Assalamu'alaikum, hai ♥ Alhamdulillah... Semalam dah hari ke-10 aku dalam pantang dan masih lagi  mengikut tarikh untuk tujuan la...

Petua Tak Semestinya Serasi!

/
4 Comments


Assalamu'alaikum, hai
Alhamdulillah... Semalam dah hari ke-10 aku dalam pantang dan masih lagi  mengikut tarikh untuk tujuan lawatan posnatal.

Semalam... Berat Nur Ain naik lagi... Iaitu 3.1kg. Jaundis dia pun dah turun banyak... Iaitu dari 8.0 turun kepada 6.1. Alhamdulillah...

Cara mudah untuk mengatasi jaundis yang aku amalkan hanyalah memberi Nur Ain susu badan selang 1 atau 2 jam. Semakin kerap bayi menyusu, Semakin kerap bayi berak atau kencing... Insya Allah kuning akan turun. Then, ikut pesanan nurse... Jangan makan halia, kunyit atau ubat berempah selagi anak ada jaundis.

Teringat pulak time Alia dulu... Macam-macam petua yang aku guna termasuklah makan anggur hitamlah, anggur hijaulah... Minum air laicilah, mandikan dengan agar-agarlah... Minum air susu kambing yang fresh diperahlah... Tapi jaundis Alia makin naik adalah.

Hakikatnya... Dengarlah nasihat doktor dan banyakkan berdoa agar diberi kesihatan yang baik kepada anak kita. Tak semestinya petua yang orang syorkan kepada kita serasi. Baik dengar kata hati sendiri. Lagi elok...

Wallahu'alam...




ARTIKEL LAIN DI SINI

4 comments:

  1. Alhamdulillah, Fiza dah selamat bersalin... tahniah... betul tu petua tak semestinya serasi... oleh itu yang penting dengarlah nasihat doktor

    ReplyDelete
  2. semoga juandia nur ain semakin hilang

    ReplyDelete
  3. mandi dengan agar-agar?1st time dengar huhu betul tu better dengar nasihat doktor dan berdoa

    ReplyDelete
  4. anak2 zura pon kena kuning. paling teruk My Anis. Delisha sekejap jer.. lepas bg air anggur hitam trus turun kuning dia. :)

    ReplyDelete