Assalamu'alaikum, hai... Settle semua tugas. Aku tidurkan Alia di dalam buai. Walaupun, boleh je tidur tanpa buai sebenarnya . Ta...

Kuat Menendang!

/
6 Comments


Assalamu'alaikum, hai...
Settle semua tugas. Aku tidurkan Alia di dalam buai. Walaupun, boleh je tidur tanpa buai sebenarnya. Tapi... Jika dalam buai, Alia lebih lama tidur. Paling lama pun 3 jam. Nak tidurkan dia memang sangat-sangat mudah. Maybe... Ambik sifat ayah dia kot. Tak sampai 5 minit, dah tidur. Alhamdulillah... Tak banyak ragam. Hehe...

Si kecik dalam perut pulak... Tersangatlah aktif. Lately, setiap masa mesti ada rasa dia menendang. Sampaikan perut aku berbonjol sana-sini dibuatnya. Nak tidur siang memang tak selesa tau... Nak-nak atas lantai. Memang aktif sangat dia menendang. Tak macam Alia dulu... Jarang menendang. Hehe... Alia dulu kuat tidur kot... Kan!

Masa baby dah start menendang nilah... Rasa seronok mengandung tu terasa kan. Betapa hebatnya anugerah yang Allah berikan kepada kita. Nanti dah bersalin... Mesti rindu akan situasi sebegini. Percayalah...

Start 9 Oktober 2014, nurse akan suruh aku kira bilangan tendangan bayi setiap hari. Masa tu... Kandungan dah mencecah usia 7 bulan. Teringat pulak aku masa Alia dalam kandungan... 7 bulan. Pernah sekali. Nampak siku dia tau di perut aku... Sampaikan aku terkejut. Then bagitau mak... Mak kata maybe kulit perut aku jenis nipis... That why, bila baby menendang... Nampak. 

Bila dah nak masuk trimester ketiga ni... Perasaan pun dah bercampur-baur dah. Happy... Takut, risau... Semuanya ada. Namun, aku doakan semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan untuk melahirkan anak buat kali kedua. Amin...

Doakan aku yer...

Pada yang sudi singgah dan baca cerita aku. Terima kasih aku ucapkan. Tanpa korang, pasti blog aku sunyi sepi...

Selamat berhujung minggu...



ARTIKEL LAIN DI SINI

6 comments:

  1. Assalammualaikum... fiza,

    moga mselim3 semua berjalan dengan lancar dan selamat k... pape berhati2 dan jaga kesihatan dan baby..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mselim3 : Terima kasih atas nasihat dan doanya yer. Keep in touch :)

      Delete
  2. bestnya dpt rs tndagn cmtu..xsbr rsnya nk tgu tiba detik 2 :)

    ReplyDelete
  3. Assalam Fiza...Selamat berhujung minggu...

    Semoga Fiza sihat selalu dan dipermudahkan semuanya...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah kalau baby aktif..InsyaAllah semua akan baik2 jak Fiza..moga dipermudahkan ya :)

    ReplyDelete
  5. Wahh aktif..anak lelaki kot nih..semoga diberi kesihatan dan kekuatan..

    ReplyDelete