Back to Top

11 December 2014

Ubat Pilihan Untuk Berpantang



Assalamu'alaikum, hai
Harini 11 Disember, before buat checkup antenatal seminggu sekali yang ke-3 aku nak share'lah jugak pasal ubat pilihan untuk aku berpantang nanti.


Alhamdulillah, setakat ni aku masih memilih set berpantang sendayu tinggi sebagai pilihan utama... Cuma, bezanya... Kali ni aku tak beli full set... Sebab kalau full set... Siap dengan bengkung.

Masa berpantang Alia dulu... Aku beli full set sendayu tinggi. So, bengkungnya aku still simpan. Jadinya... Aku beli dengan harga satu-satu ubat tersebut. Alhamdulillah... Dapatlah harga RM310. Tu pun... Hubby beli dengan sepupunya sendiri masa balik ke Kuching 3 hari yang lepas. 

Masa berpantang first baby dulu... Bukan sahaja ubat sendayu tinggi aku makan... Tapi, mak jugak turut bagi aku minum air rebusan daun sirih yang fresh dipetik dari pokok. Mak kata, supaya nanti lepas bersalin... Kitaran haid tetap normal. Serius... Aku suka. Sedap! Insya Allah, berpantang kali ni pun... Aku akan amalkan benda yang sama.

Ada jugak terfikir nak try shaklee atau set bersalin yang lain untuk bersalin kali kedua ni. Tapi... Entah! Hati still pilih ST. Dah selesa sebenarnya guna ST... Tu yang malas nak fikir pasal bertukar produk. Hehe...


1 comment:

  1. kalau itu yang terbaik untuk badan, lebih baik maintain je kan :)

    ReplyDelete