Assalamu'alaikum, hai ♥ Korang suka tak dengan ulam-ulaman? Bagi family aku terutamanya mak... Ulam-ulaman wajib ada tiap kali m...

Tertanya-Tanya Akan Khasiatnya!

/
4 Comments


Assalamu'alaikum, hai
Korang suka tak dengan ulam-ulaman? Bagi family aku terutamanya mak... Ulam-ulaman wajib ada tiap kali makan tengahari. So, seawal pagi bapak akan ke pasar untuk mencari lauk-pauk apa yang patut.

kebiasaannya, antara ulaman yang bapak beli termasuklah ulam raja, pucuk paku, bendi, kacang panjang, kangkung, timun dan daun pucuk ubi. nak dijadikan cerita... Makan tengahari semalam bapak belikan daun ulam seperti  gambar di bawah.



Aku tanyalah apa nama ulaman tersebut, sebab tak pernah pun beli ulaman sedemikian sebelum ni. Actually, bapak saudara aku pernah 'berambih' (bermalam dalam bahasa Sarawak) di rumah kami dan selalu beli ulaman tersebut... Masa tu aku takde kat rumah. Mak dan bapak pulak lupa akan namanya. La... Sudah! Tapi... Dorang dah selalu makan masa bapak saudara aku ada... So, takde maknanya aku nak takut untuk mencuba. Hehe... Sebab aku pun penggemar ulam-ulaman.

Then, Kebetulan adik ipar aku dari Perlis bercuti di kampung sekarang. Dia yang bagitau nama ulaman tersebut adalah daun selom. Menurutnya, kalau belah utara... Daun selom bukan sahaja dijadikan ulaman... Malah dijadikan sebagai bahan dalam masakan laksa. Wah! Apalagi... Aku pun try'lah makan. Boleh tahan jugaklah rasanya...

Time duduk di laman rumah petang semalam, terfikir pulak aku akan apakah kebaikan atau khasiat daun selom apabila dijadikan sebagai ulam-ulaman. Apalagi, seperti biasa... Maklumat di hujung jari... Sementara Alia main, aku pun carilah info mengenai daun selom menggunakan handphone. Tak sampai 5 minit... Aku dah dapat jawapan mengenai khasiat daun selom. Ternyata ia amat bagus untuk dimakan... Di mana berikut adalah antara khasiat yang rata-rata dinyatakan oleh kebanyakan laman web yang aku singgah, iaitu:-
  • Untuk mengubati demam panas.
  • Dijadikan ubat bagi mengawal penyakit tekanan darah tinggi.
  • Agen Antireumatik dan
  • Membantu menurunkan paras gula dan kolesterol pesakit diabetes.
Sumber maklumat : myMetro

See... Betapa bagusnya daun selom untuk kesihatan kita. Lepas ni... Bolehlah selalu beli untuk dibuat ulaman. Hehe...




ARTIKEL LAIN DI SINI

4 comments:

  1. kaksura tak berapa pandai makan ulam ulaman..dah tua ni bari nak berjinak-jinak..tu pon ada yg tak leh telan...huu..
    bagus jugak khasiat daun selom ni ya..baru akak tau..tq bg info..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sura Mohd : Sama-sama kak. Fiza pun dulu tak berapa gemar part mengulam sayur sebenarnya. Tapi kalau dah hari-hari mak beli... Fiza pun cuba dan cuba makan... Jadinya sukalah pulak :)

      Delete
  2. daun selom ni pun sesuai kalau di buat kerabu...cuba la, sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ann Ishak : oh ye ke... Insya Allah, nanti fiza try buat kerabu pulak :)

      Delete