Assalamu'alaikum, hai ♥ Selamat berhujung minggu. Weekend gini malas nak kuar rumah nak-nak cuaca tak menentu sekarang. Even cuaca...

Kenapa Berasa Panas ketika trimester ke-3 kehamilan?

/
2 Comments


Assalamu'alaikum, hai
Selamat berhujung minggu. Weekend gini malas nak kuar rumah nak-nak cuaca tak menentu sekarang. Even cuaca tak menentu... Semenjak masuk trimester ketiga ni... Aku acapkali mandi. Kenapa? 
Sumber gambar daripada google image 

Biasalah... Kandungan semakin membesar, suhu badan pun berubah... Menurut sumber di babycenter... Perubahan suhu yang membuatkan ibu hamil berasa panas adalah disebabkan oleh berlakunya peningkatan progesteron dalam tubuh sorang wanita.

Biasanya... Pada trimester ketiga, sampai duatiga kali aku mandi weh... Tak selesa. Nak-nak bila cuaca panas. Bila di office pulak... Sampai 16°c aircond aku pasang... Sampai rakan sepejabat mengadu kata sejuk. Haha... Disebabkan dorang faham situasi aku... Biasanya mereka akan buat kerja di tempat lain. Biasalah... Office baru. Mesti banyak space untuk buat kerja.

Malam-malam pulak... Semenjak dua menjak ni... Kami 3 beranak tidur di ruang tamu. Bak kata hubby... Sian pulak dia tengok aku tak selesa tidur disebabkan kepanasan... Even, kipas berpasang... Still panas. Sabar jelah yer... Begitulah antara dugaan yang dihadapi seorang wanita ketika hamil.




ARTIKEL LAIN DI SINI

2 comments:

  1. Hrap2 la keadaan mcm tu x blarutan smpai akhir khamilan kan..msti xslesa jdnya.bykkn sbr je la ye☺

    ReplyDelete
  2. Suami nak tidur dekat2 pun rasa x selesa.. rasa panas..hehehe

    Tu la ujian orang mengandung..

    ReplyDelete