Back to Top

26 October 2014

Best Ke Cerekarama Mr. Istikharah?



Assalamu'alaikum, hai
Lama tak layan cerekarama. Tetiba malam tadi layan... Nak tonton Mr. Istikharah. Macam best. Haha... Tengok gelagat si Mastura (Cristina Suzanne) dan Aisyah minat dengan sorang ustaz yang sama... Iaitu ustaz Kamal. Malah... Sampai satu tahap dorang berangan nak kawin dengan ustaz kamal (Ammar Ashraf).

Sumber gambar daripada google images

Lawak giler... Sampai bermasam muka gara-gara minat dengan sorang ustaz. Tapi... Realiti kehidupan sebenar kita pun... Sama gak... Takde manusia yang tak kan bergaduh if tahu sukakan orang yang sama right.

Namun... Di akhir cerita Mr. Istikharah, dua-dua kawin dengan orang lain. Si Mastura dengan Hafiz (Ashraf Muslim)... Abang ustaz Kamal. Si Aisyah pulak... Dengan senior ustaz kamal semasa belajar di Jordan... Iaitu bos Aisyah sendiri...

Tapi kan... Kalau drama melayu, pertengahan cerita je... Mesti dah tahu apa akan berlaku diakhirnya nanti. Betul tak? Tapi tak semualah... Pada aku... Not bad lah ceritanya. Still boleh layan.


No comments:

Post a Comment