Back to Top

30 January 2015

Selamat Sudah Menjalani Proses Berpantang

7:26:00 AM 1 Comments


Assalamu'alaikum, hai
Lama tak update blog. Sementara Alia dan Ain tidur. Teringin pulak nak berkongsi cerita di sini. Pertama sekali... Alhamdulillah, aku dah pun selesai menghadapi tempoh berpantang. Huhu... Lega rasanya. Insya Allah... Seperti Alia. Ain jugak akan diberi susu ibu sepenuhnya... Tapi, kali ni... Aku terpaksa beli pump susu dan dalam pantang lagi aku dah latih Ain menggunakan botol. Kalau Alia dulu... Aku tak kerja lagi... So, direct breastfeeding jelah kan. So far... So good. Ain dah boleh guna botol dah. Hoyehhh!

Sepanjang berpantang... So far, takde problem sangat. Cumanya aku menghadapi sembelit. Fuh! Part paling aku tak suka. Nak tak nak kena jugak hadapi. Pada aku... Lebih sakit daripada rasa nak bersalin. Haha...

Nur Ain Haziqah
Ain pulak... Hurmmm. Ada masa behave. Ada masa merengek memanjang. Sabar jelah wahai hati. Kalau tak nak susah, jangan beranak... Bak kata mak. Haha...

Berat Ain sebulan dah pun mencapai 4kg. Alhamdulillah. Semoga Ain terus sihat dengan cergas hendaknya. Amin...


Sepanjang ada Ain... Alia dah mula tidur dengan nenek dia. Start first day berpantang lagi... Cumanya aku sian tengok dia berpisah tidur dengan aku... Tapi, dia suka lagi ada. Sebab mak aku suka manjakan dia. Tu lah semakin manja dibuatnya. Walaupun manja boleh jugak tolong aku tengokkan Ain... Mintak tolong ambikkan pampers adik dia. Alhamdulillah... Tak sangka ringan tulang jugak orangnya.


13 January 2015

Gaya Tidur Yang Sama

7:13:00 AM 6 Comments


Assalamu'alaikum, hai
Alhamdulillah... Harini dah masuk hari ke-25 aku berpantang. Walaupun update blog seperti chipsmore dan blogwalking pun sekadar singgah membaca tanpa komen. Tapi aku still tak lupa. Hehe... Biasalah benda yang kita suka. Cumanya... Aku jarang dapat komen... Entah! Bila asyik hujan je ni. Line celcom pun slow. Sampai duatigaempat kali refresh baru dapat. Sabar jelah.

Cakap pasal hujan... Semalam entah Alia tiba-tiba masuk bilik aku. Biasanya dia tidur dengan nenek dia. Sekali secara kebetulan... Aku tengok gaya tidur Alia dan Ain lebih kurang sama... Apalagi, sepantas kilat aku capai handphone terus ambik gambar dorang...


Sama tak? Hehe...


10 January 2015

Minyak Bayi Yang Bagus Untuk Elak Kembung!

2:14:00 PM 2 Comments


Assalamu'alaikum, hai
Alhamdulillah... Harini dah masuk hari ke-22 aku dalam pantang. Lagi 22 hari... Akan habis berpantang. 


Sepanjang berpantang ni... Bukan vick sahaja aku guna. Aku juga turut menggunakan minyak bayi jenama sendayu tinggi untuk Nur Ain. Alhamdulillah... Sepanjang dalam pantang ni... Nur Ain sentiasa buang angin toksin. Haha... Prap... Preeeettt... Proooottt... memanjang. Selain itu... Aku jugak turut mengamalkan petua untuk elak kembung perut yang nurse bagi. Nak tahu petuanya... Baca DI SINI

Serius... Paling aku takut bila bayi kembung perut. Confirm! Bayi tak berenti menangis. Lagilah aku... Kalau takde mak tolong aku dalam pantang. Mahunya menangis sama. Haha...


08 January 2015

Cara Mudah Atasi Nipple Crack Atau Luka

10:17:00 PM 3 Comments


Assalamu'akaikum, hai
First thing first... Belum terlambat kan aku nak ucapkan selamat tahun baru. Hehe... Dah 8 hari tahun 2015 berlalu, aku lansung tak update pun blog... Biasalah dalam pantang. Macam-macam hal akan kita lalui... Tapi serius... Menunggu habis pantang... Memang membosankan. Tapi... Lupakan pasal tu yer.

Bila dah bosan... Alia dan Ain pulak tidur. Sekali-sekala aku logon jugak fb... Baca status kawan-kawan. Haha... Banyak benau komen orang ramai pasal Hanis Zalikha kena lamar dengan  Hairul Hazreen. Tak tengok pun malam tu. No komen ok... 

Tak kurang jugak yang mengajukan soalan seperti berikut. 


Kalau ikutkan pengalaman 2 kali melahirkan anak dan menyusukan bayi secara directly... Memang ada masa puting susu akan luka. Cara atau petua mudah mak aku bagi untuk atasi luka pada puting susu... Just sapukan susu badan pada bahagian yang crack... Insya Allah, dengan izin Allah... Tak lama akan baik. Seriously... Aku just guna petua tu saja sepanjang menyusukan anak dua orang. So far, setakat ni ok je... Takde pulun nak sibuk carik cream bagai. Haha...