Back to Top

17 December 2014

Lucu Atau Kesian?



Assalamu'alaikum, hai

kisah lucu di hospital, lucu, lawak,
Sumber daripada Facebook

Actually... Gambar ni aku printscreen dari Facebook. Ada member yang kongsikan. Aku tak tahulah motif dia... Sebagai bahan untuk diketawakan?... Atau mengajak rakan-rakan untuk berfikir sejenak.

Kalau diperhatikan. Memang lucu right. Tapi... Ada tapinya. If parents kita buat gitu. Apa yang kita rasa?

Mula-mula... Aku tengok gambar tu. Nak tergelak pun ada. Namun... Jauh di sudut hati. Aku mula terfikir tentang mak ayah aku. Tak tahulah... If orang tua dalam gambar tu ada anak atau tidaklah kan.

Benda ni selalu terjadi di hospital. Ramai warga emas yang datang rata-rata tak berteman. Kalau jenis yang reti baca. Tak kisahlah... Boleh settle sendiri. Tapi... Bagaimana pulak... Yang buta huruf dan punyai masalah pendengaran.

Pernah terjadi tau kena batang hidung aku... Duatiga kali jugak jumpa warga emas mintak tolong tunjukkan mana bilik yang kena di masuk... Then... Tanya itu ini... Sian pulak aku tengok. Itu kalau jumpa orang yang nak tolong. Kalau jumpa orang yang slumber badak buat-buat tak tahu... Macam mana?

Memang kesian. 

Bersamalah kita beringat. Masa kecil kita... Kita ditatang bagai minyak yang penuh. Bila dah dewasa... Apa salahnya, kita pulak menatang dorang. Mak ayah tak kan pernah mintak anaknya membalas jasa dan pengorbanan mereka. Tapi... Sebagai anak. Kita wajib membahagiakan dorang. Sesibuk mana pun kita, luangkanlah masa untuk dorang. Atleast, temankanlah dorang ke klinik. Itu sudah cukup menggembirakan mereka.


2 comments:

  1. Kan.. mde2 mcm ni cpt bnr disebarkan.. teknologi skarang lak lg la.. smpai mcm2 bhn disebarkan tnpa kawalan.. kdg2 mde tu x sahih pom.. ermm..

    Kesian pak cik ni. Ada gk dpt whtsapp pic ni..

    ReplyDelete
  2. suka n3 nih.. betol tu Fiza.. kadang2 kesian tgk org tua yg uruskan diri sendirik. huhuhu.
    Zura nih duduk jauh dari famili. memang harapkan adik2 yang duk dekat jer lah tengok2 kan mak ayah.. :(

    ReplyDelete