Assalamu'alaikum, hai
Haha... Panjang giler tajuk entri aku kali ni yer. Actually... Ni semua dek kerana otak aku yang tertanya-tanya tentang jantina bayi dalam kandungan aku ni ha. Lepas scan haritu di hospital kerajaan aku dan hubby lansung tak nak scan di private.

Kalau time mengandungkan Alia dulu... 7 bulan dah scan dah di private. Kali ni... Hubby kata, biarlah ia menjadi satu kejutan.

Sumber dari google image
Nak dijadikan cerita... Takde kerja carik kerja. Mulalah meng'google... Tu pun sebab mata tak nak tido. Gila punya kerja... Carilah info pasal ciri-ciri yang membezakan bayi lelaki dan perempuan dalam kandungan.

Ramai yang bagi pendapat... Perbezaan yang ketara adalah berkaitan dengan pergerakan bayi dalam kandungan. Ada yang kata... Kalau baby girl. Pergerakannya agak slow. Kalau baby boy... Siang malam aktif. Betul ke?

Kalau aku... Dulu masa Alia. Memang betul... Pergerakan dia dalam kandungan aktif tapi slow. Kuat tido kot. Kali ni, aktif sungguh... Siang dan malam... Tapi... Scan haritu, doktor kata baby girl. Haha... Gi mana dong?

Aku takdelah mengharap sangat nak dapat baby boy. Janji sihat walafiat... Itu yang lebih penting right. Betul tak?