Back to Top

12 December 2014

Pemeriksaan Antenatal Untuk Minggu Yang Ke-37



Assalamu'alaikum, hai
Selamat pagi semua... Sambil menonton slot akasia Bila Hati Berbicara semalam, sambil tu jugak aku draf entri. Hehe... Sementara idea di kepala masih segarlah kan. Nanti, kalau dah takde idea... Satu entri pun tak terhasil.

Sumber gambar daripada google image

Seperti yang pernah aku war-warkan before ni... Semalam 11 Disember 2014, aku ada temujanji untuk pemeriksaan antenatal seminggu sekali untuk kali yang ketiga. Secara amnya... Minggu ni, usia kandunganku dah pun mencecah minggu yang ke-37. Mean, bila-bila masa saja boleh bersalin dengan izin Allah S.W.T.

Alhamdulillah... Keputusan pemeriksaan antenatal semalam... Berat aku naik 1300gram. Hb pun still ok iaitu 11.1. Paras gula dalam darah pun ok. Then sempat jugak berbual dengan nurse yang checkup aku tanya pasal pilihan tempat aku bersalin. Dia kata boleh bersalin di mana-mana waima klinik kesihatan kampung. Lagipun sticker di kad lawatan aku color putih... So boleh pilih nak bersalin di mana. Setakat ni... Insya Allah, sekali lagi aku memilih hospital goverment yang berdekatan... Iaitu hospital Betong sebagai tempat untuk bersalin... Sama macam aku melahirkan Alia dulu.

Kemudian... If belum bersalin dalam masa yang terdekat, 18 Disember 2014... Sekali lagi aku akan melakukan pemeriksaan antenatal seminggu sekali seperti biasa untuk minggu yang ke-38.


Ya Allah... Ya Tuhanku... Engkau permudahkan proses bersalinku nanti. Sesungguhnya Engkau sahajalah tempat aku bermohon. 
Amin Yarabal Alamin...



1 comment:

  1. InsyaAllah sgalanya akn dprmdhkn..bykkn bdoa dan twakal.msti tgh bdebar tgu baby lahir kan..

    ReplyDelete