Assalamu'alaikum, hai ♥ Ni kisah petang semalam... Disebabkan cuaca panas terik hingga ke petang. Selesai je waktu Asar, aku teru...

Alat Tulis Murah!

/
1 Comments


Assalamu'alaikum, hai
Ni kisah petang semalam... Disebabkan cuaca panas terik hingga ke petang. Selesai je waktu Asar, aku terus ajak hubby jalan-jalan naik kereta. Biasalah mak buyong... Confirm tak selesa walaupun dah mandi kerapkali dalam sehari. Solusinya... Naik kereta, pasang aircond sambil cuci mata. Hehe...

Budak Alia wajiblah mengikut. Actually, dia cool je... Kalau ditinggalkan di rumah. Cuma... Sian pulak aku melihatnya... Selalu je kena tinggal time bekerja. Sekali sekala... Apalah salahnya ajak dia keluar bersama sebagai kredit untuk dialah kan...

Jalan punya jalan singgah pulak kat kedai 100% di Debak. Tak tahulah kedai tu kenapa dinamakan kedai 100%... Yang aku tahu, barang dalam kedainya murah adalah. Biasanya... Alatan sekolah je aku berani beli di situ. Kalau benda lain tu, fikir duatigakali dulu nak beli... Takut tak terjamin kualitinya.


Dapatlah kad imbasan berharga RM2, pensil warna RM1.80, pensil 12 batang... RM1 dan buku lukisan Upin Ipin beserta sticker berharga RM1.80 buat Alia dan cousinnya. Kemain Alia... Suka tahap maksima bila dapat alatan menulis. Lately, dia suka benau menulis... Setiap hari carik pensil dan buku... 



Then, yang jadi sifu melayan dia... Siapa lagi kalau tak maknya. Walaupun dah sarat dan tak larat nak duduk lama-lama... Aku still temankan dia mewarna...

Budak... Kalau kita suka melayan aktiviti yang dia buat... Confirm! Keterujaan dia terlebih... Dan itulah yang dapat aku lihat pada Alia setiap kali kami melakukan aktiviti bersama.

Hehe... Duadua kidal...




ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment: