Back to Top

02 December 2014

Scanning Kali Ke-3



Assalamu'alaikum, hai
Semalam aku ada temujanji dengan doktor. Dan alhamdulillah... Aku pun dah start bercuti. So takdelah nak berebut sangat ke hospital... Seperti biasa, tak nak queue lama-lama di hospital... Aku ajak hubby pegi belah petang. Alia pun ikut sekali.

Alhamdulillah... Rezeki aku, sampai hospital... Letakkan kad di kaunter... Tak sampai 5 minit dah kena panggil. Alia pulak hubby handle... Kalau tak merayau-rayaulah jawabnya. Sejak suka bertanya ni... Semua benda dia tanya. 

Bila jumpa doktor, seperti biasa... Terus dia suruh aku baring dan buat imbasan ultrasound. Alhamdulillah... Baby sihat... Berat pun dah 2.4kg. Doktor ada jugak bagitau... If 27hb aku belum bersalin... 26hb aku kena datang balik untuk scan... Then, akan bagi one week lagi sebelum serah diri. Moga-moga... Baby cepat keluar hendaknya.

Lepas balik jumpa doktor, bawak Alia shopping barang sikit di Everise. Sempat jugak belikan selipar baru buat dia. Selipar yang Alia pilih sendiri tau. Murah je pun... RM9.90. Hehe...


Seronoklah dia... Dapat jugak mainan satu. Ala... Permainan mas kecik-kecik dahulu... Tiup buih sabun jadi gelembung tu. Tapi... Dulu mana ada main beli-beli kan... Buat sendiri guna dawai then bancuh air sabun sendiri. Sekarang.... Semua main pakai duit. Betul tak?



3 comments:

  1. kalo pergi klinik waktu petang memang cepat kan. sekejap jer menunggu. cuba kalo pergi pagi. bersesak org menunggu. aduhaiii.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, semoga dipermudahkan sepanjang tempoh kehamilan dan sehinga proses kelahiran kelak :)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah baby sihat..mainan buih sabun cmni mmg budak2 suka

    ReplyDelete