Assalamu'alaikum, hai... Salam Jumaat semua. Hari ni office dah start sunyi until next week. Ramai yang dah ambik cuti, terutama...

Balik Raya?

/
3 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Salam Jumaat semua. Hari ni office dah start sunyi until next week. Ramai yang dah ambik cuti, terutamanya bagi para pensyarah yang berasal dari semenanjung. Semalam lagi dah start bercuti...

Aku pulak kali ni Insya Allah beraya di kampung aku. Tu pun kalau takde last minute planning. Lagipun... Dari kampung aku ke rumah mak mertua, kota samarahan Kuching ambik masa lebih kurang 4 jam je. So, takde masalah sangat nak pecut balik... Tu pun... Kalau rajin. Yelah... Sekarang kandungan aku dah masuk 6 bulan 3 minggu. Jalan on the way ke Kuching pulak banyak yang rosak... So, macam malas nak ke Kuching. Lagipun... Hubby kata tak tau lagi nak balik ke tidak... Lagi-lagi apabila minyak Ron95 naik 20 sen semalam... Haha. Boleh pulak jadi alasan yer.

Cuti tak banyak sebenarnya. Tu yang malas nak balik rumah mak mertua. Kalau balik pun... Penat tak habis lagi, dah balik semula. Macam tak berbaloi. 

Sumber gambar diperolehi daripada google image
So, raya haji tahun ni... Beraya kat rumah aku jelah. Kat Sarawak, raya haji tak semeriah raya aidilfitri. Lepas solat dan buat qurban. dah back to normal balik. Tak macam di semenanjung. Dengar cerita lagi meriah dari sambutan hari raya aidilfitri. Betul ke? Apa-apa pun Selamat menyambut hari raya qurban semua. 




ARTIKEL LAIN DI SINI

3 comments:

  1. Salam AidilAdha Fiza..kami InsyaAllah balik petang ni slpas kerja.. take care Fiza..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atie : Salam aidiladha jugak atie. Bestnya balik kpg. Hati2 yer :)

      Delete
  2. Salam aidil adha fiza. Akak lg cedih..tak balik mana mana..huby johor akak kelantan.mencari rezeki di shah slam.xada cuti so besok kami membosankan diri kat rumah huhu...

    ReplyDelete