Assalamu'alaikum, hai ♥ Sekarang ni aku dah mula bercuti, so banyak masa yang terluang sementara menunggu masa untuk bersalin. Al...

Berapa Lama Bayi Patut Tidur Pada Waktu Siang?

/
2 Comments


Assalamu'alaikum, hai
Sekarang ni aku dah mula bercuti, so banyak masa yang terluang sementara menunggu masa untuk bersalin. Alhamdulillah... Bolehla baca buku hasil tulisan doktor Carol Cooper... Yang berjudul soal jawab bayi dan kanak-kanak. Haha... Dah lama dalam simpanan, tapi still tak khatam-khatam lagi.

Insya Allah, kalau ada isu yang menarik, aku akan kongsikan di sini. Satu tajuk yang menarik aku nak share harini adalah berkenaan dengan masa tidur bayi. Kekadang as a mom, kita main ikut suka hati je bagi anak tidur siang... Kononnya, boleh siapkan kerja rumah. Betul tak?... Tapi, kalau tak kena waktu tidurnya... Kekadang boleh membuatkan bayi meragam. Masa nilah... Kesabaran kita teruji. Betul tak? Kekadang tu... Kita boleh marah jugak sebab baby tidur tak sampai sejam.


Sumber gambar daripada google image

Menurut Doktor Carol Cooper, secara purata :-

  • Bayi berusia 6 bulan akan tidur 3 jam pada waktu siang.
  • Manakala bayi 12 bulan atau setahun akan tidur selama 2 jam atau 20 minit.

So, kalau benar bagai dikata... Jangan marah kalau anak tidur sekejap pada waktu siang... Hehe, sebab doktor pun dah kata gitu kan...

Kalau ikut pengalaman jaga Alia dulu pun... Paling lama Alia tidur siang pun 3 jam. Tu pun tengok cuaca. Kalau cuaca panas... Sejam pun tak sampai. Cuma... Dari dulu sampai sekarang, Alia still boleh tidur siang walaupun sekejap.




ARTIKEL LAIN DI SINI

2 comments:

  1. Ash perangainya tidur memang sekejap sekejap... hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah : Ash mesti aktif orangnya. Mesti nak teroka alam sekelilingnya. Nanti Farah bila dia dah reti bercakap... Jenuh nak layan setiap pertanyaan yg dia lontarkan. Macam fiza sekarang... Semua benda Alia tanya. Sabar jelah. Hehe...

      Delete