Back to Top

13 December 2014

Kenapa Tauge Mendapat Perhatian Umum?



Assalamu'alaikum, hai
Actually, setiap kali check keywords di Nuffnang... Setiap kali tu jugak keywords mengenai tauge menjadi tumpuan. Alhamdulillah... Entri mengenai cara mudah tanam tauge sendiri mendapat view yang memberansangkan. Mungkin disebabkan ramai yang gemar makan sayur tauge... Sebab sayur tauge banyak kegunaannya... Ia boleh dijadikan antara bahan inti samosa, bahan dalam pelbagai jenis mee mahupun jenis masakan. So, tak mustahil ada yang nak try tanam tauge sendiri right.



Lagipun... Dari segi kesihatan, menurut beberapa laman... Sayur tauge atau taugeh mempunyai kebaikannya yang tersendiri dan di antaranya ialah :-

1. Cegah Kanser

2. Baik Untuk Wanita
Taugeh juga mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam taugeh dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis). Pengambilan taugeh oleh wanita secara kerap dapat membantu mengelakkan dari kanser payudara, gangguan menjelang haid, simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

3. Lebih Subur
Taugeh juga mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan taugeh oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan lebih baik, begitu juga bagi kaum wanita yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan.

4. Kurangkan Lemak
Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung disebabkan oleh kadar lemak darah yang tinggi digalakkan mengambil lebih banyak menu taugeh dalam hidangan seharian. Saponi di dalam taugeh akan menghalau ‘lemak jahat’ LDL tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL kerana ketika kacang dicambahkan untuk dijadikan taugeh secara umum, kadar saponinya meningkat sehingga 450%.

5. Buang Kotoran
Taugeh yang mengandungi banyak serat dan air yang berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat dalam kotoran yang dapat diserap tubuh, ia mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang sel kanser.

6. Lebih Muda
Taugeh juga padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Secara kesimpulannya taugeh merupakan sayuran yang boleh membuat kita lebih muda.

Sumber maklumat : Blog Nizarazu

See... Betapa banyaknya khasiat yang dimiliki oleh sayur tauge. That why ramai yang sukakan tauge termasuklah hubby, aku dan Alia. Hehe...


3 comments: