulaman daun selom buat pertama kali. Kali ni pulak pucuk gajus hubby pekenalkan. Sedap katanya.

Ni kisah masa lunch semalam... Mak sediakan daun pegaga dan pucuk gajus sebagai ulaman. Pada mulanya aku tak tergoda pun nak mencuba ulam pucuk gajus... Tapi, lebih berminat ke arah pegaga.


gambar pucuk gajus, kelebihan pucuk gajus,
Sumber gambar daripada google image

Apalagi hubby... Dapat pucuk gajus macam dapat aiskrim pasu (***cakap je padahal tak merasa lagi aiskrim pasu... Huhu). Asyik kata sedap. Entah! Terliur pulak tengok dorang makan. Hurmmm... Aku pun cubalah ambik sehelai pucuk gajus dan try makan. Not bad... 

Dah selesai makan... Tengah Alia dan Ain sedap tidur... Apalagi... Aku pun google'lah mengenai kebaikan pucuk gajus... Ternyata, banyak khasiatnya.

Antaranya adalah seperti berikut :-
  1. Memudahkan proses penghadaman.
  2. Sesuai untuk kulit dan mata.
  3. Menyegarkan tubuh badan.
  4. Mengurangkan tekanan darah tinggi dan
  5. Melancarkan peredaran darah.

Banyak jugak kan kebaikan pucuk gajus. Lepas ni bolehlah selalu makan pucuk gajus... Penting tu untuk awet muda. Haha...


Assalamu'alaikum, hai ♥ Bila musim kering tiba... Rumah kampung pasti terasa bahang teriknya mentari. Hari-hari dok fikir... Kan ...



Assalamu'alaikum, hai
Bila musim kering tiba... Rumah kampung pasti terasa bahang teriknya mentari. Hari-hari dok fikir... Kan best kalau duduk rumah ber'aircond. Haha... Lagi-lagi bila ada anak kecik yang asyik merengek dek kerana tak selesa disebabkan cuaca panas. Sian Ain... 


Lately... Asal lepas Asar je mesti bawak Alia dan Ain jalan-jalan. Alia kalau dah masuk kereta. Siap! Memang tak reti duduk diam. Ada saja bahan bualan dia dengan ayahnya. Semua benda... Dia akan tanya... 


Si Ain pulak... Masuk je dalam kereta. Mesti tidur. Sian pulak aku tengok. Mandi pun dah 3 kali dalam satu hari sekarang ni. Kalau tak buat gitu... Jangan mengharaplah Ain nak tidur siang. Merengek memanjang adalah.


Assalamu'alaikum, hai ♥ Sebaik sahaja Ain dilahirkan... Aktiviti berblog aku semakin berkurangan. Bukan takde idea atau apa... Cu...



Assalamu'alaikum, hai
Sebaik sahaja Ain dilahirkan... Aktiviti berblog aku semakin berkurangan. Bukan takde idea atau apa... Cuma kekangan masa banyak sangat, membuatkan aku tak update blog. Ekeke...

Sumber gambar daripada google image

Kalau update pun... Nak buat satu entri  tu... Duatigaempat hari nak kena draf, baru boleh publish ... Huhu. Masa update pulak... Belah pagi, lepas habis menyusukan Ain. Tu pun... Kalau mata tak mengantuk. Kalau mengantuk tu... Faham-faham jelah... The next day... Pasti takde cerita. 

Namun... Itu semua tak membantutkan minat aku dengan dunia blogging. Benda yang kita minat... Pastinya kita akan curi masa untuk melakukannya right... Cumanya, sekarang ni aktiviti berblog aku agak slow... Seperti biskut chipsmore kaedahnya. Haha...


Assalamu'alaikum, hai ♥ Dua hari yang lepas... Alia dan Ain checkup. Sepatutnya Alia checkup umur 3 tahun... 18hb haritu. Ain pul...



Assalamu'alaikum, hai
Dua hari yang lepas... Alia dan Ain checkup. Sepatutnya Alia checkup umur 3 tahun... 18hb haritu. Ain pulak checkup 2 bulan... Sepatutnya hari berikutnya... 19hb, tapi nurse anjakkan kepada 23hb... Dek kerana CNY. Malas nak ulangalik banyak kali... Aku bawak Alia sekali dengan Ain bertemankan hubby. Kami pergi lepas hubby balik mengajar.

Sampai klinik jam 2 gitu. Takde orang... So, akulah orang yang first kena layan. Alhamdulillah. Hubby bawak Alia. Aku pulak bawak Ain. Nak buat macam mana... Checkup serentak. Begitulah gayanya.


Alhamdulillah... Berat Ain naik 4.8kg. Alia pulak naik 16.9kg. Alia diuji dengan beberapa assesment. Suka betul nurse melayan dia yang cukup peramah orangnya. Siap nyanyi ulat dalam kepompong lagi... Padahal nurse tak suruh pun. 

Ain pulak dapat injection satu di peha... Tengah sedap tidur, tetiba kena cucuk... Haha, melalak lah sekejap. Cuak jugak aku. Namun... Sekejap je. Tak sampai pun seminit... Bila kena dakap ke dada dan kena kucup di dahi. Ain sambung balik tidurnya.

Before balik... Alia dibekalkan dengan ubat cacing. Ain pulak dibekalkan ubat sirap paracetamol... Takut demam kata nurse. Namun, alhamdulillah... Dah dua hari berlalu. Ain still ok... Tak demam. 

Next temujanji... Pun pada tarikh yang sama iaitu 23/3... Tu untuk Ain lah... Untuk Alia nanti bulan Ogos...

Semoga Alia dan Ain terus membesar dengan sihat dan cergas. Menjadi anak yang solehah dan cemerlang untuk mak dan ayah.

Amin...


Assalamu'alaikum, hai ♥ Alhamdulillah... Semalam genap 2 bulan umur Nur Ain Haziqah ... Still tak terfikir nak mencuba supplement...



Assalamu'alaikum, hai
Alhamdulillah... Semalam genap 2 bulan umur Nur Ain Haziqah... Still tak terfikir nak mencuba supplement tambahan untuk tambahkan susu. Bukan dasar nak kedekut... Untuk anak apa salahnya kan... Namun, aku lebih suka cara semulajadi. 



Rezeki Ain, susu buat dia still meriah. 

Apa yang aku amalkan first things first... Banyakkan minum air kosong, minum susu anmum yang khas untuk ibu menyusukan bayi... Di samping minum horlick campur milo. Dan... Paling penting... Banyakkan berdoa dan... Sentiasa fikir positif yang susu sentiasa ada. Tak lupa... Jaga pemakanan... Makan makanan yang berkhasiat. Tu jelah kaedah membanyakkan susu yang aku amalkan dari adanya Alia sampai lahirnya Nur Ain.

Alhamdulillah...


Assalamu'alaikum, hai ♥ Nak ajar anak untuk menguasai sesuatu bukan mudah. Tapi zaman sekarang tak seperti zaman dahulu. Ada sahaj...



Assalamu'alaikum, hai
Nak ajar anak untuk menguasai sesuatu bukan mudah. Tapi zaman sekarang tak seperti zaman dahulu. Ada sahaja gajet canggih tercipta untuk membantu memudahkan proses pembelajaran.

Contohnya aplikasi my first iqra'. Hanya perlu install dari play store je. Dah boleh guna untuk ajar anak mengenali huruf jawi dengan mudah. Setiap huruf mempunyai bunyi sebutan. So, amat mudah untuk dipraktikkan. Tak nak gajet buku pun ada.



Semalam hubby belikan buku iqra' untuk Alia sebagai hadiah harijadi yang ke-3 tahun katanya. Kononnya... Start umur 3 tahun... Hubby nak ajar Alia mengaji. InsyaAllah...


Bukunya berwarna-warni. Sangat menarik perhatian. Harga pun murah. RM29.90 sahaja. Alia dapat pun teruja. Haha... 


Assalamu'alaikum, hai ♥ Aku di duga dengan dua cahaya mata yang memiliki karektor sama. Kuat menangis... Dan hanya mintak di duku...



Assalamu'alaikum, hai
Aku di duga dengan dua cahaya mata yang memiliki karektor sama. Kuat menangis... Dan hanya mintak di dukung. Namun... Yang pasti itu bukan kolik.

Pada aku... Mereka menangis pasti bersebab. Cuma... Kekadang panik jugak bila menghadapi situasi sebegitu... Terutamanya bila first time bergelar ibu. Haru biru dibuatnya. Namun... Untuk second baby ni... Alhamdulillah! Dah boleh handle sendiri dah... 


Ingatkan Nur Ain tidak seperti Alia... Rupanya sama. Lansung tak nak berenggang. Menangis bila lapar... Extra sound bila pampers pulak basah... Bila tak selesa... Sekali lagi suaranya kedengaran sampai ke rumah jiran. Huhu... 

Bila tidur... Tak nak dalam buai. Siap! Sekali lagi tangisannya akan kedengaran. Untuk atasi bayi yang suka menangis... As a mom, kita kena bersabar dan kena fahami kehendaki mereka. Hanya tangisan sahaja yang mampu bayi buat untuk menyatakan sesuatu. 

Pada aku itu semua bersifat sementara... Berdasarkan pengalaman lalu... Bila usia dah menjangkau 3 bulan... Alia dah kurang menangis... Dan senang dijaga. Harap-harap Nur Ain pun sama.


Assalamu'alaikum, hai ♥ Semalam... Encik suami dan bapak pergi Kuching... Hantar adik. Jadinya... Sunyilah kat rumah. Nur Ain pun...



Assalamu'alaikum, hai
Semalam... Encik suami dan bapak pergi Kuching... Hantar adik. Jadinya... Sunyilah kat rumah. Nur Ain pun tido awal, so banyak masa nak tengok tv.



Mak suka tengok rancangan nyanyian... Katanya hari Ahad, malam Isnin ada rancangan mentor legend. Wah! Lansung tak layan pun before ni... Tengok-tengok dah separuh akhir kedua. Sampai ke habis aku dan mak layan.

Yang masuk final mentor legend nanti... Adalah anak didik Dayang Nurfaizah, Ella dan Emy Search. Agak-agak siapa yang juara mentor legend yer?... Antara Sarah dengan Aina kot.

Sebab... Semalam Aina punya persembahan memang terbaik. Mantap! Sarah pun aku suka...


Assalamu'alaikum, hai ♥ Sedang aku sibuk melayan karenah cik Ain yang manja memanjang... Si Kakak pulak dok sibuk main pen warna....



Assalamu'alaikum, hai
Sedang aku sibuk melayan karenah cik Ain yang manja memanjang... Si Kakak pulak dok sibuk main pen warna.



Entah! Dia tengok siapa entah... Siap warnakan kuku lagi. Alahai... Sabar jelah. Lagi beberapa hari usia dia masuk 3 tahun dah. Bila orang tanya umur berapa... Dia dah boleh bagitau dah... 3 tahun. Biasalah... Si ayah yang mengajar. Sebut full name pun dah reti. Budak panjang akal memang gitu. Silap ajar, padah jawabnya.

Pagi tadi... Seawal pagi dia dah nyanyikan lagu selamat harijadi. Nak menuntut kek harijadi daripada ayah dialah tu. Bercakap macam orang dewasa dah. Mungkin faktor dia berkawan dengan adik-adik aku kot... Dan jarang keluar rumah... Tu yang gitu.


Assalamu'alaikum, hai ♥ Alahai... Apa nak jadi sekarang ni. Aku jadi takut nak beli makanan di pasaran bila terbaca berita di akh...



Assalamu'alaikum, hai
Alahai... Apa nak jadi sekarang ni. Aku jadi takut nak beli makanan di pasaran bila terbaca berita di akhbar. Terbaru mengenai amaran dari JAKIM mengenai berhati-hati membeli bebola ikan... Sebab ada campuran plasma darah haiwan. Huhu...


Nak kena rajin buat sendiri lah bebola ikan gamaknya. Lagi terjamin kan. Hati pun tak was-was nak makan.


Assalamu'alaikum, hai ♥ Lama tak update... Bukan takde cerita... Tapi sibuk dengan cik Ain. Nak dijadikan cerita... Before ni ada...



Assalamu'alaikum, hai
Lama tak update... Bukan takde cerita... Tapi sibuk dengan cik Ain. Nak dijadikan cerita... Before ni ada jugak survey kasut kait yang murah di internet. Cumanya... Belum tergerak hati untuk membeli... A.k.a duatigaempat kali fikir nak beli. Takut tak menepati citarasa sebenarnya. 


Alhamdulillah... Semalam mak offer diri buat satu kasut kait untuk Ain. Color purple pulak tu. Walaupun simple nampak cute. Hehe... Bila tengok kasut kait Ain... Macam mudah nak buat. Haha... Terfikir pulak nak buat kasut kait sendiri bila tengok mak buat kasut kait dengan mudah... Then jual online. Haha... Boleh laku ke?.


Assalamu'alaikum, hai ♥ Tiga hari dah berlalu... Bumi Spaoh takde air akibat bah di loji air Betong menyebabkan pump rosak.  ...



Assalamu'alaikum, hai
Tiga hari dah berlalu... Bumi Spaoh takde air akibat bah di loji air Betong menyebabkan pump rosak. 

Semalam hubby merata cari air mineral... Sudahnya dapat 4 kotak saja. Semua kedai katakan habis stok. Huhu... Dugaan musim banjir. Tapi... Alhamdulillah. Tempat aku still tak banjir. Harap-harap janganlah berlaku banjir.


Semalam dan harini... Cik Ain mandi guna air mineral water. 4 botol sekali mandi. Huhu... Kalau berterusan takde air. Boleh rabak poket. Haha...

Kami yang dewasa pulak mandi air hujan yang mak tadahkan. Nasib baik ada tong besar gedebak kat umah. Tapi tulah... Separuh je air di dalamnya. Yelahkan... Tak terfikir masalah air akan datang. So, sambil lewa lah nak isi penuh. Harap-harap harini atau esok... Dah ada air dah.


Assalamu'alaikum, hai ♥ Dah sebulan lebih dah umur Nur Ain Haziqah . Baru ada idea mak dia nak update pasal Nur Ain. Nak kata sibu...



Assalamu'alaikum, hai
Dah sebulan lebih dah umur Nur Ain Haziqah. Baru ada idea mak dia nak update pasal Nur Ain. Nak kata sibuk tak jugak. Tapi... Sibuk melayan karenah Nur Ain yang memanjang mintak di dukung sebenarnya. Dah puas didukung... Then, tidur... Baru ada masa aku pulak nak pump susu. Nasib baik pump susu jenis elektrik. Kalau pump guna tangan. Mak aiii... Alamat tak kerjalah jawabnya.


Check sebulan haritu... Berat Nur Ain dah mencecah 3.95kg. Alhamdulillah... Muka pun nampak sedikit tembam. Apalagi... Alia asyik nak mencium je kerjanya. Hubby pun sama. 

Sekarang ni... Nur Ain dah reti senyum dan selalu membulatkan mulutnya seperti ingin bercakap. Sangat aktif dan tak mau berjauhan. Asyik merengek je kerjanya. Dahla siang tak berapa nak tidur. Mintak didukung. Tapi... Bagusnya dia... Malam tidur seperti orang dewasa. Kalau kita tak bangun selang 2 jam menyusukan dia... Memang tak menyusu. Aku pulak... Kekadang dah penat. Ada jugak tak terbangun. Sudahnya... Ain bagi signal melalak kat aku. Haha... Sabo jelah.

Semoga Ain membesar dengan sihat dan cergas seperti kakaknya... Alia :)