Assalamu'alaikum, hai
Alhamdulillah di atas nikmat yang Allah berikan. Pada yang terlibat dengan banjir... Bertabah dan bersabarlah. Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya dari Allah S W.T.

Alhamdulillah... Harini dah masuk hari kelapan, Nur Ain melihat Alam dunia... Dan sedikit cerita mengenainya ingin aku coretkan di sini. Ayat! Berbunga-bunga. Haha...

Bila bercakap pasal baby... Salah satu perkara yang akan kita kaitkan dengan baby adalah mengenai tali pusat. Betul tak?

Kebiasaannya... Hari pertama hingga hari yang ke-10. Part mandikan bayi... Mak yang akan take over. So, sekali harung... Mak yang akan cuci tali pusat anak I. Nak dijadikan cerita jugak. Aku takut sebenarnya nak mandikan baby selagi tali pusat tak tanggal. Ngeri tengok tau.

Sumber gambar daripada google image

Kalau Alia dulu... Hari kelima tali pusat dia tertanggal. Nur Ain pulak... Tertanggal pada hari ke-6 kami berpantang... Iaitu hari Khamis bersamaan 25 Disember 2014... Jatuh pada hari Krismas. Haha... Begitu detail sekali kau... Infonya. 

Ada orang kata... Simpan tali pusat anak dalam minyak. Then bagus digunakan untuk mengurut si empunya tali pusat tadi if dia demam atau batuk. Sejauh mana kebenarannya. Wallahu'alam.

Kalau korang... Korang buat apa dengan tali pusat anak yang tertanggal? Adakah dikuburkan, disimpan atau dibuang.