Assalamu'akaikum, hai ♥ Semalam aku order pizza daging dengan kawan satu office. Cikgu di  Sekolah menengah vokasional tempat mak...



Assalamu'akaikum, hai
Semalam aku order pizza daging dengan kawan satu office. Cikgu di  Sekolah menengah vokasional tempat mak saudara dia mengajar... Yang jual. Tak silap cikgu tu ajar bahagian masakan rasanya. Sebesar pinggan birthday party tu... Harganya RM15.00. Not badlah...


Cumanya... Maybe dah sejuk. So, rasanya kurang ummpphh. Tak taulah kalau dah di panaskan. Haha... Sampai rumah, terus makan. So, mana sempat nak panaskan bagai right. 


Assalamu'alaikum, hai ♥ Kisah pagi tadi... Rutin harian... Pergi office mesti on radio cats FM dalam kereta. Suka dengar topik lo...



Assalamu'alaikum, hai
Kisah pagi tadi... Rutin harian... Pergi office mesti on radio cats FM dalam kereta. Suka dengar topik loya (perbualan) pagi tok. Macam-macam isu yang dorang utarakan. Pagi tadi... Topik mereka... Kalau pergi travel... Lebih suka guna jalan darat ke udara?
Kalau tanya pendapat aku... Bergantung tempat dan keadaan la. Ada pro dan kontranya jugak. Memanglah... Seperti dj kata... Guna jalan darat... Seronok. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Tapi, nak kena tengok geografi sesuatu tempat jugak. Macam kat Sarawak lah ek. Sebagai contoh... Tinggal di Kuching... Tetiba kena pergi berkursus di Miri. Sanggup kau drive sendiri dari Kuching ke Miri... 12 jam tu. Tapi... Kalau yang jenis suka berjalan tak kisahla. Lainlah kalau aku... 3 jam perjalanan pun, aku dah gelisah semacam... Inikan pulak 12 jam.

Kalau naik kapal terbang pulak... Dari Kuching ke Miri memang tak lama. Entah-entah tak sampai 1 jam. Cepat dan mudah. Penat pun tidak... Betul tak?


Assalamu'alaikum, hai ♥ Tot... Tot... Tot... Tot, message di handphone aku berbunyi. Disebabkan ada kerja yang nak diselesaikan.....



Assalamu'alaikum, hai
Tot... Tot... Tot... Tot, message di handphone aku berbunyi. Disebabkan ada kerja yang nak diselesaikan... Aku lupakannya buat seketika. Tapi... Bila di check... Lansung aku tak rasa excited. Even mesejnya mengatakan...


Bahawa nombor hanphone aku berjaya memenangi cabutan bertuah bernilai RM30,000 dari power root. Wah! Bila masa aku beli produk power root... Kacip fatimah adalah. Haha... Yang peliknya jugak. Kenapa aku mesti call nombor office yang diberi... Kalau betul aku menang, mesti mereka yang akan call aku right. Muslihat apakah itu. Nampak sungguh nak menipu kan...

Hakikatnya... Mesej seperti itu memang aku tak layan.



Assalamu'alaikum, hai ♥ 27 Oktober 2014, harini hubby mintak cuti sebabnya aku takleh nak mintak cuti. Adik ada interview jurutek...



Assalamu'alaikum, hai
27 Oktober 2014, harini hubby mintak cuti sebabnya aku takleh nak mintak cuti. Adik ada interview juruteknik komputer di Kuching... Mak ayah pulak dah 2 minggu di Kuching... Adik bongsu aku kena bedah... Patah tangan gara-gara jatuh moto. Alhamdulillah... Sabtu pagi, dia dah selamat dibedah. Habis interview pagi ni, adik aku terus balik... Sebab esok hubby ada kursus... Aku pun sama. Masuk office. 


Oleh kerana takde orang jaga Alia... Hubby offer diri mintak cuti harini. Huhu... Nilah first time, Alia dijaga oleh ayahnya. Risau jugak nak tinggalkan dia dengan ayahnya. Entah boleh ke tidak hubby uruskan Alia. Tapi... Aku kena percayakan dia jugak. Alia pun anak dia. Mustahillah dia lalai dalam menjaga anak sendiri right.

Seawal jam 4 pagi aku dah bangun... Sediakan apa yang patut termasuklah kemas rumah dan sidai pakaian. Bab bancuh susu... No hal, sebab hubby ringan tulang... Selalu tolong aku bancuhkan susu Alia... Nak-nak dah masuk trimester ketiga ni... Dia banyak membantu aku.

Sepanjang kat office dah 3 kali call rumah. Tanya Alia dan hubby. Haha... Al-maklumlah, first time hubby jaga Alia.


Assalamu'alaikum, hai ♥ Satu hari hujan harini... Jadinya... Duduk rumah tanpa ada sebarang perancangan. Masa hanya dihabiskan ...



Assalamu'alaikum, hai
Satu hari hujan harini... Jadinya... Duduk rumah tanpa ada sebarang perancangan. Masa hanya dihabiskan untuk melayan karenah Alia dan menonton tv.

Sumber gambar daripada google image

Siap layan drama tamil berjudul Enthiran lagi. Haha... Tapi kan, jalan ceritanya memang best. Gandingan hero dan heroin yang aku minat... Iaitu pelakon Super Star Rajinikanth sebagai Profesor Vassegaran dan Aishwarya Rai Bachchan sebagai Sana.

Ceritanya mengenai perjuangan Profesor Vassegaran untuk mengawal ciptaannya, robot android yang perisiannya telah dinaik taraf dengan memberikan keupayaan untuk memahami emosi manusia. Rancangan Profesor Vassegaran mengalami kegagalan apabila robot itu jatuh cinta dengan tunangnya, Sana dan mengakibatkan kemusnahan kepada dunia apabila robot tersebut jatuh ke tangan pesaingnya, profesor Bora.

Namun... Di penghujung cerita, Profesor Vassegaran mampu mengawal semula robot tersebut dan kembali kepada kehidupan biasa... Walaupun pada dasarnya... Dia sedih untuk memusnahkan ciptaannya.

Bestla jalan ceritanya. Aku suka. Hehe... Even, kekadang ada iklan dari Alia. Macam-macamlah dia mintak kalau tengok kita menonton tv. Sabo jelah.

Abis menonton jam 5 petang, terus mandikan Alia. Takut kesejukan pulak kalau lewat mandi. Sepanjang harini... Hujan wehhh...


Assalamu'alaikum, hai ♥ Bila makan kacang... Tetiba teringat dengan satu info yang pernah aku terbaca di majalah iSihat... Di man...



Assalamu'alaikum, hai
Bila makan kacang... Tetiba teringat dengan satu info yang pernah aku terbaca di majalah iSihat... Di mana penghidap diabetes terutama jenis 2 yang makan segenggam kacang setiap hari mempunyai tahap gula dalam darah yang stabil.

Sumber gambar daripada google images
Hurmmm... Pada akulah kan... Tak salah kita mencuba. Nak-nak... Info sebegini. Just ambik makanan je pun... Daripada ambik ubat, lebih baik ambik makanan... Sebab ubat bukannya sedap pun right!

Lagi satu... Pada akulah ek... Ambik makanan lebih baik daripada ambik supplement atau ubat. Yelah... Kekadang, dengar produk itu ini hebat terus kita ambik tanpa nasihat doktor. Ada tu... Lagi mahal ubat, lagi bagus katanya. Padahal... Kita tak tahu effect di kemudian hari.

So, kena fikir dulu sebelum ambik. Pilihan ada di tangan kita. Kita berhak untuk memilih dan mencuba. Cumanya... Kena rasional dan bukannya nak sihat dalam masa yang singkat, tapi tak fikir kesannya di kemudian hari. Sesungguhnya... Bila datangnya sakit pada kita... Itu adalah ujian dari Allah buat hambanya.

Wallahu'alam.


Assalamu'alaikum, hai ♥ Lama tak layan cerekarama. Tetiba malam tadi layan... Nak tonton Mr. Istikharah . Macam best. Haha... Ten...



Assalamu'alaikum, hai
Lama tak layan cerekarama. Tetiba malam tadi layan... Nak tonton Mr. Istikharah. Macam best. Haha... Tengok gelagat si Mastura (Cristina Suzanne) dan Aisyah minat dengan sorang ustaz yang sama... Iaitu ustaz Kamal. Malah... Sampai satu tahap dorang berangan nak kawin dengan ustaz kamal (Ammar Ashraf).

Sumber gambar daripada google images

Lawak giler... Sampai bermasam muka gara-gara minat dengan sorang ustaz. Tapi... Realiti kehidupan sebenar kita pun... Sama gak... Takde manusia yang tak kan bergaduh if tahu sukakan orang yang sama right.

Namun... Di akhir cerita Mr. Istikharah, dua-dua kawin dengan orang lain. Si Mastura dengan Hafiz (Ashraf Muslim)... Abang ustaz Kamal. Si Aisyah pulak... Dengan senior ustaz kamal semasa belajar di Jordan... Iaitu bos Aisyah sendiri...

Tapi kan... Kalau drama melayu, pertengahan cerita je... Mesti dah tahu apa akan berlaku diakhirnya nanti. Betul tak? Tapi tak semualah... Pada aku... Not bad lah ceritanya. Still boleh layan.


Assalamu'alaikum, hai ♥ Lately, banyak task nak kena siap before aku cuti panjang. Haha... Samada terus bekerja atau jaga anak. S...



Assalamu'alaikum, hai
Lately, banyak task nak kena siap before aku cuti panjang. Haha... Samada terus bekerja atau jaga anak. Susah tau nak carik pengasuh sekarang ni. Nak tak nak... Kenak pikir panjang... Kena pilih! Hwaaa... Tetiba pulak yer. 

Stop dulu pasal that problem... Pasal kerja. Kebiasaannya aku akan catat apa plan kerja nak disiapkan pada hari berikutnya... Kalau tak di buku... Di handphone. Biasalah... Manusia mudah lupa right. Jadinya... Tercari-carilah jugak aplikasi di play store yang boleh memudahkan aku untuk buat catatan simple. Apa yang aku nak... Aplikasi yang senang untuk digunakan, mudah dan mesra pengguna.

Alhamdulillah... Setelah tigaempat kali install dan uninstall... Jumpa jugak akhirnya aplikasi sticky notes yang menarik dan mudah untuk digunakan... Iaitu Floating Stickies.

Apa yang menarik mengenai Floating Stickies adalah seperti berikut. Hehe... Ni, best on my pendapatlah ok :)

  • Jenis terapung atau float. Kalau tak nak ia terpapar selalu just klik kat atas seperti yang ditunjukkan pada arrow pertama. Nanti ia automatik save dan hide nota kita. Sangat awesome. Hehe...
  • Then... Nak tambah note lain just klik pada simbol tambah pada note. Nanti ia akan keluarkan the next page. Mudahkan...
Alhamdulillah... Akhirnya jumpa jugak aplikasi sticky note yang memudahkan.


Assalamu'alaikum, hai ♥ 23 Oktober 2014 iaitu dua hari yang lepas... Seperti biasa... Aku akan buat pemeriksaan kehamilan di klin...



Assalamu'alaikum, hai
23 Oktober 2014 iaitu dua hari yang lepas... Seperti biasa... Aku akan buat pemeriksaan kehamilan di klinik kesihatan berdekatan dengan kampung aku. Alhamdulillah... Dah masuk minggu ke-31.


Kalau before ni... Berat badan aku naik mendadak. Tapi... Checkup kali ni, berat aku maintain 56.5kg. Lansung statik... Tak naik! Hairan... Pelik. Kenapa jadi macam tu yer? Nurse kata... Next checkup, if berat still tak naik jugak... Aku kena refer doktor. La, sudah... Naik susah, tak naik pun susah.

Sekarang ni... Tu jelah masalah yang aku hadapi. Yang lain... So far, takde masalah. Still maintain. Nampak gayanya... Kena makan banyak balik la ni. Haha...



Assalamu'alaikum, hai ♥ Di luar office... Hujan renyai-renyai. Biarpun breakfast pagi tadi... Makan nasi lemak, air milo dan 2 bij...



Assalamu'alaikum, hai
Di luar office... Hujan renyai-renyai. Biarpun breakfast pagi tadi... Makan nasi lemak, air milo dan 2 biji donut... Aku still lapar. Entah! Padahal dah breakfast dah pun.

Apalagi... Seawal jam 11:45 pagi, aku dah ajak rakan sekerja tapau di medan cafe bersebelahan kfc. Tak jauh dari hotel medan. Sesiapa yang berhajat nak ke Betong, Sarawak... Dan tercari-cari hotel murah tu... Di medan hotel lah tempatnya. Siap promote lagi. Hehe...

Bila sampai medan cafe, seperti biasa... Lauk takde pilihan sangat. So, aku tapau nasi berlaukkan sayur petola campur fish ball, sup kosong dan ayam masak kicap. Setapau... RM3.50. Tersangatlah murah. Tapi... Maaf! Tak sempat nak snap gambar. Haha... Dah selamat masuk dalam perut dah pun.

Sampai office... Terus kami berdua makan di pantri. Then... Orang lain keluar time lunch... Kami berdua stay di office. Haha... Kenyang punya pasal lah tu.



Assalamu'alaikum, hai ♥ Selamat pagi dunia maya. Huhu... Second day masuk office untuk this week. Penat! Bukan penat disebabkan k...



Assalamu'alaikum, hai
Selamat pagi dunia maya. Huhu... Second day masuk office untuk this week. Penat! Bukan penat disebabkan kerja-kerja di office. Tapi... Entah! Sejak akhir-akhir ni... Cepat betul berasa penat. Mungkin... Disebabkan baby semakin membesar kot. Yelah... Insya Allah, lagi dua bulan... Dengan izin Allah, baby akan keluar untuk melihat dunia luar. Hehe...

Sumber gambar daripada google images

Sekarang ni... Baby selalu mengeras. Tak tahu kenapa. Ia mengundang rasa tak selesa tau... Lebih-lebih lagi time tidur malam. Asyik terjaga dibuatnya. Sudahnya... Masuk office... Mengantuk!!!... Huhu... Sungguh menguji kesabaran. Bilamana mengingatkan itu semua. Mulalah terasa... Betapa susahnya mak kita mengandungkan kita 9 bulan 10 hari... Dan. Membesarkan kita menjadi manusia berguna.


Assalamu'alaikum, hai ♥ Actually... 9 Oktober 2014, aku dah start disuruh mengira pergerakan bayi dalam kandungan   oleh nurse. B...



Assalamu'alaikum, hai
Actually... 9 Oktober 2014, aku dah start disuruh mengira pergerakan bayi dalam kandungan oleh nurse. Bila kita bekerja... Semestinya, ada masa kita tak perasan pun baby bergerak. Apa yang perlu dilakukan... Kalau baby tak bergerak?

Sumber gambar daripada google image

Pengalaman mengandungkan Alia dulu membuatkan aku tak risau... Sebab, pesan mak kalau baby tak bergerak... Try bawak baring. Insya Allah... Kita akan rasa gelombang pergerakannya. Dan... Itulah yang aku amalkan. 

Tapi... Kalau tak jugak bergerak sampai ke malam. Saranan aku... Cepat-cepatlah buat pemeriksaan dengan doktor. Takut pulak berlaku benda lain. Ye tak?

Duatiga hari lepas... Kat office sibuk dengan beberapa event. Maybe, disebabkan penat... Baby lansung tak bergerak sampai jam 3 gitu. Apalagi... Waktu asar... Aku ambik kesempatan baring sekejap di surau office. Alhamdulillah... Bila dah dibelai dan dipujuk akhirnya baby bergerak dengan aktif. Fuh! Lega rasanya... Bila baby bergerak. Kalau tak mesti risaukan...


Assalamu'alaikum, hai... Weekend yang membosankan. Tapi... Tetiba teringin nak makan pau berintikan kelapa. Huhu... Bila rajin mem...



Assalamu'alaikum, hai...
Weekend yang membosankan. Tapi... Tetiba teringin nak makan pau berintikan kelapa. Huhu... Bila rajin mem'baking datang... Akhirnya, siap jugak pau aku. Separuh aku frozen'kan untuk breakfast esok pagi... Separuh pulak untuk minum petang harini. Alhamdulillah... 



Alia cukup suka makan pau. Lagi-lagi kalau pau tu mengembang dengan gebu. Petua agar pau kembang cantik. Selepas diuli... Dibiarkan setengah jam. Insya Allah, pau akan mengembang cantik. Hehe...

Apa-apa pun, selamat berhujung minggu...


Assalamu'alaikum, hai ♥ Harini tanggal 18 Oktober 2014 , genaplah usia Alia 2 tahun 8 bulan . Alhamdulillah... Dia membesar bagai...



Assalamu'alaikum, hai
Harini tanggal 18 Oktober 2014, genaplah usia Alia 2 tahun 8 bulan. Alhamdulillah... Dia membesar bagaikan juara. Anak yang senang untuk dijaga. Tak banyak ragam... Cuma semakin banyak mulut bertanyakan itu dan ini. Kena bersabarlah menjawab soalannya.


Bila menjelang petang... Waktu hubby nak ambik aku balik kerja. Mesti nak ikut. Nak pergi kfc katanya. Tapi... Biasanya kami 3 beranak lebih suka pegi sugarbun. Lagi sedap ayamnya. Hehe... Sempat jugak hubby tangkap gambar Alia yang dok sibuk suruh ayah ambik gambar. Konon selfie katanya.

Makin besar makin bijak. Alhamdulillah... Boleh diharap dah kalau kita mintak tolong. Kekadang tu... Dah reti hantar pinggan sendiri lepas makan ke sinki. Benarlah kata orang yang dah berpengalaman beranak ramai... Nak didik anak agar berdisiplin, kenalah dari peringkat bayi... Hasilnya duatiga tahun nampaklah nanti. 

Alhamdulillah... Terima kasih ya Allah, kerana telah mengurniakan seorang anak kepada kami yang cukup menyenangkan hati. Semoga baby yang kedua juga lahir dengan sihat dan sempurna. Amin...



Assalamu'alaikum, hai... Sambil layan Ghajini , part iklan... Aku online guna handphone. Lagipun Alia tengah sedap tidur. So, che...



Assalamu'alaikum, hai...
Sambil layan Ghajini, part iklan... Aku online guna handphone. Lagipun Alia tengah sedap tidur. So, check apa yang patut. Lama dah tak check Nuffnang. Alhamdulillah... Ada 13 Campaign tengah running. Rezeki Alia dan baby agaknya.


Masa blogwalking baca entri kengkawan pasal earning takde, tapi iklan berganda ada jugak. Setakat ni... Aku punya Cpuv ada earning even... Ada 1 campaign tu ada 3 gandaan. Alhamdulillah. Maybe ketiga-tiga jenis saiz campaign tu kot yang dorang kira. Tu yang sampai gandaan 3. Tu cuma jangkaan aku. Tapi apa-apa pun thanks to Nuffnang kerana sudi bagi BE even blog ni jarang di update.


Assalamu'alaikum, hai... Dah seminggu dah tak update blog. Hurmmm... Biasalah, kekadang ada masa busy, ada masa free... Tapi, tak...



Assalamu'alaikum, hai...
Dah seminggu dah tak update blog. Hurmmm... Biasalah, kekadang ada masa busy, ada masa free... Tapi, takde idea nak update. Tambahan... Bila dah berbadan dua dan masuk trimester ketiga ni... Cepat benar keletihan. Jadinya... Banyak masa diluangkan untuk melayan karenah family dan berehat jelah jawabnya.

Harini sabtu... Pun duduk rumah sambil menonton tv. Ada movie hindi best berjudul Ghajini. Tak taula... Samada dah tengok ke belum. Tapi... Macam belum. So, layan jelah dengan hubby sampai habis.

Sumber gambar daripada google image
Best jugak jalan ceritanya. Kisah cinta antara kalpana dan sanjay yang berakhir dengan kesedihan yang akhirnya membawa kepada dendam. Kalpana mati akibat dibunuh oleh penjahat bernama Ghajini. Sanjay pulak hilang ingatan dalam jangka masa pendek. Hilang ingatan bukan bererti dia tak berupaya ingatkan kekasihnya... Sebaliknya kekuatan cintanyalah yang membawa kejayaannya membalas dengan terhadap Ghajini.

Huhu... Sedih jugak movie ni. Berbaloi layan. Hehe...


Assalamu'alaikum, hai... Semalam 9 Oktober 2014 , selepas jumpa doktor di Hospital Betong... Aku kena pulak pegi klinik kesihatan...



Assalamu'alaikum, hai...
Semalam 9 Oktober 2014, selepas jumpa doktor di Hospital Betong... Aku kena pulak pegi klinik kesihatan Spaoh... Sebab register mengandung di situ haritu. Tujuannya adalah untuk menerangkan cara mengira pergerakan bayi di dalam kandungan... Memandangkan... Sekarang dah masuk minggu ke-28 atau dahpun masuk 7 bulan usia kandungan.

Sampai di klinik... Seperti biasa, first things first akan check air kencing, then darah... Jantung bayi dan kadar denyutan jantung aku. Last sekali baru terangkan bagaimana nak kira pergerakan bayi dalam kandungan. So... Harini dah start mengiralah kiranya... Start 9 pagi sampailah 9 malam.

Pengalaman aku... Masa mengandungkan Alia dulu... Amat mudah nak kira sebab duduk kat rumah je kan... Tak buat kerja. Now, bekerja... Harini sampai tak perasan bila baby bergerak. Bila aku duduk lama sikit... Barulah pergerakan bayi tu dirasai.

Aku pernah terbaca artikel di babycenter, if baby tak bergerak... Ada beberapa cara untuk meransang pergerakannya. Antaranya adalah seperti berikut :-
  • Minum minuman berais agar bayi merasai perubahan suhu ibunya sehingga membuatkan dia cuba untuk mengelak daripada terasa sejuk.
  • Buat bunyi bising atau mainkan muzik dengan kuat agar bayi teransang untuk bergerak.
  • Cuba buka sesuatu benda seperti pintu dengan kuat.
Alhamdulillah... 1.26 petang harini dah cukup dah 10 kali gerakan. Aktif sungguh. Hehe...


Assalamu'alaikum, hai... Semalam  8 Oktober 2014 , seperti pernah aku kata dalam entri sebelumnya di sini ... Aku ada temujanji d...



Assalamu'alaikum, hai...
Semalam 8 Oktober 2014, seperti pernah aku kata dalam entri sebelumnya di sini... Aku ada temujanji dengan doktor untuk scanning dan jugak disebabkan kenaikan berat badan yang mendadak.

Seperti biasa... Jam 3 petang aku akan mintak pelepasan dengan tuan pengarah. Alhamdulillah... Pengarah seorang yang amat memahami. Tanpa banyak persoalan. Permohonan aku diluluskan. Cuma... Perlu tunjukkan surat temujanji jelah.

Alhamdulillah... Rezeki aku jugak. Belum pun panas duduk. Tak sampai 5 minit. Giliran aku dipanggil. Dup dap dup dap... Jantungku berdegup. Yelah! Asyik fikir pasal minum air gula je this week tau... Gara-gara berat badan naik mendadak.Masuk je. Doktor terus tanya khabar dan suruh baring. Nak scanning katanya. Time scanning tu sempat jugak aku berborak dengan doktor tanya pasal baby.

Aku tanyalah... Baby sihat ke tidak. Normal ke tidak. Then... Last aku tanya. Pasal gender. Huhu. Doktor senyum... Then bagitau baby girl. Aku tergelak. Terus doktor tu kata kat aku... "Awak memang nak baby girl ek?"... Takdelah jugak. Lelaki ke perempuan ke... Janji baby sihat. Terus doktor tu mengiakan apa yang aku katakan.

Doktor tu pompuan jugak. So, bestlah sembang tanya itu dan ini. Pasal berat pulak... Doktor tak cakap apa pun. Maybe berat baby stabil kot. Tu yang dia tak sentuh pasal berat badan kot. Apa yang aku tengok... Tertulis dalam kad... Kalau sekali lagi berat naik. Kemungkinan minum air gula tu ada... Maybe doktor tengok result scanning kot. Tu yang dia tak cakap pun pasal berat badan aku. Alhamdulillah... Terselamat daripada minum air gula... Hehe...

Oh! ya, kalau diikutkan result scanning... Minggu ni aku dah masuk 28 minggu. 7 bulan dah usia baby di dalam kandunganku. Patutlah... Perut dah start berombak. Haha... Sampai member office pun suka usap perut aku. Ada tu... Yang belum ada baby... Siap tanya, apa baby buat dalam perut. Haha... Sampai gitu sekali dorang tanya.


Assalamu'alaikum, hai... Second day of raya... Mesti masih busy kan. Lagipun harini aku still cuti. Esok baru masuk kerja. Bila d...



Assalamu'alaikum, hai...
Second day of raya... Mesti masih busy kan. Lagipun harini aku still cuti. Esok baru masuk kerja. Bila dah beberapa hari duduk di rumah... Akan terasa malas nak pergi kerja. Huhu... Oh! Tidaaakk...

Bila cakap pasal duduk di rumah. Lansung tak plan nak pergi mana-mana. Entah! Malas lebih menguasai aku duatiga hari ni. Alia pulak... Bila aku ada kat rumah. Tak nak berenggang. 


Tapi... Alia budak pandai. Dan... Aku syukur, tak sia-sia aku melatihnya menggunakan gadget handphone setahun yang dulu dengan berdisiplin... Di mana ada masa tertentu je boleh main handphone.

Dah tu... Kalau dah low bateri, reti pulak dia cakap kat aku atau ayahnya... Suruh charge. Lepas tu... Lansung tak mintak... Kalau kita tak bagi. Alhamdulillah...

Semoga Alia menjadi anak yang pintar dan solehah ya Allah... Amin...


Assalamu'alaikum, hai... Salam aidiladha. Alhamdulillah... Selepas jemput jiran makan. Baru ada masa nak hadap gadget bagai. Kono...



Assalamu'alaikum, hai...
Salam aidiladha. Alhamdulillah... Selepas jemput jiran makan. Baru ada masa nak hadap gadget bagai. Konon misi nak balas blogwalking. Singgah di blog milik seorang blogger baru 18 hari bergelar mama. Kalau sudi... Jemputlah singgah DI SINI

Sekarang dia still dalam berpantang. So, banyaklah pengalaman yang dia nak share termasuklah berkenaan dengan berpantang makan.

Sumber gambar daripada google image
Bercakap pasal pantang makan. Huhu... Satu fasa yang terpaksa memerlukan kesabaran yang tinggi untuk elakkan kesan di kemudian hari. Aku dulu, masa lepas melahirkan Alia dan dalam pantang. Memang berdisiplin habis. Kalau tak... Mesti kena bebel dengan mak.

Paling lama aku berpantang ialah ais. Setahun lebih umur Alia... Barulah aku back to normal minum air ais. Tu pun berpada-pada. Biasalah... Takut punya pasal. Biasalah orang tua. Macam-macam cerita pasal tak berpantang makan. Jadinya... Aku jadi takut nak dengar. Haha...


Assalamu'alaikum, hai... Lama sudah berhajat nak hias blog sendiri. Kali ni tetiba kerajinan itu datang. Hehe... Jangan hairanla...



Assalamu'alaikum, hai...
Lama sudah berhajat nak hias blog sendiri. Kali ni tetiba kerajinan itu datang. Hehe... Jangan hairanlah yer.... Kalau tengok blog aku berubah-ubah dalam beberapa hari ni.


Yelah... Sian jugak tengok blog sendiri. Dah hampir 4 tahun wujud, tapi baru 2 kali bertukar wajah. Tu pun... Simple giler. Haha...

Niat nak mencantikkan tu memang ada. Cumanya... Masa. Sangat-sangat mencemburui aku. Semoga apa yang aku hajati kali ni tercapai hendaknya. Amin...

Apa-apa pun... Selamat berhujung minggu semua. Have a nice day. Mesti hari ni dah busy buat persiapan untuk sambut raya qurban esok kan...


Assalamu'alaikum, hai... Even ramai yang dah balik raya, tapi still ada yang masuk kerja. Dahla satu hari kat luar hujan. Nak kel...



Assalamu'alaikum, hai...
Even ramai yang dah balik raya, tapi still ada yang masuk kerja. Dahla satu hari kat luar hujan. Nak keluar pun malas dan tetiba terlintas di fikiran nak makan mee jawa. Lamanya tak makan. Huhu...


Apalagi... Ada member yang keluar. So, aku mintak tolong tapaukan. Alhamdulillah... Habis satu pinggan aku makan. Makan di pantri office je pun... Bertemankan mak buyong sorang lagi... Member aku. Baru 4 bulan usia kandungannya. Harga satu pinggan RM4.00 je. Biasa di area Betong, kalau nak carik menu sedap... Kitorang makan di JR Cafe ataupun pasar lama Betong. Kat situ je murah dan sedap. Memang berbaloilah. Bak kata kawan aku... Confirm! licin kalau makan kat situ. Haha...

Assalamu'alaikum, hai... Salam Jumaat semua. Hari ni office dah start sunyi until next week. Ramai yang dah ambik cuti, terutama...



Assalamu'alaikum, hai...
Salam Jumaat semua. Hari ni office dah start sunyi until next week. Ramai yang dah ambik cuti, terutamanya bagi para pensyarah yang berasal dari semenanjung. Semalam lagi dah start bercuti...

Aku pulak kali ni Insya Allah beraya di kampung aku. Tu pun kalau takde last minute planning. Lagipun... Dari kampung aku ke rumah mak mertua, kota samarahan Kuching ambik masa lebih kurang 4 jam je. So, takde masalah sangat nak pecut balik... Tu pun... Kalau rajin. Yelah... Sekarang kandungan aku dah masuk 6 bulan 3 minggu. Jalan on the way ke Kuching pulak banyak yang rosak... So, macam malas nak ke Kuching. Lagipun... Hubby kata tak tau lagi nak balik ke tidak... Lagi-lagi apabila minyak Ron95 naik 20 sen semalam... Haha. Boleh pulak jadi alasan yer.

Cuti tak banyak sebenarnya. Tu yang malas nak balik rumah mak mertua. Kalau balik pun... Penat tak habis lagi, dah balik semula. Macam tak berbaloi. 

Sumber gambar diperolehi daripada google image
So, raya haji tahun ni... Beraya kat rumah aku jelah. Kat Sarawak, raya haji tak semeriah raya aidilfitri. Lepas solat dan buat qurban. dah back to normal balik. Tak macam di semenanjung. Dengar cerita lagi meriah dari sambutan hari raya aidilfitri. Betul ke? Apa-apa pun Selamat menyambut hari raya qurban semua. 


Assalamu'alaikum, hai... Selamat petang semua. On the way balik dari office tangan gatal nak check akaun Nuffnang . Haha... Insti...



Assalamu'alaikum, hai...
Selamat petang semua. On the way balik dari office tangan gatal nak check akaun Nuffnang. Haha... Instinct kuat sangat kot kata ada Cpuv baru. 



Yelah... Lately, banyak betul BE bertepek di blog para blogger right. Tu yang bertambah semangat nak update. Cuma... Bila waktu bekerja. Seriously, aku memang takde masa nak update blog. Lagi... Sekarang aku tengah pregnant... Lepas lunch, confirm nak kena rehat kejap before sambung balik kerja. Aku rasa... Right now, aku lebih banyak update masa weekend je. Tapi... Aku tetap bersyukur, even jarang update... Pihak Nuffnang still memberi BE kepada blog aku. Alhamdulillah... Kempen dari Proton PCC merupakan BE ke-60 blog ni. Tak sangka banyak jugak dah rezeki hasil dari berblog aku dapat. Alhamdulillah...

Tahniah! Buat diri sendiri. Bukan nak riak, tapi untuk memotivasikan diri agar terus memperbaiki penulisan blog. Semoga semangat itu berterusan hendaknya...


Assalamu'alaikum, hai... Selamat pagi... Alhamdulillah di atas segala nikmat yang Allah berikan. First Oktober ... Semalam aku ag...



Assalamu'alaikum, hai...
Selamat pagi... Alhamdulillah di atas segala nikmat yang Allah berikan. First Oktober... Semalam aku agak busy sikit sebab di office ada event. So, tak menyempat nak update.



As usual... Ada masa aku check akaun Nuffnang. Ternyata... Semalam ada dua lagi penambahan kempen yang on going di blog aku. Dan... Ini merupakan kempen ke-58 dan 59. Alhamdulillah... Tapi, aku still tak berkesempatan untuk tengok iklannya. If ada yang tengok dan ingin tahu mengenainya... Bolehlah klik pada iklan tersebut. Insya Allah segala info terdapat di situ.

Harap maaf yer... Entri ini bukan untuk menunjuk. Seperti pernah aku katakan sebelum ini... Ia sekadar catatan untuk aku mengetahui sejauh mana prestasi blog aku... Malah ia jugak memotivasikan aku untuk terus berkongsi cerita di sini.