Assalamu’alaikum, hai… Hari ni aku dilanda kemalasan untuk keluar lunch . Lagipun… Tadi ada officemate call ajak keluar breakf...

Malas Nak Keluar Lunch!

/
1 Comments


Assalamu’alaikum, hai…

Hari ni aku dilanda kemalasan untuk keluar lunch. Lagipun… Tadi ada officemate call ajak keluar breakfast, kiranya lewatlah around 11pagi. Tapi aku still kenyang… Sebab dah breakfast kat rumah before pergi kerja. Siap makan bihun goreng lagi.





Kawan tanyalah tak nak tapau ke. Apalagi… Pucuk dicita, ulam mendatang... Sebab banyak kerja nak dibuat. Aku pun suruhlah dia tapau nasi campur… Nasi berlaukkan ayam masak kicap plus sayur tauge dan seekor ikan gelama. Satu tapau... Harga tersangatlah murah... RM4.50. Dahla tu banyak betul nasi... Sampaikan aku tak larat nak habiskan. Kenyang sangat! Alhamdulillah... Rezeki harini... Kawan belanja. Dahla kawan aku ni... Baik sangat. Tiap kali kita pesan, mesti dia tak nak dibayar. Tu la malas nak suruh dia tapau... Haha. Takpe, lain masa aku belanja dia pulak...




ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment: