Drama terbaru Sha & Shah akan menggantikan drama tersuka tanpa sengaja yang akan berlabuh malam ni dengan episod yang terakhir. Me...



Drama terbaru Sha & Shah akan menggantikan drama tersuka tanpa sengaja yang akan berlabuh malam ni dengan episod yang terakhir. Mean... Next week 4 Januari 2016, dah start dah drama Sha & Shah... Tengok promo di tv... Tu yang tau tu. Hehe...

Sumber gambar daripada google image

SINOPSIS DRAMA SHA & SHAH YANG MENGGANTIKAN DRAMA TERSUKA TANPA SENGAJA
Bila dah tahu drama apa yang akan menggantikan drama tersuka tanpa sengaja. Seperti biasa... Kena baca sinopsis dulu before tonton. Apalagi... Try google. Berdasarkan sumber, drama Sha & Shah merupakan adaptasi novel yang mengisahkan tentang kisah persahabatan dan perkahwinan. Kononnya... Sha ( Syatilla Malvin ) berkawan baiklah dari kecik dengan Shah ( Kamal Adli ).

Bila dah dewasa... Seperti biasa, tipikal drama melayu... Confirm ada kisah jodoh menjodoh. Nak atau tidak... Biasalah kena kawin right... Tapi, jalan cerita melayu... Mesti happy ending. Cuma best ke tidak sesuatu drama tu terpulang kepada pengolahan jalan ceritanya dan keserasian watak yang dibawak oleh para pelakon.

Nak tau drama ni, kenalah tonton sendiri. Hehe... Aku kalau jam 10 malam onward tu... Kekadang dah tidur. Layan movie pun macam chipmore je. Kejap ada, kejap tidak.

Best ke membeli belah secara online? Tetiba soalan tu muncul di mulut jiran kami masa majlis tahlil maulidur rasul haritu... Bila mana...



Best ke membeli belah secara online? Tetiba soalan tu muncul di mulut jiran kami masa majlis tahlil maulidur rasul haritu... Bila mana kami sedang berbual mengenai jual beli barang melalui facebook. Hurmmm... Amat subjektif untuk diperkatakan dan terpulang kepada setiap individu sebenarnya.

Kalau tanya aku best ke tidak shopping online... Mestilah best. Hehe... Tapi... Pada aku... Setiap perkhidmatan, sudah pastinya mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Alang-alang dah bercakap pasal shopping secara online... Di sini aku nak share jugaklah pendapat aku mengenai kelebihan dan kelemahan membeli belah secara atas talian... Atau dalam bahasa omputihnya online shopping :)

First things, jika dilihat dari sudut positif... Kebaikan yang pertama membeli belah secara online ialah mudah dan cepat. Why? Kalau membeli secara online... Kita tak perlu dah berkejar masa, jammed lagi... Queue untuk membayar di kaunter... Cari tempat parking bagai... Ambik masa berejam-rejam kot bila kita membeli sendiri di shopping mall. Tapi... Bila kita beli secara atas talian... Tak sampai 5 minit... Just pilih barang... bayar guna online banking... Then, tunggu duatigaempat hari... Dah barang sampai ke rumah... Tanpa perlu bersusah payah... Bukan mudah dan cepat je... Malah menjimatkan beratus minit masa kita yang ada. Tenaga pun dapat jugak dijimatkan di situ...


Teringat pulak masa ziarah mertua dua minggu lepas... Shopping di Giant Batu 10, Kuching... Tak ramai staff yang jaga barang. Belilah seluar jean untuk Ain. Takde tanda harga. Ingatkan masa kat kaunter dorang dah ada senarai harga. Lepas tu boleh pulak cashier tu suruh ambik seluar lain yang ada tanda harga untuk scan. Terpaksalah hubby pergi geledah balik seluar jean yang melambak tersusun tu semata-mata nak carik harga. Salah kami jugak... Ambik yang takde tanda harga. Hurmmm... 20 minit jugak aku berdiri di kaunter bawak Ain sambil jaga troli. Tu antara lain situasi yang kita kena hadap bila shopping sendiri di mall.

Belum lagi pasal karenah manusia. Beli online tiada jurujual yang kita kena hadap. Just... View items dan pilih. Kalau kat mall... Tau jelah kaum perempuan... Part membeli memang cerewet... Jumpa pulak karenah jurujual yang semacam je tengok customers. Pegang itu tak boleh... Pegang ini tak boleh... Sudahnya, satu pun tak terbeli. Tapi... Kalau dapat beli pun puas hati... Sebab barang dihajati di depan mata... Confirm terbaik punya pilihan yang dibuat.

Berlainan dengan membeli secara online... Walaupun kita boleh view dan pilih mengikut berapa lama kita mahu... Risiko barang tidak menepati kehendak tu pasti ada. Pernah satu masa dulu... Kawan aku beli baju kurung... Kemain cantik lagi dalam gambar. Tapi... Bila dah sampai... Indah khabar dari rupa. Yang tu satu hal... Satu hal pulak dia pernah beli tudung dekat someone ni kat fb. Sekali dah bayar... Barang tak sampai-sampai... Bila di call, mesej... Semua tak jawab. Hurmmm... Tu jugak antara lain kelemahan membeli secara online. Peniaga tipu customers.

Banyak lagi kot buruk baik membeli belah secara online. Tapi... Walaupun sebegitu... Sebagai pengguna, kita kena bijak memilih... Jangan rambang mata... Sudahnya, faktor lain lansung tak dipedulikan.

Cekodok keladi parut ikan bilis . Menu minum petang kami sefamili harini. Alhamdulillah... Rezeki keladi pemberian bakal mak mertua ad...



Cekodok keladi parut ikan bilis. Menu minum petang kami sefamili harini. Alhamdulillah... Rezeki keladi pemberian bakal mak mertua adik. Kehabisan idea nak buat apa... Akhirnya terfikir nak parutkan keladi dan jadikan cekodok. Bolehlah Alia dan Ain tumpang sekaki... Semenjak dah tumbuh 8 batang gigi... Kemain demand Cik Ain nak makan itu dan ini... Lagak seperti orang dewasa. Sabar jelah.

CARA MEMBUAT CEKODOK KELADI PARUT IKAN BILIS YANG MUDAH
Nak buat cekodok keladi parut ikan bilis gaya aku... Amatlah mudah... Bahan yang diperlukan, hanyalah...

gambar resepi cekodok mudah, cekodok keladi terbaru,

Air + Tepung 500gram + 250gram keladi yang dah siap diparut + Segenggam ikan bilis + 5 ulas bawang merah + Daun saderi a.k.a daun sup kalau kat tempat aku ok... Then sedikit garam.

Kisar ikan bilis dan bawang. Campurkan kesemua bahan. Goreng sehingga masak... Settle... Sedap bila dicicah dengan sos cili adabi... Minum pulak dengan teh panas. Huhu... Sabar jelah yer dengan cerita orang kelaparan bila di luar hujan. Haha...

Gout, 8 makanan harus dielakkan . Entri terbaru dari aku untuk semua. Dalam family kami... Salah sorang penghidap gout adalah adik lel...



Gout, 8 makanan harus dielakkan. Entri terbaru dari aku untuk semua. Dalam family kami... Salah sorang penghidap gout adalah adik lelaki aku... Sekarang nun jauh di utara bersama isteri tercinta... Bekerja dan menetap di sana.

Bila dah tau ada gout... Now, adik terpaksa berhati-hati dalam memilih makanan. Tau jelah dia... Silap makan sikit.... Dah, seminggudua mesti jalan berjengkit-jengkit. Sian pulak tengok. Pernah tau... Masa mak saudara meninggal haritu... Kebetulan balik bercuti. Baru sehari berada di kampung... Mula gout menyerang... Sampaikan dia tak boleh berdiri dan berjalan... Disebabkan sakit sangat... Hubby dan adik-beradik lelaki yang lain... terpaksa angkat dia bawak pergi klinik swasta. Injection di punggung tau untuk kurangkan gout... Dengan bayaran sebanyak RM70. Then... Barulah sakitnya berkurang. Alhamdulillah...

Sumber gambar daripada google image

Bila dah kena begitu... Barulah dia rajin baca artikel tentang gout. Cakap pasal gout... Teringat pulak pasal 8 jenis makanan yang kena pesakit gout elak... Hubby pernah bagitau... tu pun dia terbaca dari flyers kesihatan... Di mana, berikut adalah antara makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit gout:-
Kekapis
Ayam belanda
Bir
Hati
Asparagus
Herring
Minuman manis
Daging merah
Kenapa hubby tau pasal makanan orang gout... Mana yang boleh, mana yang tidak... Huhu... Dia pun ada gout jugak sebenarnya. Namun dek kerana 'berpantang' bab-bab makanan. So, kuranglah gout menyerang. Sepanjang lebih kurang 6 tahun kami bersama... Tak silap pernah sekali dia kena serang gout... Taubat lepas tu... Berhati-hati sungguh dia menjaga makan.

Rasanya panjang jugak entri kali ni. Before bosan... Baik aku stop dulu cerita aku yer. Hehe....

Episod akhir akulah Balqis dan satay . Entri terbaru dari aku before tahun baru. Siannya... Lansung tak berkesempatan tengok episod ak...



Episod akhir akulah Balqis dan satay. Entri terbaru dari aku before tahun baru. Siannya... Lansung tak berkesempatan tengok episod akhir akulah Balqis... Semuanya gara-gara satay mentah yang dah siap diperap... Abang sulung bawak dari Sebuyau. Semua request nak satay untuk makan malam.


Actually, kak ipar jual satay di Sebuyau selain jual benda lain... Bak kata pak menteri... Kena buat duatiga kerja dalam satu masa... Kalau nak tampung kos hidup la ni... Huhu... Yolah... tu.


Memandangkan abang balik nak ambik kereta dia masuk bengkel... So, adalah kakak ipar kirimkan satay... Kalau beli... confirm puluhan ringgit jugak kaedahnya. Syukur rezeki harini... Start jam 6 petang sampailah 8 lebih... Adik tolong bakar... Haha. Bakarlah sangat... Padahal guna pemanggang ajaib je pun. Aku pulak... Masak lauk lain termasuklah sediakan sos pencicah satay.


Resepi Sos Pencicah Nasi Ayam
Ramai yang request sos pencicah nasi ayam... untuk cicah satay. Apalagi... Ambik halia, bawang putih dan cili... Terus tumbuh... Bubuh limau kasturi... Perasa pulak dengan garam dan ajinomoto... Siap satay... Akulah orang pertama merasa... Fuh! Puas hati... Air tangan sendiri. Tapi, lagi best kalau kesemua bahan tersebut dikisar menggunakan blander... Lagi halus.

Walaupun tak dapat tengok Akulah Balqis... Yang penting dinner malam ni... Memang berbaloi. Alhamdulillah... Tak silap esok dah start episod 1 Cinta Si wedding planner... Ada jugak tengok promo di tv3. Sahlah tu... Drama terbaru yang akan gantikan Akulah Balqis bermula 30 Disember 2015. Tak silap heroin dia Mira Filzah... Dan Hero dia pulak Adi Putra.

Pucuk 'kerubuk' banyakkan susu ... Entri terbaru dari aku. Bila menyusukan anak, semestinya sebagai emak, mom, ummi, mama dan ...



Pucuk 'kerubuk' banyakkan susu... Entri terbaru dari aku. Bila menyusukan anak, semestinya sebagai emak, mom, ummi, mama dan sebagainya akan tercari-cari info mengenai cara, makanan, kaedah, tips atau apa sahaja maklumat yang berkaitan untuk banyakkan susu badan.

Sebagai ibu yang menyusukan anak... Di sini aku ingin kongsikan makanan yang boleh banyakkan susu badan. Actually, ia sejenis sayur hutan... Di mana kalau di Sarawak terutamanya di Spaoh... Ia dikenali sebagai pucuk kerubuk. Mungkin kat tempat lain ia dikenali sebagai paku pakis kot.


Sehari selepas melahirkan baby... Mak pasti masakkan pucuk kerubuk ni... Sebab lepas makan pucuk ni... Insya Allah, sehari lepas tu... Susu akan start meriah... Alhamdulillah. Resepinya pulak amat mudah... Just campurkan halia, bawang putih dan ikan bilis... Tumis. Then... Masukkan pucuk kerubuk tersebut. Sedap! bila di makan dengan nasi yang panas. Sampai sekarang... Kalau ada dijual di market basah... Confirm beli... Walaupun sekarang agak mahal harganya. Yelah... Ramai yang minat makan... Buat sayur atau ulam... Macam midin jugak.

Kenapa ramai followers blog hilang atau unfollow serentak dalam satu masa? Hurmmm... Dalam minggu ni ramai jugak blogger yang update p...



Kenapa ramai followers blog hilang atau unfollow serentak dalam satu masa? Hurmmm... Dalam minggu ni ramai jugak blogger yang update pasal masalah followers unfollow terlalu ramai dalam masa yang sama. Perasan jugak sebenarnya... Tapi, ingatkan aku saja yang bermasalah sebegitu. Yelah... Kalau blog aku, no wonder ramai yang nak unfollow sebab jarang sangat tak update sejak akhir-akhir ni. Huhu... Daripada 854 followers... Now, tinggal 829.


Walaubagaimana pun, tak silap duatiga hari lepas terbaca di satu blog ni. Lupa pulak nak copy url... Di mana menurut blog tersebut... Kehilangan followers begitu ramai dalam satu masa tu sebenarnya ada sebab... Tak silap... Bermula next year google telah meletakkan syaratlah lebih kurang... Di mana setiap pembaca yang ingin follow sesuatu blog kenalah sign in guna google email sahaja... Selain daripada tu, tak dibenarkan... So, duatiga minggu sejak kebelakangan ni... pihak google telah mengemaskini... So... sesiapa yang sign in guna email lain untuk follow blog... Memang kena hide or remove... That why... Ramai followers blog kita yang nampak seperti unfollow.

Salam maulidur rasul buat semua. Sedikit lewat untuk mengucapkannya. Kebiasaannya... Sambutan maulidur rasul, apa aktiviti yang korang...



Salam maulidur rasul buat semua. Sedikit lewat untuk mengucapkannya. Kebiasaannya... Sambutan maulidur rasul, apa aktiviti yang korang buat?

Sumber gambar daripada google image

Hurmmm... Kalau di Spaoh, Sarawak... Bila menjelang maulidur rasul... Setiap masjid dan surau akan mengadakan majlis tahlil dan begitu jugak setiap rumah akan membuat majlis tahlil dan sedikit majlis makan sebagai tanda bersedekah.

Sepanjang bulan ni... Setiap surau akan mengadakan majlis tahlil dan makan bergilir-gilir. So, sepanjang bulan ni jugak akan ada undangan makan majlis tahlil. Huhu... Kalau yang rajin pergi tu... Confirm akan jarang memasak di rumah :)

Untuk kami... InsyaAllah weekend ni surau blok kawasan kami akan mengadakan majlis tahlil. Dengar-dengar pihak jawatankuasa surau sedekahkan kerbau. Tak silap seekor kerbau akan disembelihkan untuk dijadikan juadah majlis tahlil untuk blok kawasan rumah kami. Tu antara aktiviti maulidur rasul untuk tahun 2015 di kampung kami.

Teh tarik boh 3 in 1 punya cerita . Bukan nak promote atau apa. Sekadar ingin berkongsi pandangan setelah sendiri merasa. Beberap...



Teh tarik boh 3 in 1 punya cerita. Bukan nak promote atau apa. Sekadar ingin berkongsi pandangan setelah sendiri merasa.


Beberapa hari lepas... Tetiba anak tekak teringin nak minum teh tarik 3 in 1 jenama boh yang biasa aku beli. Memandangkan hubby ke pekan Spaoh... Ambik news. Sekalilah pesan kat dia untuk membeli apa yang dihajati. Entah! mungkin melihatkan packaging teh tarik hampir sama... Akhirnya hubby terbeli yang teh tarik halia.


Fuh! Bila dah bancuh... Sekali minum. Allah memang terasa halianya. Sungguh tak suka. Nasib baik tak beli banyak... Kalau tak memang rezeki tong sampahlah jawabnya.

Kek harijadi Nur Ain . Saja nak jawab pertanyaan Puan Kutu . Hehe... Masalah line punya hal... Bila dah fade up... Sudahnya gambar kek...



Kek harijadi Nur Ain. Saja nak jawab pertanyaan Puan Kutu. Hehe... Masalah line punya hal... Bila dah fade up... Sudahnya gambar kek tak tertayang.


Walaupun kecik... Alhamdulillah, Ain teruja nak jamah. Oh! ya... Harga kek tersebut RM15 je pun. Perisa vanila... Tak banyak dekorasi... Tapi patung kecik tu... Selesai je hubby tolong Ain tiupkan... Alia pulak yang kebaskan. Lepas tu... Boleh pulak tanya mana kek harijadi dia. Hubby kata boleh tuntut bulan dua nanti. Haha... Ok! itulah jawapan Alia tiap kali setiap persoalan yang dia lontarkan terjawab.


Nak belanja jugak gambar Ain masa tiup lilin... Padahal, ayah dia yang tiupkan. Siapa yang sambut birthday sebenarnya. Haha...

Checkup setahun Nur Ain dijadualkan semalam. Alhamdulillah... Seawal jam 2 petang kami 4 beranak bergerak. Hubby dan Alia semestinya a...



Checkup setahun Nur Ain dijadualkan semalam. Alhamdulillah... Seawal jam 2 petang kami 4 beranak bergerak. Hubby dan Alia semestinya akan menemani aku dan Ain ke klinik. Setakat ni... Hubby tak pernah lagi tak temankan aku. Dia sentiasa ada untuk aku dan anak-anak walaupun sesibuk mana pun. Alhamdulillah :)

Sampai di klinik... Aku orang kedua masuk checkup. Alhamdulillah... Dapat rezeki awal... That why aku suka pergi belah petang.Hehe... Seperti biasa.... Masuk je, Ain terus kena timbang dan ukur tinggi. Alhamdulillah... Berat Ain setahun 8.2kg dan tinggi pulak 72cm... Semuanya normal... Still pada garisan putih. Kata nurse... budak menyusu badan... Berat sentiasa maintain... InsyaAllah. Tapi yang tak menahan tu... Time timbang, Ain sempat jugak melalak... Tapi, masa injection mmr... Boleh pulak dia senyum nampak gigi. Allah... Sabar jelah. Maybe dia nampak kak Alia masuk temankan dia kot.


Before balik... Seperti kebiasaan Alia akan ajak tengok ikan di dalam kolam depan klinik. Dah puas... Kami pusing pasar Spaoh... Carik pisang goreng dan pau inti mentega untuk Alia. Alhamdulillah... Sampai rumah 2 biji pau Alia habiskan. Sudahnya... Dinner semalam lansung tak makan... Tapi boleh pulak layan burger telur murah masa tengok drama tersuka tanpa sengaja semalam. Hurmmm... Anak-anak... Sesekali kena layan jugak kehendak dorang nak makan burger.

Nur Ain Haziqah 12 bulan ... Entri terkini dari aku. Sekadar catatan untuk kenangan. Alhamdulillah... Kalau tiga hari lepas, umur si k...



Nur Ain Haziqah 12 bulan... Entri terkini dari aku. Sekadar catatan untuk kenangan. Alhamdulillah... Kalau tiga hari lepas, umur si kakak genap 3 tahun 10 bulan... sehari lepas tu pulak... Umur si adik Nur Ain genap setahun.


Semakin ligat berlatih melangkah sekalidua... Jatuh! then terus mengorak langkah. Kalau Alia dulu seminggudua berlatih melangkah... Sudahnya tak sampai dua minggu dah boleh berjalan. Alhamdulillah... Alia start boleh berjalan pada usia setahun sebulan. Adakah Ain pun begitu? Hurmmm... InsyaAllah... Akan aku update nantinya.


Dalam dok berlatih berjalan. Sesekali... Ain ada hati nak susun bongkah lego yang hubby borong seminggu yang lalu. Masa hubby beli haritu... Lansung Ain tak berminat nak susun. Entah... Tetiba semalam, kemain tekun menyusun. Bila dah tak berjaya... Kemain marah dia. Habis lego dibaling. Walaupun begitu... Bila kita kata tolong ambik... Tak cukup sekali pengulangan... Pasti Ain ambik. Setakat arahan mudah... InsyaAllah anak solehah Ain boleh dah faham... words pun dah banyak jugak dia boleh sebut.

Untuk first year umur Ain... Hubby belikan sebijik kek perisa vanila. Walaupun bersaiz kecik. Kemain suka Alia dan Ain makan. Semoga... Alia dan Ain terus membesar bagaikan juara buat mak dan Ayah. Amin....

Juara gegar vaganza musim kedua 2015 . Hurmmm... Siapalah ek. 2 minggu dah tak mengikuti... Starting mak saudara meninggal 27 November...



Juara gegar vaganza musim kedua 2015. Hurmmm... Siapalah ek. 2 minggu dah tak mengikuti... Starting mak saudara meninggal 27 November haritu. Now, 'berambeh' di rumah mak mertua... Memang tak boleh tengok. Why? Dorang tak langgan pun astro. Nak layan dengar Sinar FM macam tak syok jer. Huhu...

Sumber gambar daripada google image

Tengok status members up di facebook... Pelbagai tekaan dorang pasal siapa juara gegar vaganza kali ni. Berdasarkan apa yang aku baca daripada beberapa blog ada 6 orang finalist right... Acong, Aizat, Farahdiya, Nassier Wahab, Siti Nordiana dan Haiza. Hurmmm... Ramai yang teka Siti Nurdiana yang akan jadi juara gegar vaganza musim kedua. Tapi... Ramai jugak yang sokong Nassier Wahab jadi juara.

Kalau aku... Sudah pastinya Siti Nurdiana. Pada pendapat orang yang tak reti pasal muzik seperti aku... Setiap persembahan yang Siti Nurdiana buat... Pasti ada kelainan... Setiap lagu yang dia bawak... Memang sedap di dengar... Bukan kata yang lain tak best... Tapi penampilan Siti Nurdiana membawa setiap lagu... Biasa tapi menarik... Pada akulah ek. Aura dia membawa kelainan. Kelainan yang pastinya menarik minat. Tapi... Apa pun keputusan... Ia sekadar tontonan di malam minggu. Tak payah nak frust sangat... Kalau yang disokong tak menang... Kan. Haha...

Seminggu tanpa cerita ... Confirm takde yang merindui entri baru dari aku :( Banyak perkara yang berlaku seminggu yang lalu... Start...



Seminggu tanpa cerita... Confirm takde yang merindui entri baru dari aku :(

Banyak perkara yang berlaku seminggu yang lalu... Starting Jumaat, 27 November 2015... Mak saudara aku meninggal di rumah kami... Allah... Bagaikan tak percaya... Tanpa sakit, Allah lebih menyayanginya. Kami terima dengan redha... 7 hari sibuk dengan urusan kematian... Blog pun sunyi tanpa entri.

Selepas 7 hari... Seperti telah dirancang, 5 Disember kami 4 beranak ke Kuching untuk 'berambih' di rumah mak mertua aku. Sampai rumah belah malam... Ain demam... Baru hari ni Ain ok. Huhu... Tapi, semalam sempat jugak ikut hubby ke popular bookstore jalan BDC. Cari ABM untuk sekolah tahun 2016. Alia pun sempat grab 8 jenis gunting dengan harga RM19.90 selepas discount 25%. Amat berbaloi beli... Pelbagai bentuk boleh buat. Pada aku gunting ni amat sesuai untuk ajar anak menggunting. Plastik... Malah mata gunting pun jenis tak tajam sangat. Anak pun teruja nak guna. Haha...


Ingatkan tak nak beli... Guna je apa yang ada di rumah untuk aktiviti homeschool Alia... Tapi, tergugat jugak iman aku dan hubby bila tengok aksesori banyak sangat... Cute pulak tu. Huhu...


Mimbar akhir pencetus ummah . Alhamdulillah... Berkesempatan jugak tengok. Selepas tengok drama kau, aku, kita episod 10... Terus mara...



Mimbar akhir pencetus ummah. Alhamdulillah... Berkesempatan jugak tengok. Selepas tengok drama kau, aku, kita episod 10... Terus marathon tengok mimbar akhir pencetus ummah di astro Oasis... Start 9:30 malam.

Hebat-hebat persembahan para peserta pencetus ummah tau. Aku tertarik jugak dengan soalan Dato' Shahreza yang jadi guard dalam Tuan Anas Mikael tu... Hehe. Tanya pasal apakah hukum si anak menyuruh si ibu menjaga cucunya dengan memberi gaji. Hurmmm... Tak boleh sebenarnya... Melainkan si ibu rela dengan rasa yang gembira untuk menjaga cucunya sendiri. Dan si anak pulak memberi duit hanya untuk menghargai tugas yang dibuat si ibu dan bukannya memperlakukan si ibu seperti orang gaji. Wallahu'alam.

PU Syed, gambar PU Syed,
Sumber gambar daripada google image

KEPUTUSAN PENUH MIMBAR AKHIR PENCETUS UMMAH MUSIM KE-3
Alhamdulillah... Juara pencetus ummah kali ni dipegang oleh PU Syed dan juga merupakan PU pilihan sinar harian. Beliau menerima trofi dan wang sebanyak RM100, 000. Manakala naib juara pula disandang oleh PU Taha dengan membawa pulang trofi dan sejumlah wang. Begitu juga tempat ketiga dan keempat... Masing-masing disandang oleh PU Zaid dan PU Amin.

Berlabuh sudah program Mimbar akhir pencetus ummah bagi musim ketiga. Berkesempatan jugak tengok sampai habis. Alhamdulillah...

Minggu Keenam Gegar Vaganza 2015 . Huhu... Betullah jangkaan aku. Nabil dan Jihan kena singkir sebagai pengacara gegar vaganza... Hany...



Minggu Keenam Gegar Vaganza 2015. Huhu... Betullah jangkaan aku. Nabil dan Jihan kena singkir sebagai pengacara gegar vaganza... Hanyalah gimik ok. Azura dan Salleh Yacoob just nyanyi je lagu yang tersayang. Nabil dan Jihan pulak bawak lagu Horee! Horee!. Kalau dorang tersingkir... Memang sunyilah gegar vaganza tanpa gurauan dorang dengan Dato' Ramli MS. Percayalah... Kan?

Sumber gambar daripada google image

ARTIS TERSINGKIR MINGGU KEENAM GEGAR VAGANZA 2015
Untuk minggu keenam gegar vaganza 2015, Nizam Laksamana telah tersingkir. Nasib tak menyebelahi dia untuk teruskan pertandingan... kan. Nak buat macam mana... Dah adat pertandingan right.

SENARAI LAGU DAN ARTIS YANG AKAN BERENTAP PADA MINGGU KETUJUH GEGAR VAGANZA 2015
Then... Untuk next week punya persembahan... Tema dorang Rock dan dangdut... Dan berikut adalah antara lagu yang bakal para peserta pesembahkan...

Acong Sweetchild - Hilang Naluri (Once)
Ezad Lazim - Nakal (Gigi)
Nassier Wahab - Camelia
Faradhiya - Enter Sandman (Metalicca)
Siti Nordiana - Secangkir Madu Merah (Amelina)
Haiza - Kopi Dangdut
Azian Mazwan Sapuan - Ini Rindu

Untuk minggu ketujuh gegar vaganza... Siapalah pulak yang akan tersingkir ye?

A atau B, begitulah seterusnya dalam membuat sesuatu pilihan. Hidup di dunia umpama roda. Setiap hari pastinya diuji dengan pelbagai d...




A atau B, begitulah seterusnya dalam membuat sesuatu pilihan. Hidup di dunia umpama roda. Setiap hari pastinya diuji dengan pelbagai dugaan. Mampukah kita untuk menyelesaikannya dengan kewarasan... Yang kekadang, ada yang beranggapan... Tiada pilihan dalam membuat keputusan.

madah bermotivasi, kata-kata hikmah, gambar kata motivasi,

Anggapan itu hanyalah buat mereka yang terburu-buru membuat pilihan dan keputusan... Tanpa berfikir panjang. Hakikatnya... Manusia sentiasa ada pilihan sebenarnya. Cuma... Baik atau buruk sesuatu pilihan itu, seharusnya dinilai sewajarnya... Sebelum sesuatu keputusan itu diambil.

Cinta Si Wedding Planner!Bila? ... Drama terbaru yang akan menghiasi slot akasia pada 2016. Tu antara info yang aku baca daripada bebe...



Cinta Si Wedding Planner!Bila?... Drama terbaru yang akan menghiasi slot akasia pada 2016. Tu antara info yang aku baca daripada beberapa buah laman. Adakah Drama Cinta Si Wedding Planner... Pengganti kepada drama Akulah Balqis, 24 episod yang sedang bersiaran sekarang ni sehingga penghujung Disember nanti. Wallahu'alam.

Gambar Novel Cinta Si Wedding Planner Penulis Dhiyana

Sumber gambar daripada google image

Dok tengok kengkawan blogger pernah update mengenainya. Apalagi... Nak jugak tahu jalan cerita cinta si wedding planner tu. Actually, cinta si wedding planner sama seperti drama Tuan Anas Mikael dan beberapa drama lain... Di mana ia juga merupakan drama adaptasi novel. Berdasarkan laman yang aku baca, berikut adalah merupakan sinopsis penuh bagi drama cinta si wedding planner:-

Sinopsis Cinta Si Wedding Planner

Izara Batrisya (Zara), si wedding planner, tidak menduga cinta yang disulam bersama sepupunya, Bazli selama 4 tahun musnah kerana sebuah hakikat. Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan Mak lang dan Pak Lang hancur si tengah jalan. Fariz Adryan (Fariz), pula bekas tentera laut pernah dicurangi Shirah, kekasih yang hampir menjadi tunangannya, sehingga tertutup pintu hati untuk sebarang wanita.

Keperibadian Zara memikat hati Puan Marina, salah seorang pelanggannya. Memandangkan Zara sebatang kara di KL, lantas Zara dijadikan anak angkat oleh Puan Marina yang telah mempunyai 4 orang anak. Pertemuan Fariz dan Zara kerana berebutkan tempat parkir telah mendatangkan satu perasaan kepada Fariz. Lebih menarik lagi, Fariz adalah anak kedua Puan Marina. Maka pertemuan demi pertemuan berlangsung antara mereka tanpa disedari mengukuhkan lagi perasaan Fariz terhadap Zara .

Mengetahui Zara cuba bangkit dari luluh kecewa cinta terhalangnya dan demi melindungi Zara dari terus-terusan diganggu Bazli, Fariz nekad menghulur tangan bagi memimpin Zara ke masa hadapan dalam sebuah ikatan perkahwinan. Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya.

Fariz dan Zara hidup bahagia selepas berjaya melepasi tempoh penyesuaian mereka. Fariz yang baran, moody dan beku berubah menjadi romantik dan penyayang. Sementara itu, Zara pula mencuba menjadi isteri terbaik buat suaminya yang tercinta. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih. Zara menerima ugutan meminta dia meninggalkan Fariz. Sementara Shirah pula datang merayu untuk kembali kepada Fariz. Fariz menjadi tertekan sehingga mengabaikan Zara dan kembali menjadi mudah baran. Fariz silap percaturan dalam usaha menyelamatkan rumahtangganya hingga akhirnya tercetus perbalahan antara mereka hinggakan Zara menuntut perceraian dan membawa diri ke bumi Auckland.

Dengan bantuan Bazli, Zara dan Fariz kembali bersatu tetapi ancaman yang lebih hebat datang mengancam rumahtangga mereka. Kegilaan dan obsesi Shirah makin tidak terkawal sehingga nyawa Zara dan kandungannya menjadi taruhan. Apakah tindakan Fariz? Adakah bahagia menjadi milik Zara?

Menurut apa yang aku baca, Antara para pelakon yang membarisi watak dalam drama cinta si wedding planner adalah seperti Mira Filzah sebagai Izara Batrisya, Adi Putra sebagai Fariz Adryan, Shima Anuar sebagai Shirah / Nadia dan Fadlan Hazim sebagai Bazli

Tu la gambaran serba-sedikit perjalanan cerita cinta si wedding planner berdasarkan info yang aku dapat daripada laman web infotaip.

Baca Online Novel Cinta Si Wedding Planner
Ada jugak usha web penulisan2U... Kot-kot ada sedutan novel cinta si wedding planner di situ. Alhamdulillah... Bolehlah baca online novel Cinta Si Wedding Planner di laman web www.penulisan2u.my/novel-cinta-si-wedding-planner-1/, at least boleh tau serba-sedikit mengenai perjalanan ceritanya right.

Penangan drama Tuan Anas Mikael... La ni, aku jadi tak keruan... Sampai terjebak jugak baca online novel. Kalau hubby baca entri ni... Mesti dia kata minah jiwang. Huhu... Lama dah tak beli novel tau... Time study je dulu rajin baca novel. Lepas kawin... Boleh pulak hilang hobi baca novel... Haha.

Episod 6 Tuan Anas Mikael ... Sambungan episod 5 , kisah Cik Ayu Maisarah lulus ujian memandu. Tapi dalam whatApp dia bagitau Tuan Anas Mi...



Episod 6 Tuan Anas Mikael... Sambungan episod 5, kisah Cik Ayu Maisarah lulus ujian memandu. Tapi dalam whatApp dia bagitau Tuan Anas Mikael... Dia gagal.

Dalam dok gelak dia tipu Tuan Anas Mikael di whatApp, tetiba Cik Su... Ibunya sergah dari belakang menyebabkan hp Ayu jatuh ke dalam kolam. Sejak itu Ayu lansung tak reply mesej Tuan Anas Mikael.

Dalam masa yang sama K datang ke rumah Tuan Anas Mikael dan terdengar perbualan Ayu dan ibunya tentang Ayu lulus ujian memandu. Apalagi K terus mesej Tuan Anas Mikael. Actually, Tuan Anas Mikael tak suka orang menipu.. Huhu, sapa suka orang tipu kita kan... Tapi, kes Ayu sebenarnya nak bergurau.

Sudahnya, ayu kena denda kena masak sepanjang hari... Then, dia ajak staff office datang ke rumah untuk merasa masakan Ayu. Semuanya kata sedap kecuali Tuan Anas Mikael.

Sumber gambar daripada google image

Kemudian... Untuk mintak maaf dengan Tuan Anas Mikael... Dia buatkan Tuan Anas Mikael kuih karipap untuk minum malam. Mulanya Tuan Anas tunjuk muka masam dan kata yang dia tak suruh pun buatkan air... Tapi, bila Ayu Maisarah minta maaf dan bagitau kenapa tak reply mesej. Wah! Tuan Anas siap bagi Iphone lagi kat Ayu. Kau ada... Mana ada bos baik sangat sampai bagi hp. Hahaaha... Mesti ada udang di sebalik batu right.

Paginya... Ayu menyediakan Tuan Anas Mikael air susu dan cookies homemade... Apakah yang terjadi selepas tu... Kenalah tonton episod 7 Tuan Anas Mikael -_-

<< DOWNLOAD ATAU TONTON TUAN ANAS MIKAEL EPISOD 6 : DI SINI


Telur rebus berkuah . Menu simple dan biasa aku buat. Nak buat telur rebus berkuah... Amatlah mudah. Bahan pun sedikit. Just telur, so...



Telur rebus berkuah. Menu simple dan biasa aku buat. Nak buat telur rebus berkuah... Amatlah mudah. Bahan pun sedikit. Just telur, sos cili, bawang besar, halia, kicap, bawang merah, bawang putih dan bawang goreng untuk ditaburkan pada bahagian atas hidangan nanti.

Telur rebus berkuah, resepi telur sedap, telur mudah,

Cara nak buat pulak... Tumiskan kesemua bahan termasuklah bawang-bawang dan cili yang telah dimayang halus. Agak-agak dah masak... Letakkan kuah di atas telur rebus, taburkan bawang goreng... Dah siap untuk di makan.

Kemain suka Alia makan. Tapi Alia sama macam ayahnya... Tak suka makan kuning telur. Bertabahlah tengok kuning telur jadi makanan tong sampah... Nak harapkan aku yang habiskan? Memang taklah... Aku, kalau dah lebih daripada sebiji makan kuning telur... Boleh nak termuntah dibuatnya tau. Huhu... Alhamdulillah antara menu kami semalam... Rezeki dinner kami anak-beranak. Simple tapi bermakna bila makan bersama -__-

Episod 5 Tuan Anas Mikael ... Huhu. Asyik sangat tengok Majalah 3 sampai terlupa tengok Tuan Anas Mikael. Nasib baik baru 5 minit bers...



Episod 5 Tuan Anas Mikael... Huhu. Asyik sangat tengok Majalah 3 sampai terlupa tengok Tuan Anas Mikael. Nasib baik baru 5 minit bersiaran. Sekali... Tukar channel... Tengok-tengok Ayu dah pandai bawak kereta bila Tuan Anas Mikael ajar... Dengan syarat, Tuan Anas Mikael hadiahkan senyuman. Dah sudah si Ayu pulak dah... Gedik! Haha...

Esoknya, Ayu belajar masak lagi dengan Chef Wan. Last day katanya. Belajar buat pencuci mulut wei. Kemudian di office, Tuan Anas Mikael berbual dengan K pasal projek yayasan Aiyman. Dorang pun musykil sebab menurut info daripada PA Tun Akhirrudin... Tun memang takde anak bernama Aiyman. Actually, ada sebenarnya... Disebabkan Tun Tak suka ibu Ayu Maisarah... Jadinya, perkahwinan Cik Su dan Aiyman tak direstui... Malah Tun Akhirrudin tak nak mengaku yang Aiyman bukanlah anak dia lagi. Haaa... Sampai begitu sekali.

Sumber gambar daripada google image

Di posisi lain pulak... Batuk Tun Akhirrudin semakin teruk. Tapi still nak ke office walaupun dilarang oleh Tun Amina. Tun sebenarnya dah tahu cara kerja Dato' Azhar anak angkatnya... That why dia still ke office. Di office... PA Tun memberitahu Tun bahawa staff Tuan Anas Mikael ada bertanya, adakah Tun Akhirrudin mempunyai anak bernama Aiyman.

Then... Si Ayu pulak... Kena ambik ujian memandu. Berjaya atau tak... kenalah tengok episod 6 Tuan Anas Mikael.

≡ DOWNLOAD ATAU TONTON ONLINE TUAN ANAS MIKAEL : DI SINI

Akulah Balqis, drama Akasia terbaru yang akan menggantikan Hello Mr. Perfect di mana akan melabuhkan tirainya dengan episod akhir pa...



Akulah Balqis, drama Akasia terbaru yang akan menggantikan Hello Mr. Perfect di mana akan melabuhkan tirainya dengan episod akhir pada hari selasa, 17 November 2015.

Sumber gambar daripada google image

Akulah Balqis akan mula disiarkan pada 18 November nanti, setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 Malam... Semestinya di tv3. Tengok iklan di tv3, macam bukan daripada adaptasi novel je. Then, pelakonnya pulak si cilik Balqis. Cari jugak sinopsis ceritanya. Biasalah, before menonton... Sekarang ni suka sangat cari di google dulu sinopsisnya... Bila terlebih rajin pulak... Sampai novel online pun aku layan. Contohnya baru- baru ni layan baca novel online Tuan Anas Mikael. Huhu... first time wei layan novel online. Tapi dari bab 1 sampai 2 je. Malas nak teruskan bacaan... Nanti hilang semangat nak menonton.

Haha... Tak sangka pulak Hello Mr. Perfect dah nak habis yer. Entah! Tak berapa minat nak layan. Tak tau kenapa. Lagipun.... Selepas waktu Maghrib, memang sibuk di dapur untuk sediakan juadah untuk dinner. So, takde masa sangat nak menonton... Lainlah masa lepas berita... Memang free. Hehe...

Aktiviti Homeschool Alia Dan Ain . Tercetus apabila ada masa terluang. Malah... Pada aku ia suatu idea yang bagus untuk elak anak-anak...



Aktiviti Homeschool Alia Dan Ain. Tercetus apabila ada masa terluang. Malah... Pada aku ia suatu idea yang bagus untuk elak anak-anak daripada gila gajet. Cerita kali ni still aktiviti menggunting... Cumanya menggunakan teknik yang berlainan... Dan untuk aktiviti kali ni pun... Ain jugak terlibat... Terlibat mean bukan nak ajar dia menggunting sama... Tapi belajar memasukkan bekas tudung tupperware berbentuk bulat di dalam bekas yang lebih besar... Actually, nak elak dia daripada mengacau si kakak. So, Ain pun berpeluang asah psychomotor skill atau kemahiran menggerakkan badan terutamanya yang melibatkan motor halus seperti jari-jemari dia right.


Before ni... Alia belajar menggunting kotak secara bebas. Amat penting... Untuk menguatkan otot jarinya memegang gunting. Bila dah terbiasa pegang gunting dalam masa seminggu dah... Aku bagi lagi latihan menggunting mengikut garisan lurus di kertas A4.




Sambil ajar Alia menggunting, Ain jugak kena dipantau. Kemain suka dia masukkan tudung tupperware dalam bekas... Sampai tunjuk gigi. Haha...


Alhamdulillah... Walaupun hasil guntingan kak Alia still bengkang bengkok. Tapi aku percaya... Insya Allah, before menjejakkan kaki ke tadika nanti... Dia dah mahir menggunting. Insya Allah. Bila selalu berlatih dan berlatih pastinya boleh.

Semoga aku terus diberi kekuatan dan semangat untuk terus menyediakan bahan untuk homeschool Alia dan Ain. Tak susah pun sebenarnya... Setakat ni, aku takdelah keluarkan duit sangat. Kebanyakan bahan yang aku guna... Semuanya dengan hanya memanfaatkan bahan sedia ada yang terdapat di rumah mahupun di luar rumah... Termasuklah bahan terpakai.

Insya Allah, jika diberi peluang... Aku akan update lagi tentang aktiviti sains mudah yang pernah kami jalankan. Mana tau boleh jadi idea untuk buat aktiviti homeschool anak-anak right. Sharing is caring -_-

Gegar Vaganza 2015, Minggu kelima ... Huhu... Dasyat sungguh Nassier Wahab nyanyi lagu Dayang Nurfaizah. Macam lagu dia pulak dah. Sit...



Gegar Vaganza 2015, Minggu kelima... Huhu... Dasyat sungguh Nassier Wahab nyanyi lagu Dayang Nurfaizah. Macam lagu dia pulak dah. Siti Nordiana pulak... Kalau tak tengok dia nyanyi... Mesti ingat Dato' Siti Nurhaliza yang nyanyi lagu Nirmala. Dah jangka dah Amir Ukay's tersingkir. Adat pertandingan. Menang atau kalah... Yang penting semua peserta hebat-hebat belaka right.

Sumber gambar daripada google image

SENARAI PESERTA DAN LAGU YANG LAYAK KE MINGGU KEENAM GEGAR VAGANZA 2015
Tema lagu untuk minggu keenam gegar vaganza next week adalah kenangan terindah dan berikut adalah senarai para peserta yang layak ke minggu keenam gegar vaganza dan jugak lagu yang akan dorang nyanyikan...

Siti Nordiana : Aku tak akan bersuara.
Farahdiya : Di mana kan ku cari ganti.
Nassier Wahab : I'll be there.
Nizam Laksamana : Rindu serindu rindunya.
Aizat : Cinta Malankolik.
Haiza : Patahnya sayap malam.
Acong : Benci tapi rindu
Azian : Layu sebelum berkembang.

Part lagu untuk Nabil dan Jihan tu... Sedikit meragukan. Tak tau samaada hos next week bertukar ke tidak... Sebab, tiba-tiba Azura dan Salleh Yacob mencelah kata dorang akan hoskan gegar vaganza... Dan nyanyi sekali lagu berjudul Yang tersayang. Kejutan tu. Betul ke... atau gimik saja... Kenalah tengok next week punya persembahan. Tak gitu?

Episod 4 Tuan Anas Mikael . Episod akhir minggu pertama... Bermula dengan situasi Mrs. K iaitu PA Tuan Anas dalam kereta yang curious ...



Episod 4 Tuan Anas Mikael. Episod akhir minggu pertama... Bermula dengan situasi Mrs. K iaitu PA Tuan Anas dalam kereta yang curious dengan pertanyaan Ayu Maisarah tentang Tun Akhiruddin di dalam episod 3 sehingga menyebabkan dia terlewat ke pejabat.

Sampai di pejabat... Tuan Anas Mikael ajak Cik K meeting dengan Tun Akhiruddin... Membincangkan projek di Krabi. Then, malamnya Tuan Anas Mikael diundang oleh Dato' Azhar iaitu ayah kepada Safra untuk makan malam bersama. Walaupun terpaksa dan tak suka si Safra... Tuan Anas terpaksa menerima pelawaan tersebut. Jadinya... Ayu telah ditugaskan untuk memilih pakaian untuk makan malam Tuan Anas Mikael.

Superb! Tuan Anas Mikael amat menyukai pakaian yang dipilih oleh Ayu. Siap berselfie tau before keluar dinner. Haha. Paginya... Seperti biasa, Ayu kena iron baju Tuan Anas untuk ke pejabat. Then, belajar memasak dengan chef Wan. Menu yang Ayu belajar adalah lamb chop dan scrumble egg. Lepas selesai belajar memasak pulak... Ayu kena belajar memandu. Sibuk giler Ayu Maisarah.


Before ke pejabat, Tun Amina ajak Tuan Anas berjumpa kononnya ada suatu rahsia dia nak bagitau. Dalam masa yang sama... Dato' Azhar berada di lokasi tempat mereka berjumpa. Dia menjadi musykil... Sehingga menyebabkan dia mengelamun di office.

Settle hal tersebut, Tuan Anas Mikael balik ke office dan mintak K untuk study pasal yayasan Aiyman... Seperti yang dikehendaki oleh Tu Amina supaya jangan bagitau sesiapa pun pasal projek tersebut. Hal itu telah menyebabkan Tuan Anas Mikael dan K tertanya-tanya. Huhu...

Balik dari office pulak. Ayu dah terpacak di tangga menunggu Tuan Anas untuk minta masa tambahan untuk belajar kereta. Ceritanya terhenti di situ... Nak tau kesudahannya kenalah tengok minggu kedua pulak next week dalam episod 5, 6, 7 dan 8 Tuan Anas Mikael.

Hehe... Tengok promo episod 5, Tuan Anas Mikael ajak Ayu keluar... Siap mintak izin pulak tu dengan Cik Su. Katanya sebagai denda. Denda apakah itu? Haha... Semakin menarik pulak jalan ceritanya kan...

Hai Lah Menantu , tajuk cerekarama malam ni, 14 November 2015 bersiaran di tv3 jam 9 malam... Itu info yang aku tengok kat iklan di tv...



Hai Lah Menantu, tajuk cerekarama malam ni, 14 November 2015 bersiaran di tv3 jam 9 malam... Itu info yang aku tengok kat iklan di tv. Before menonton, seperti biasa... Zaman sekarang, guna phone pun boleh melayari internet. So, kenalah baca dulu sinopsisnya... Menarik ke tidak. Nak jugak tau... Siapa pelakonnya kan. Kekadang, kalau tak kena pelakon dengan jalan ceritanya... Siap! tak menariklah ceritanya. Betul tak?

Tengok jelah drama Tuan Anas Mikael... Semua pelakon yang membarisi ceritanya best. Jadi tu antara lain menyebabkan dramanya menjadi hits di media sosial.

Berbalik kepada cerekarama hai lah menantu. Antara para pelakonnya adalah Kamal Adli sebagai Imran, Amyra Rosli sebagai Aminah / Brader Amin dan Kartina Aziz sebagai Puan Seroja Lailatul Qadriah... Dan berikut adalah sinopsis hai lah menantu berdasarkan apa yang aku baca daripada laman infotaip.

Sumber gambar daripada google image

SINOPSIS HAI LAH MENANTU
Imran ialah seorang lelaki yang hampir mempunyai segalanya, kecuali seorang teman wanita mahupun isteri. Oleh sebab itu, Imran sering mengharapkan ibunya, Puan Seroja untuk menjaga kebajikannya. Puan Seroja yang selalu bersabar dan melayan kerenah anaknya tiba-tiba mendapat idea untuk mencarikan Imran pasangan hidup semasa Imran ke luar negeri atas urusan kerja.

Puan Seroja menyamar menjadi tukang cuci di pejabat tempat Imran bekerja. Dia mencari pasangan yang sesuai buat Imran kerana hidupnya banyak dihabiskan di pejabat. Puan Seroja sering berbual dengan Aminah, seorang gadis kasar tetapi comel. Dia merasakan Aminah ialah calon yang sesuai kerana Aminah seorang yang baik hati dan banyak membantunya.

Berjayakah misi Puan Seroja? Apakah reaksi Aminah apabila mengetahui identiti sebenar Puan Seroja? kenalah tengok sendiri malam ni kan.

Jangan malas bergerak ketika hamil . Satu persoalan atau kenyataan yang sering orang tua-tua bagitau semasa kita mengandung. Bila mala...



Jangan malas bergerak ketika hamil. Satu persoalan atau kenyataan yang sering orang tua-tua bagitau semasa kita mengandung. Bila malas bergerak... Dikhuatiri susah untuk lahirkan anak. Kononnya jalan lambat nak terbuka. Mungkin ada logiknya di situ.

Sumber gambar daripada google image

Berdasarkan pengalaman mengandungkan Alia dan Ain... Ia suatu pengalaman yang berbeza. Semasa mengandungkan Alia... Iaitu anak pertama kami. Aku sangat-sangat malas bergerak. Malah lebih memilih untuk berbaring. Why? Biasalah kalau dah masuk trimester kedua dan ketiga, kandungan semakin sarat dan berat. Dek kerana itulah... Masa tu aku lebih suka terbaring tanpa banyak melakukan sebarang aktiviti. Bila due date untuk aku deliver menjelang tiba. Tetiba aku leaking. Masa tu aku tengah relax baring depan tv. Tetiba terkeluar air ketuban. Ingatkan terkencing. Secepat mungkin mak bawak aku ke klinik berdekatan. Then, follow up ke hospital kerana aku melahirkan anak pertama. 3 hari tau aku admit... Sampai kena induce. Alhamdulillah, Alia selamat dilahirkan secara normal... Tanggal 18 Februari 2012.

Tanggal 19 Disember 2014, selang lebih kurang 2 tahun... Ain selamat dilahirkan secara normal. Alhamdulillah... Jam 5 petang ke klinik, jam 8 malam... Ain dilahirkan. Amat mudah sekali Ain dilahirkan. Mungkin dari awal kehamilan sehingga Ain nak lahir pun aku kaki jalan. Asyik ada sahaja aktiviti hubby, aku dan Alia buat. Sampaikan... Sakit nak beranak pun lansung tak terasa. Sampai klinik dah 6cm tau jalan terbukak. Still relax. Haha...

So, tryla banyakkan bergerak semasa hamil. Banyakkan berdoa dan terpenting... Before masuk lebour room tu... Minta maaflah dengan semua orang termasuklah encik suami. Pada aku... Tu antara perkara terpenting dilakukan sebelum saat kelahiran tiba. Insya Allah dengan izin Allah, sama-sama urusan kita dipermudahkan. Wallahu'alam...

Tetiba teringat time berbual dengan mak saudara pasal jiran last week... Dah 4 hari admit tapi still tak beranak. Hari kelima baru deliver... Ceaser pulak tu. Huhu... Syukur Alhamdulillah, semuanya selamat. Maka terhasillah entri ini. Hehe...

Episod 3 Tuan Anas Mikael . Sambungan kisah di Episod 2 . Hehe... Alia dan Ain dah tidur. So, masa untuk aku marathon tengok drama tv....



Episod 3 Tuan Anas Mikael. Sambungan kisah di Episod 2. Hehe... Alia dan Ain dah tidur. So, masa untuk aku marathon tengok drama tv. Habis je episod 5 Aku, Kau, Kita... di tv3. Sambung pulak drama Tuan Anas Mikael di Astro Ria. Sambung kisah Afra ke office Tuan Anas dan terjumpa pulak Cik Ayu. Mereka berbalah... Akhirnya penampar singgah di pipi Ayu sehingga menyebabkan Ayu pengsan. Actually, Afra adalah cucu angkat kepada Tun Akhiruddin dan Tun Amina. Iaitu anak kepada Dato' Azhar. Dato' Azhar pun anak angkat kepada Tun Akhiruddin dan Tun Amina... Adik-beradik kepada arwah ayah Ayu. Cumanya Ayu still tak tau. Yelah... Perkahwinan Cik Su dan Aiman tak direstui oleh Tun Akhiruddin... Sehingga dia anggap ayah Ayu bukan anaknya lagi.

Kemudian Tuan Anas bawak Afra pergi lunch... Agak dinginla Tuan Anas terhadap Afra. Tak habis makan Tuan Anas terus balik office bawak tapau untuk Cik Ayu. Dalam dok makan... Ayu terdengar Cik K... Iaitu PA Tuan Anas menyebut nama Tun Akhiruddin. Terus dia macam curious di situ...

Sumber gambar daripada google image

Balik rumah... Dia terus tanya dengan Cik Su. Tapi malang, ibunya tak nak bercerita tentang keluarga ayahnya. Malamnya pulak... Ayu try mencari info mengenainya ayahnya di google. Tapi diganggu oleh Tuan Anas kononnya baru balik dari berkebun.

Paginya pulak... Pepagi lagi Ayu dah kena belajar memasak dengan Chef Wan. Then... Belajar kereta. Huhu... Banyak benau tugas Cik Ayu yer. Serupa tugas bini pulak dah. Haha...

Nanti... Sambungan ceritanya di episod 4 Tuan Anas Mikael ok. Aku tengok sampai Cik Ayu kena belajar kereta je malam tu... Ain... Tetiba bangun nak menyusu... Tu yang tak habis. Huhu...

Biasalah ada anak kecik. Takde maknanya nak fokus bab-bab menonton tv. Bukan kat tv je boleh iklan... Penonton pun apa kurangnya... Ada je yang nak kena buat kan... Tapi serius, drama Tuan Anas Mikael memang best.

Aktiviti sebelum tidur Alia dan Ain ... Bawak mainan atas tilam. First time tau... Harini dek kerana hujan belah petang... Sampai puku...



Aktiviti sebelum tidur Alia dan Ain... Bawak mainan atas tilam. First time tau... Harini dek kerana hujan belah petang... Sampai pukul 6:30 petang dorang tidur. Jadinya lambatlah dorang nak tidur balik belah malam.


Ain around jam 10 malam dah tidur dah. Cuma Alia je... Sempat temankan Aku dan hubby layan hindi di channel Zee sambil selesaikan puzzle di tabletnya sendiri... Sian! Seharian dia terlupa nak mintak tab. Aku... Kalau dia tak mintak memang tak bagi... Kekadang sampai duatiga hari tab tak ber'charge. Huhu... Tamat cerita barulah Alia tidur.

Oh! Ya, Malam ni punya movie bertajuk Don 2. Dah pernah tengok. Cuma saja nak layan balik. Plot ceritanya bila difikirkan secara positif... Ia mengajar kita untuk lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu perancangan dan... Tak semua kawan itu baik. Malah ada jenis... Kawan makan kawan demi kepentingan diri sendiri. Itulah realiti kehidupan manusia kini. Bukan dalam movie saja pun kan. Haha.... Bila dilihat dari sudut negatif pulak, ceritanya mengajar penjenayah untuk lebih kreatif. Tapi... As a penonton, kita kena think positif... Benda baik kita jadikan teladan... Yang tak elok tu... Janganlah tiru.

Setialah pada yang satu . Satu ungkapan yang mungkin susah untuk dilakukan pada sesetengah gadis atau lelaki yang mungkin lebih bersikap...



Setialah pada yang satu. Satu ungkapan yang mungkin susah untuk dilakukan pada sesetengah gadis atau lelaki yang mungkin lebih bersikap berhati- hati dalam memilih pasangan. Sudahnya, dalam dok bercinta dengan sorang, tapi dalam masa yang sama pasang lain.


Namun, pada aku... itu bukan satu tindakan yang baik... Sebaliknya mengundang perkara tak elok. Manusia fitrahnya bukanlah perfect... Nak cari yang perfect... Sampai bila pun tak kan dapat. Percayalah... Yang penting, dalam sesuatu hubungan tu wajib ada 4K iaitu Kejujuran, Kepercayaan, Kesefahaman dan Kasih sayang.

Bila tak setia, dan bila pasangan boleh cium bau kecurangan kita. Nescaya... Kepercayaan dalam diri pasangan kita mulai memudar. That why, sampai ada yang sanggup bunuh atau bomohkan pasangan disebabkan tak setia. Na'uzubillah.

Kalau rasa dah tak boleh nak teruskan sesuatu hubungan... Berterus terang adalah jalan terbaik sebelum menjadi lebih parah. Bukannya berdiam diri dan berpura-pura cintakan pasangan. Terseksa jiwa tau...

Suka buku yang sama setiap kali ambik buku . Aku perasaan, tiap kali Ain ambik buku... Mesti ambik buku yang sama. Lepas tu bila tengo...



Suka buku yang sama setiap kali ambik buku. Aku perasaan, tiap kali Ain ambik buku... Mesti ambik buku yang sama. Lepas tu bila tengok binatang mesti akan buat bunyi ayam... 'kok... Kok... Kok'.


Biasalah dia... Lepas Asar, ada saja yang nak dukung bawak duduk kat laman rumah tengok burung berkicau... Ayam berkokok... Itik berkeliaran. Tu yang terpengaruh meniru bunyi ayam. Even nampak gambar kucing. Haha... Still buat bunyi seperti ayam.

Ain sekarang dalam proses belajar bercakap... Dalam masa yang sama bekerja keras untuk belajar berjalan. Perkembangan pantas yang pasti akan aku rindui suatu hari nanti, bila Ain dah sebesar Alia kan...

Bergedil ayam , salah satu menu yang aku sediakan untuk dinner semalam... Khas buat Alia dan Ain. Haritu buat bergedil daging... Tengo...



Bergedil ayam, salah satu menu yang aku sediakan untuk dinner semalam... Khas buat Alia dan Ain. Haritu buat bergedil daging... Tengok dorang macam berselera je makan. So, repeat balik buat... Tapi, kali ni punya resepi... bahan asas dia still sama. Cumanya carrot aku tukar guna bayam dilayang halus. Alhamdulillah... Lagi sedap daripada bergedil daging. Hehe...



Budak kecik sama jugak macam orang dewasa. Cepat jemu dengan sesuatu makanan. Nak atau tak... Kenalah rajin memvariasikan menu setiap hari... Yang penting gula dan garam kenalah kawal.

Ain... Kalau dah tak suka dengan sesuatu makanan tu... Mulalah buat perangai. Suap je makanan tu, confirm dikeluarkan balik. Haha... Tanda protest tak mau makan.Tapi, kalau suka... Semangkuk sup kecik dia boleh habiskan. Alia pun sama... Cuma yang peliknya... Telur goreng mata kerbau... Tak pulak dia jemu.

Oh! ya, pasal gula dan garam... Teringat pulak aku dengan rancangan wanita hari ini haritu yang membincangkan tentang pengawalan makanan anak-anak... Amat penting tau... Sebab kalau tak dikawal... Sekolah rendah lagi dah dapat penyakit seperti obesiti mahupun kencing manis.

Bercakap pasal diabetes... Teringat aku kat roomate aku masa study di UNIMAS dulu... Seawal darjah 5 tau dah kena diabetes. Sian! kena ulangalik ke hospital buat rawatan.

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Namun, setiap perkara... Kita seharusnya bersikap besederhana. Terlampau menjaga makan pun tak boleh jugak... Sanggup ke tengok anak telan air liur tengok budak lain makan junkfood. Haha... Kalau aku tak sanggup. Cumanya... Kenalah berdisiplin dan diambil dalam kuantiti yang sedikit.

Semuanya bermula daripada kita. Kita adalah cikgu terbaik di dunia buat anak. Kalau kita ajar anak berdisiplin dari seawal bayi lagi... InsyaAllah, anak akan berdisiplin. Dalam ketegasan biarlah disulami kelembutan. Jangan paksa mahupun menuruti kehendak dorang saja... Sudahnya, kita jugak yang tak terlayan karenah dorang.

Wallahu'alam.

Episod 2 Tuan Anas Mikael . Pergh! episod 1 punya badi... Aku terus melekat layan. Malam Selasa punya episod lagi best. Ibu Tuan Anas ...



Episod 2 Tuan Anas Mikael. Pergh! episod 1 punya badi... Aku terus melekat layan. Malam Selasa punya episod lagi best. Ibu Tuan Anas datang rumah untuk bagitau Anas yang dia akan ke London. Dalam masa yang sama jugak, Cik Su dan Ayu dah sampai ke rumah Tuan Anas... Mereka dibawa oleh tukang jaga ke bilik pembantu rumah.


Malam tu... Ayu lansung tak boleh tidur... Nak baca bidang tugas yang tuan anas bagi katanya. Gaji pun dah RM10 ribu... So, kerja pun mestilah banyak. Kena bangun seawal jam 4 oiii...

Sekali jam 4:30pagi... Ayu tak terbangun. Nasib baik ada ibunya Cik Su tolong kejutkan. Kerja pertama yang Ayu kena buat adalah kejutkan Tuan Anas Mikael. Macam cara Ayu gunakan untuk kejutkan dia. At last, terbangun jugak Tuan Anas Mikael bila Ayu switch on alarm rumah. Ambik kau... Haha.

Lepas menunaikan solat subuh, Ayu sediakan sarapan untuk Tuan Anas pulak... Menu pulak kena buat western food. Dengan confident'nya Ayu sediakan roti bakar dengan telur mata kerbau. Lansung Tuan Anas tak makan malah suruh Ayu belajar memasak.

Then, dia mintak Ayu hantarkan ke pejabat... Naik kereta. Namun, Ayu menolak dengan alasan takde lesen. Sudahnya dorang merempit. Ayu hantar naik motosikal. Sampai di office pulak... Ayu kena temankan pulak dia masuk meeting... Siap sewa office wears pulak tu untuk Cik Ayu. Haha... Kalau tak untuk dibuat isteri... Kenapa sampai gitu pulak kan.

Masa meeting kat luar pulak... Ayu tak nak ikut. So, kena tinggal di office... Dan, datanglah Cik Safra... Kononnya bakal tunang Tuan Anas Mikael. Huhu... Berlakulah pertengkaran kat situ... Tamat...

Tamat untuk episod 2 Tuan Anas. Next episod, InsyaAllah... Nanti aku share ok.

# Sumber gambar adalah daripada google image.

Bendi goreng bertelur . Salah satu menu dinner kami semalam yang sempat aku sediakan. Alhamdulillah... Nak buat bendi goreng bertelur,...



Bendi goreng bertelur. Salah satu menu dinner kami semalam yang sempat aku sediakan. Alhamdulillah... Nak buat bendi goreng bertelur, Insya Allah... Tersangatlah mudah.


Bahan yang diperlukan
Bendi lebih kurang 15 biji/batang + 4 ulas bawang putih + 3 ulas bawang merah + 2 biji telur + cili mengikut kesukaan ramai + garam + ajinomoto + sedikit minyak untuk menumis dan sedikit asam jawa untuk hilangkan lendir kacang bendi.

Cara membuat bendi bertelur... First, potong atau hiris menyerong. Then... hiriskan bawang dan cili. Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau. Masukkan telur... Masukkan bendi dan sesudu air asam jawa. Dah... Siap! Mudahkan.

Tapi... Aku lagi suka kalau kacang bendi dibuat ulam. Pergh! Boleh tambah nasi dibuatnya. Actually kacang bendi bagus tau untuk bantu perkembangan otak kita. Di mana... Menurut info yang pernah aku baca di majalah iSIHAT... Kacang bendi mengandungi dua peratus protein, 7% karbohidrat dan 1% serat. Selain itu, bendi juga dikatakan kaya dengan zat galian dan vitamin terutamanya kalsium yang mana sangat sesuai untuk perkembangan otak. Malah dalam bidang perubatan... Bendi dikatakan digunakan sebagai peransang bagi buangan air kecil serta berkesan untuk merawat gonorea, sifilis dan bengkak saluran kerongkong mahupun hidung.

Pada penggemar kacang bendi... Itu adalah berita baik buat korang. Walaupun kacang bendi nampak tak sedap. Namun kacang bendi punyai banyak kelebihan yang mesti kita hargai. Wallahu'alam...

Rahsia Peria Katak Pada Penyakit Kulit . Satu info yang pernah aku terbaca di Majalah iSIHAT di mana peria atau nama saintifiknya Momo...



Rahsia Peria Katak Pada Penyakit Kulit. Satu info yang pernah aku terbaca di Majalah iSIHAT di mana peria atau nama saintifiknya Momordica Charantia merupakan salah satu herba dalam perubatan traditional Cina yang digunakan untuk merawat asma dan masalah haid. Selain itu... Ia juga digunakan untuk mengubati penyakit kulit.


Namun... Ramai orang tak suka makan peria disebabkan rasanya yang pahit. Tapi... Ada jugak cara nak hilangkan pahit peria sebenarnya. Tak silap aku pernah share satu entri bertajuk Petua bagaimana hendak hilangkan pahit peria. Selain tu... Terdapat satu lagi tips bagaimana hendak mengurangkan rasa pahit pada buah peria... Iaitu cara potong hendaklah memanjang dan bukannya melintang. Alhamdulillah... Last week, pernah buat menu peria campur telur... Guna kaedah memotong secara memanjang... So far, takdelah pahit sangat. Sedap apa... Tips tu... Kawan adik kongsikan.

Pada penghidap sakit kulit... Bolehlah amalkan memakan buah peria. Mana tahu... Dengan izin Allah... Penyakit kita boleh berkurang... Selain daripada banyak berdoa right... Yang penting usaha kena ada. Tak gitu?... Semoga info yang sikit ini memberi manfaat buat kita pada masa akan datang. Wallahu'alam...

Episod 1 Tuan Anas Mikael . Seperti telah dirancang... Jam 10 line clear, Alia dan Ain pun dah tidur time tu. So, apalagi... Agenda me...



Episod 1 Tuan Anas Mikael. Seperti telah dirancang... Jam 10 line clear, Alia dan Ain pun dah tidur time tu. So, apalagi... Agenda menonton Tuan Anas Mikael sambil minum milo cicah biskut kering. Fuh! Memang fokus.


SINOPSIS EPISOD 1 TUAN ANAS MIKAEL
Untuk first episod... Tetiba makcik Su demam... Actually, makcik Su kira orang gaji di rumah Tuan Anas Mikael. So, Ayu Maisarah... Anak makcik Su terpaksa gantikan tempat makcik Su buat sementara waktu. Kira first time la Ayu sampai ke rumah Tuan Anas. Disebabkan sedikit kecuaian, Tuan Anas jatuh di tangga... Dan dia tidak kenal siapa Tuan Anas mikael... Disebabkam kejadian itu dia dianggap berhutang dengan Tuan Anas.

Malah... Disebabkan kejadian tu jugak, Ayu tak mahu ibunya bekerja lagi di rumah Tuan Anas. Sambil tu... Dia pun start mengintai peluang pekerjaan. Kemudian... Dia kembali lagi ke rumah Tuan Anas untuk membayar hutang. Namun Tuan Anas menolak... Sebaliknya Tuan Anas menawarkan kerja Tukang Cuci kepada Ayu. Pada mulanya Ayu menolak... Tapi setelah dipertimbangkan dia terima tawaran tersebut... Dengan gaji RM10 Ribu... Ayu dan ibunya Makcik Su kena pindah ke rumah Tuan Mikael.

Klimak episod 1 berakhir sewaktu ibu Tuan Anas datang ke rumah Tuan Anas. Apa yang berlaku seterusnya kenalah tengok episod 2 Tuan Anas Mikael malam esok.

First episod dah best... Mesti episod seterusnya lagi best. Haha...

Aktiviti Kak Alia dan Encik Suami ... Bila weekend je, mesti agenda mencuci kereta wajib ada. Kisah hujung minggu lalu. Selesai je ten...



Aktiviti Kak Alia dan Encik Suami... Bila weekend je, mesti agenda mencuci kereta wajib ada. Kisah hujung minggu lalu. Selesai je tengok Polis Evo... Alia pun menagih janji dengan ayahnya... Kata nak ajak cuci kereta... Memang pucuk dicita ulam mendatang... Tau jelah Kak Alia memang suka main buih... Lepas tu main air tak ingat dunia...


Bila cuci kereta... Memang hubby libatkan Alia bersama... Secara tak lansung... Bolehlah melatih motor halus jari jemarinya agar lebih kuat untuk melakukan aktiviti. Nanti takdelah... Lembik! Haha... Penat tolong ayah... Ajak pulak ronda kampung, singgah kedai... Beli pulak Aiskrim magnum's white gold. Sebatang aiskrim magnum's white gold dijual dengan harga RM4.50. Hubby belilah 2 batang... Satu untuk Alia, satu lagi seperti biasa aku dan hubby berkongsi. Not bad... Memang sedap :)

Nur Ain Mampu berdikari secara fizikal Tu antara perkembangan lain Nur Ain yang aku lihat sekarang ni. Bila berdiri di kerusi... Dia ...



Nur Ain Mampu berdikari secara fizikal Tu antara perkembangan lain Nur Ain yang aku lihat sekarang ni. Bila berdiri di kerusi... Dia dah boleh membongkokkan dirinya untuk duduk mencangkung dan seterusnya menurunkan badannya daripada berdiri tegak. Sesekali... Bila ada mainan di depan mata... Pasti akan dicampakkannya ke bawah... Bila tengok kita ambik balik mainan yang dicampakkannya... Kemain lebaq senyuman. Saiko la tu. Haha... Pejam celik... Pejam celik. Lagi 9 hari, usianya akan melangkah ke 11 bulan.


Dia jugak dalam proses belajar berjalan... Berdiri kemain laju... Pun begitu... Ada hati nak lepaskan tangan. Bila jatuh, bukannya nak serik... Malah semakin suka nak berdiri. Kekadang aku pulak yang cuak. Huhu...

Gegar Vaganza 2015 semakin meletop . Semalam tak tengok Anugerah Skrin pun... Tapi layan gegar vaganza 2015, minggu keempat. Sebab aku...



Gegar Vaganza 2015 semakin meletop. Semalam tak tengok Anugerah Skrin pun... Tapi layan gegar vaganza 2015, minggu keempat. Sebab aku layan mestilah dek kerana lagu-lagu best yang artis nyanyikan... Haha... Dan siapakah artis terkeluar minggu keempat... Jawapannya mestilah Sheeda. Pada aku, sepatutnya dari minggu lepas lagi dia memang sepatutnya terkeluar... Bukannya Zul. Zul kalau bawak lagu Awie. Fuh! Sebijik macam suara Awie. Tapi... Apakan daya, kuasa penyingkiran terletak pada tangan juri right...


SENARAI PENYANYI YANG LAYAK KE MINGGU KE-5 GEGAR VAGANZA 2015
Lepas tu untuk minggu kelima nanti, berikut adalah 9 peserta dan lagu yang akan mereka dendangkan adalah...

Farahdiya - Mencintaimu (Krisdayanti)
Siti Nordiana - Nirmala (Dato' Siti Nurhaliza)
Acong - Memburu Rindu (Hattan)
Nizam Laksamana - Misteri Mimpi Syakila (Wings)
Azian - Wajah Siapa Di Hatimu (Azlina Aziz)
Nassier Wahab - Di Pintu Syurga ( Dayang Nurfaizah)
Amir Ukays - Yank (Wali Band)
Haiza - Rela (Tila)
Aizat - Gerhana Cinta Luka (Iklim)

Lagu yang dorang nyanyikan next week pun best. Hehe... Jihan dan Nabil pun akan menyanyi seperti minggu-minggu sebelumnya... Dan lagu yang akan dorang nyanyikan nanti adalah Seri langkat nyanyian Jamal Abdillah. Pada koranglah eh... Siapa rasa-rasanya yang akan bergelar juara gegar vaganza 2015. Just ramalan aku je ok... Berdasarkan pemerhatian orang tak pro... Hehe... Ada 3 orang peserta bersaing sengit... Iaitu Nassier Wahab, Haiza dan Farahdiya... Tapi Acong dan Azian pun semakin menyengat. Tapi... Yang pasti Nassier Wahab dan Haiza tetap the best bagi aku.