Assalamu'alaikum, hai ♥ Cerita basi ku coretkan jua. Haha. Alhamdulillah... 20 November 2014, last untuk aku checkup 2 minggu sek...



Assalamu'alaikum, hai
Cerita basi ku coretkan jua. Haha. Alhamdulillah... 20 November 2014, last untuk aku checkup 2 minggu sekali. This week dah start checkup seminggu sekali bermula 27 November ni. Mean... Tak lama lagi baby dah nak keluar. Ya Allah... Debaran kian terasa... Semoga semuanya dipermudahkanMU Ya Allah...

Seperti biasa... Jam 3 petang aku keluar office dengan mintak kebenaran ketua jabatan. Sampai klinik... Seperti kelaziman... Queue tetap ada... Around jam 4 lebih gitu... Aku dipanggil. Dek kerana malas nak kencing di klinik. Aku bawak sample sendiri. Senang cerita... Masuk terus check urine then timbang berat... Alhamdulillah... Naik normal 900gram. Jadinya... Berat aku untuk 35 minggu usia kandungan adalah 59.3kg. Hb pun ok... Kali ni naik jadi 13 pulak dah. Banyak makan kacang bendi dan ikan bilis goreng kot... Tu yang hb naik cantik. Alhamdulillah... Tips naikkan hb mak berhasil rupanya.



Assalamu'alaikum, hai... This week, kandunganku dah mencecah minggu ke-35. Nampaknya... Masa aku semakin hampir untuk menemui min...



Assalamu'alaikum, hai...
This week, kandunganku dah mencecah minggu ke-35. Nampaknya... Masa aku semakin hampir untuk menemui minggu-minggu bersalin. apa-apa pun, semoga semuanya dipermudahkan. Persiapan untuk menyambut orang baru pun... Alhamdulillah... Hampir lengkap.

Sumber daripada google image
Namun, sejak kebelakangan ni... Aku sering berasa penat, padahal di office bukan ada kerja berat pun nak kena buat. Kerja aku cuma kemaskini website dan jugak urusan pentadbiran. 

Entahlah! Maybe aku banyak sangat duduk kot... Tu yang rasa penat. Perut rasa 'terpadat'... Membuatkan aku rasa tak selesa. Tidur malam pun kemain awal lagi. Lepas tu... Nak bangun kemain payah. Pinggang sakit tak payah ceritalah. Rasa penatnya huh... Allah sahaja yang tahu.

Esok... 20 November 2014, sekali lagi aku akan ke klinik untuk buat pemeriksaan kehamilan. Rasanya start 1 Disember nanti, every week aku akan ke klinik. Biasalah... Di penghujung kehamilan, pasti kekerapan pemeriksaan tu berganda. Walaupun penat, nak tak nak... Kena pergi jugak. Ye tak?

Kepenatan tu kian terasa... Kekadang tu, sian pulak aku dengan hubby... Selalu menjadi tempat aku melontar perasaan marah dek kerana penat. Namun, aku bersyukur sangat-sangat... Punyai seorang suami yang cukup memahami aku. Tahu nak ambik hati aku bila aku cepat merajuk atau marah. Huhu... Tetiba rasa terharu.

Entahlah! Pregnant kali ni aku sering berasa penat. Yelah! Masa pregnant Alia dulu... Aku mana ada kerja. Duduk rumah, goyang kaki je. Lainlah kali ni... Bekerja... Tambahan ulang-alik dari rumah ambik masa 45 minit. Lenguh jugak duduk lama-lama dalam kereta.

Haha... Panjang pulak keluhan mak buyong kali ni yer. diharap bersabar pada yang sudi baca entry aku. Actually, aku tengah buat buku program minggu suai kenal pelajar. Sakit punggung punya pasal, tetiba berdiri... Lalu capai handphone... Menaip sambil print kerja. Wah! Rajin betoi. Tu pun nak habaq... Apa-apa pun... Selamat bekerja pada yang bekerja harini.


Assalamu'alaikum, hai ♥ Begitu pantas waktu berlalu... Harini genaplah umur Nur Qalesya Alia dua tahun sembilan bulan. Aku bersyu...



Assalamu'alaikum, hai
Begitu pantas waktu berlalu... Harini genaplah umur Nur Qalesya Alia dua tahun sembilan bulan. Aku bersyukur dikurniakan seorang anak yang tak banyak ragam... Menyenangkan, namun sedikit nakal.


Biasalah budak. Tak sah kalau tak nakal. Tapi... Kenakalan haruslah bertempat dan jugak dikawal... Yelah! Pada usia gitu... Budak sememangnya ingin terus meneroka dunia sekeliling. Semua benda dia ingin tahu... Kalau tak kena gaya mendidiknya... Parah dibuatnya. Semoga Alia terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Tak lama lagi dapat adik. Hehe... Apalah reaksi dia nanti yer?


Assalamu'alaikum, hai ♥ Balik office petang rabu, aku dan hubby singgah di pasar... Kononnya nak cari ikan fresh untuk dinner. Re...



Assalamu'alaikum, hai
Balik office petang rabu, aku dan hubby singgah di pasar... Kononnya nak cari ikan fresh untuk dinner. Rezeki menyebelahi aku... Dah lama mengidam nak makan udang galah. Sekali dapat... Sekilo RM45. Nak buat macamana... Teringin punya pasal...Aku beli kan jugak. 

Sampai rumah... Simple menu udang emak buatkan. Udang rebus serai je pun. Tapi selera sampai 2 pinggan nasi aku habiskan... Alhamdulillah. Alia dan hubby pun sama.

Kisah keesokannya... Masa nak pergi kerja. Seperti biasa... Aku dan hubby akan cium Alia terlebih dahulu. Sekali hubby kata... Mata sebelah kanan Alia bengkak. Aduh! Aku baru teringat. Alia memang alergik makan udang. Sebab before ni pun... Bila makan udang je, confirm badan dia gatal termasuklah mata.


Tapi... Selepas tiga atau empat hari hilanglah dia. Aku malas nak bawak ke klinik. Opps! Jangan kata aku tak prihatin atau tak sayang anak pulak. ... Atau tak percaya dengan doktor... Sebenarnya... Aku tak suka sogokkan anak dengan ubat. Biar antibodi dia sendiri yang melawan. Tapi... Kalau dah sampai seminggu tak jugak surut... Baru aku akan bawak pergi klinik... 

Walaubagaimana pun... Alia cukup kuat. Alhamdulillah... Dah hampir hilang dah. Apa aku buat... Tiap kali lepas makan. Bila nak bagi minum air kosong... Aku akan baca surah Al-fatihah dan doakan semoga alergik Alia cepat sembuh. Alhamdulillah... Semakin baik.

Alhamdulillah... Syukur padaMU Ya Allah.


Assalamu'alaikum, hai ♥ Selamat berhujung minggu. Weekend gini malas nak kuar rumah nak-nak cuaca tak menentu sekarang. Even cuaca...



Assalamu'alaikum, hai
Selamat berhujung minggu. Weekend gini malas nak kuar rumah nak-nak cuaca tak menentu sekarang. Even cuaca tak menentu... Semenjak masuk trimester ketiga ni... Aku acapkali mandi. Kenapa? 
Sumber gambar daripada google image 

Biasalah... Kandungan semakin membesar, suhu badan pun berubah... Menurut sumber di babycenter... Perubahan suhu yang membuatkan ibu hamil berasa panas adalah disebabkan oleh berlakunya peningkatan progesteron dalam tubuh sorang wanita.

Biasanya... Pada trimester ketiga, sampai duatiga kali aku mandi weh... Tak selesa. Nak-nak bila cuaca panas. Bila di office pulak... Sampai 16°c aircond aku pasang... Sampai rakan sepejabat mengadu kata sejuk. Haha... Disebabkan dorang faham situasi aku... Biasanya mereka akan buat kerja di tempat lain. Biasalah... Office baru. Mesti banyak space untuk buat kerja.

Malam-malam pulak... Semenjak dua menjak ni... Kami 3 beranak tidur di ruang tamu. Bak kata hubby... Sian pulak dia tengok aku tak selesa tidur disebabkan kepanasan... Even, kipas berpasang... Still panas. Sabar jelah yer... Begitulah antara dugaan yang dihadapi seorang wanita ketika hamil.


Assalamu'alaikum, hai ♥ Weekend ni, semua staf akan ke Santubong resort, Kuching untuk mengikuti program pengukuhan pasukan. Dal...



Assalamu'alaikum, hai
Weekend ni, semua staf akan ke Santubong resort, Kuching untuk mengikuti program pengukuhan pasukan. Dalam erti kata lain... Ia lebih kepada program pembinaan karektor. Cumanya... 5 orang staf  sahaja yang tak akan ikut... Di atas sebab-sebab tertentu termasuklah aku.


Sumber gambar daripada google image
Actually, aku suka ikut program sebegitu sebab before ni pun masa jadi jurulatih modul pembinaan karektor di bawah Jabatan Latihan Khidmat Negara... Selalu jugak attend kursus pembinaan karektor. Cuma... Apakan daya... Sekarang ni aku dah sarat... Nak jalan jauh macam dah tak larat dah... Nak-nak jalan menuju ke destinasi dari office ke Santubong, Kuching yang tak rata... Beralun sana, beralun sini. Huhu... Sakit tau... Terhentak-hentak dalam van. Ulang-alik hari-hari pergi kerja pun aku dah tak larat. Inikan pulak perjalanan yang ambik masa berejam-rejam. Nanti... Tak pasal-pasal... Bukan ikut program karektor building, tapi 'kamboh' dengan aku nak terberanak. Haha...

Takpelah... Nak buat macam mana. Takde rezeki nak join. Walaupun pada hakikatnya... Hati kata nak ikut kan... Redha jelah... Lagipun, aku tak nak ambik risiko. 


Assalamu'alaikum, hai ♥ Akhirnya niat nak beli powerbank di lazada.com.my tercapai jugak. Pada mulanya nak beli yang jenama penan...



Assalamu'alaikum, hai
Akhirnya niat nak beli powerbank di lazada.com.my tercapai jugak. Pada mulanya nak beli yang jenama penang. Tapi... Tetiba tertarik dengan powerbank Universal Dual-port yang 20000mAh... Harga asal before sales... RM399. Tapi dah offer sampai harga RM35. Apalagi... Aku terus jatuh cinta. Haha...

Sumber gambar daripada google images
Alhamdulillah... Last week. Isnin beli. Rabu petang... Dah dapat. Service yang cepat. Hehe. Puas hatilah kan. Aku try charge powerbank dari pukul 10 pagi gitu la... Sampai 5 petang di office, still tak full. Sampai rumah... Jam 6 petang gitu... Sambung balik charge... Sampailah 4 lebih pagi. Baru full. Then... Try charge note 1 aku. Wah! Bateri still tak luak. Charge pun cepat kalau nak dibandingkan pineng. Ni kawan kata yer... Powerbank pineng ambik masa 2 hari tau nak penuhkan bateri. Lama betul... Tapi, betul atau tidak. Itu pendapat kawan aku yang dah memiliki powerbank jenama pineng. Tapi bestnya powerbank pineng... Dia ada charger. Kalau powerbank universal dual-port 20000mAh dia takde. Yang ada pun kabel.

Tak kisahlah... Janji boleh guna. Harap-harap powerbank kali ni lebih tahan lama daripada powerbank jenama lepow moonstone yang aku guna before ni...


Assalamu'alaikum, hai ♥ Alhamdulillah... Alia semakin berakal. Malah ringan tulang untuk membantu aku. But... Bukan kerja-kerja b...



Assalamu'alaikum, hai
Alhamdulillah... Alia semakin berakal. Malah ringan tulang untuk membantu aku. But... Bukan kerja-kerja berat ok. Kerja-kerja mudah je pun. Bukan nak dera atau apa. Tapi... Sekadar untuk melatih Alia supaya dia boleh berdikari. 


Tengok jelah apa dia buat. Tanpa diminta atau disuruh... Dia akan tolong aku aturkan penyedal pintu... Terutamanya time aku membawa barang ke bilik. Beria dia buat. Hehe... Lucu pun ada. Nampak sungguh dia tahu akan fungsi penyedal tu. Mungkin dah terbiasa tengok aku dan hubby buat. That why... Dia pun tahu, apakah kegunaan penyedal pintu tersebut.

Aku pernah terbaca dalam buku soal jawab bayi dan kanak-kanak, hasil karya Dr. Carol Cooper... Di mana kanak-kanak berusia di antara 2 tahun ke 3 tahun akan mengetahui fungsi sesuatu barang atau benda di sekeliling mereka... Dan ternyata fakta Dr. Carol Cooper ada benarnya... Pabila aku melihat ia ada pada Alia right now...

Actually... Aku nak buat sikit kerja dalam bilik. Dia pulak nak tengok tv... Aku cakap kat Alia jangan tutup pintu. Terus secara spontan dia ambik penyedal pintu. Apalagi... Emaknya yang pantang tengok gelagat Alia terus tangkap gambar. Haha... Sabar jelah. Cumanya... Sejak akhir-akhir ni aku jarang update tentang dia.

Tapi... Itu tak bermakna takde cerita tentang dia. Cumanya idea takde. Hehe...

Okeh... Chau dulu... Nak tengok Final AF 2014. Siapalah juara AF 2014 malam ni yer?... Kalau tanya aku... Pastinya aku pilih Nuha sebagai Juara Akademi Fantasia 2014. Tapi... Apa-apa pun... Jom layan.



Assalamu'alaikum, hai ♥ Selamat beristirehat bersama keluarga. Actually, aku pun tengah tengok tv bersama hubby dan Alia. Cumanya...



Assalamu'alaikum, hai
Selamat beristirehat bersama keluarga. Actually, aku pun tengah tengok tv bersama hubby dan Alia. Cumanya... Tetiba teringat nak buat sedikit catatan memori di sini sebagai kenang-kenangan. Insya Allah... Nanti boleh throwback balik. Hehe...

Last 2 week, rakan sekerja aku pergi Sabah. Ada kursus kat sana. Seminggu weh... Seronok tu. Hehe... Aku still tak berkesempatan nak pijak bumi Sabah. Tapi... Takpelah. Insya Allah, nanti ada rezeki. Boleh pergi jugak right... Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.


Balik daripada berkursus... Pasti masing-masing akan bawak ole-ole. Tak besar, kecik pun jadilah. Paling banyak... Adalah makananlah... Terutamanya coklat. Tapi... Kali ni kami satu office dapat keychain from Sabah sorang satu. Hoyehhh! Lepas ni... Boleh buat koleksi keychain dari setiap negeri dalam Malaysia. Hehe...


Assalamu'alaikum, hai ♥ Start last 2 weeks... 2 minggu sekali aku akan buat checkup kehamilan. Biasalah... Dah masuk bulan ke-8 k...



Assalamu'alaikum, hai
Start last 2 weeks... 2 minggu sekali aku akan buat checkup kehamilan. Biasalah... Dah masuk bulan ke-8 kan. Untuk checkup kali ni iaitu semalam. Berat naik 1.8kg dalam masa 2 minggu. Haha... Cover checkup before ni kot... Yang statik!... 

Pregnant kali ni... Berat badan aku naik... Lepas tu... Statik... Naik... Then, Entah! Next checkup naik ke tidak. Berat badan menjadi problem aku untuk pregnant kali ni. Tapi... Tak payah nak hairan sangatlah. Bak kata mak aku... Setiap kali mengandung... Pengalamannya berbeza. Tak sama... Yang penting, kena sabar di saat melalui bulan-bulan kehamilan. Sesungguhnya ia adalah anugerah yang terindah Allah berikan buat kita... Dan tak semua orang akan merasainya. So, aku harus bersyukur dan bersabar untuk menerima segala dugaan yang mendatang. Allah adalah sebaik-baik perancang. Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya.

Aku doakan semoga segala urusan dipermudahkan hendakNYA.


Assalamu'alaikum, hai ♥ Semenjak takde pengasuh, adikku yang kedua turut tinggalkan anak pompuannya yang berusia 7 bulan balik ka...



Assalamu'alaikum, hai
Semenjak takde pengasuh, adikku yang kedua turut tinggalkan anak pompuannya yang berusia 7 bulan balik kampung untuk dijaga oleh emak. Yelah... Sekarang ni susah nak cari pengasuh yang baik. Nak tak nak... Kenalah korbankan. Even, pada dasarnya... Takde ibu yang sanggup berjauhan dengan anak right.


Adira takdelah susah sangat nak dijaga. Kekadang je meragam. Cuma... Tulah. Bila part Adira nak tidur dalam buai. Mesti Alia pun menyibuk nak ayunkan buai... Sambil nyanyi lagu ya hanana... Kemudian... Mintak pulak ambik gambar. Hadoi... Sabo jelah layan feel dia yang makin berakal. Sebab tu... Kalau time tidur tengahari, mesti nak kena tidur duadua... Kalau tak Alia mesti nak ayunkan buai Adira. Sudahnya... Adira tak lama tidur dibuatnya. 


Assalamu'alaikum, hai ♥ Dah lama berhajat nak beli powerbank lagi. Baru bulan ni terfikir nak beli... Try survey di website Lazad...



Assalamu'alaikum, hai
Dah lama berhajat nak beli powerbank lagi. Baru bulan ni terfikir nak beli... Try survey di website Lazada.com.my. Ramai yang suggest, shopping kat lazada memuaskan hati...  Tapi, aku first time nak try beli di lazada.com.my... Entah jadi ke tidak. Baru planning je pun. Insya Allah... Next week baru buat keputusan samaada nak beli atau tidak. Sekarang ni di lazada.com.my tengah ada offer. Hehe... Apalagi jangan lepaskan peluang.


Haritu guna powerbank jenama Lepow. Tapi entahlah... Tak tahu nak kata apa. Sekali charge... Dah abis. Padahal 6000mAh tu. Handphone aku baru 2500 mAh. Mean, boleh charge sampai 2 kali. 1/2 charge pun... Dah abis. Hurmmm...