Assalamu'alaikum, hai... Second entry for today... Tengah mood rajin tak buat apa-apa kan. Nak jugak update pasal si Alia. Lagipu...

First Time Gunting Rambut

/
1 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Second entry for today... Tengah mood rajin tak buat apa-apa kan. Nak jugak update pasal si Alia. Lagipun, di Sarawak dilanda jerebu sekarang... Jadinya, terbantut pulak keinginan nak pergi jalan-jalan... Padahal, dalam perancangan nak pergi kampung Nyabor, Saratok... Nak merasa mee udang kat situ. Nak tak nak... Tangguhkan jelah dulu.

Berbalik pada point utama cerita aku. Actually... Duatiga minggu lepas... Aku dan hubby dok fikir-fikir, nak guntingkan rambut Alia ke tidak... Sebab, tengok dia nampak macam rimas. Yelah... Dahla panjang, kerinting... Lebat pulak tu. Sian pulak aku tengok. Lagipun... Selepas bercukur time lepas berpantang haritu... Rambut Alia lansung tak digunting. Tapi... Mak aku dok kata sayang. Yela... Ramai kata rambut Alia, kerintingnya cantik.

Namun... Itu semua tidak membantutkan niat aku untuk guntingkan rambut Alia. So, pagi tadi around jam 10 pagi... Rasmilah rambut Alia digunting buat pertama kalinya. Seperti aku dan adik-beradik yang lain... Kebiasaannya kami tak pergi kedai gunting rambut... Lebih suka mak yang guntingkan. Hehe...

So? Still cute tak? Hehe...


Masa emak guntingkan rambut Alia... Kemain susah lagi. Macam-macam dia buat. Last-last... Switch on tv... Bukak channel babytv. Barulah... Senang nak gunting. Depan tv pun... Depan tv lah. Janji nak diguntingkan rambut. Sabo jelah...





ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment: