Assalamu'alaikum, hai... Selamat berhujung minggu semua. Seawal jam 3 pagi, aku dah bangun dari tidur. Adakah aku punyai masalah ...

Tersalah beli, Siapakah yang patut dipersalahkan?

/
5 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Selamat berhujung minggu semua. Seawal jam 3 pagi, aku dah bangun dari tidur. Adakah aku punyai masalah tidur ketika hamil. Mungkin... Yelah, dah berapa hari dah macamni... Asyik terbangun je kerja.

Hurmmm... Disebabkan mata tak nak lelap dan android pun dah habis bateri, seperti biasa as a blogger aku pasti akan switch on laptop dan mencari idea untuk menaip. Bercakap pasal pregnant... Untuk kali ni, aku still pilih susu Anmum sebagai minuman utama dalam diet harian yang aku ambik. Seperti biasa... Orang paling alert pasal susu aku habis ialah hubby. Habis je, confirm ada stok baru hubby sediakan. Sesungguhnya dia seorang suami yang sangat penyabar dan penyayang. Kekadang aku merasai... Aku tidak layak untuk dia. Huhu... Tetiba beremosi pepagi buta.

Lupakan tentang itu... Sebenarnya aku nak share satu cerita. Last week, bila susu habis... Hubby belikan. Seperti biasa, kalau bukan supermarket besar... Kedai biasa akan jadi tempat pilihannya. Terutamanya... Untuk elakkan kesesakan. Bila dah di kedai biasa, malas nak carik... Dia akan mintak tauke tolong carikan. Itulah khilaf manusia... Lain yang nak dibeli, lain pulak yang dapat. Maybe... Tauke nampak kotak sama. Terus bantai ambik. Nak beli susu anmum perisa asli... Dapat pulak yang susu anmum perisa coklat. Ok... fine. Hubby pulak, tak check... sampai rumah, masa nak masukkan dalam bekas. Argh... Sudah! Tersalah beli. Pun satu kesilapan... Tak check sebelum membeli. Pada aku... Dua-dua bersalah. Namun... Aku tak nak salahkan sesiapa. Dah namanya manusia. Pasti akan melakukan kesilapan.


susu anmum, susu anmum perisa coklat sedap atau tidak, coklat, anmum coklat,
Sumber gambar diperolehi daripada google images
Nak tak nak... Aku kena minum jugak susu anmum perisa coklat yang hubby belikan. Nak buang... Sayang. Membazir pulaklah kan. Dah beberapa hari dah minum. Not bad lah. Namun... Aku still suka susu anmum perisa asli. Entahla... Pada aku, yang perisa coklat baunya tak menyelerakan. Dah tu... Bila dah sejuk. Nak termuntah pulak aku minum. That why... Bila nak minum susu anmum perisa coklat. Aku akan bancuh dengan air panas, baru boleh minum. Kalau tak... Mesti ada adegan muntah-muntah punya. 

Hurmmm... Nasib baik boleh minum. Kalau tak, alamat rezeki tong sampahlah jawabnya.




ARTIKEL LAIN DI SINI

5 comments:

  1. salam kenal..
    singgah sini dari edisi blog :)

    ReplyDelete
  2. sy pun mnum anmum coklat..ari 2 nk try yg biasa tp kbtulan xde pula.tpksala truskn jg mnum yg prisa cklat :)

    ReplyDelete
  3. sy pun mnum anmum coklat..ari 2 nk try yg biasa tp kbtulan xde pula.tpksala truskn jg mnum yg prisa cklat :)

    ReplyDelete
  4. sib baik fiza leh minum lagi...klu tak kena sedekah kat orang la jawabnya... :)

    ReplyDelete
  5. Ohh sy suka coklat.. insyaAllah dpt habiskan yg ni..pengajaran lain kali

    ReplyDelete