Assalamu'alaikum, hai... 30 September 2014 , hari terakhir bulan September... Dan esok muncul pulak hari pertama bulan oktober. B...



Assalamu'alaikum, hai...
30 September 2014, hari terakhir bulan September... Dan esok muncul pulak hari pertama bulan oktober. Bermakna.... Lagi 4 hari seluruh umat Islam akan menyambut hari raya qurban. Alhamdulillah... 


Huhu... Mengantuknya mata. Pagi ni seawal 6:30 pagi aku dan hubby bertolak dari rumah ke tempat kerja. Sepanjang jalan kami ditemani hujan. Disebabkan mata mengantuk... Aku lansung takde mood dan no idea untuk berbual dengan hubby. Sampai ke office tak bercakap.

Aku kalau dah mengantuk, plus air-cond sejuk dan cuaca yang sejuk. Mahunya dilayan. Semalam tak boleh nak lelapkan mata. Entah! Banyak sangat berfikir kot.

Alahai... Cuaca mendung ma... 


Assalamu'alaikum, hai... Alhamdulillah... Dua credited, satu bertambah . Thanks Nuffnang . Petang tadi, semasa balik kerja... Tim...



Assalamu'alaikum, hai...
Alhamdulillah... Dua credited, satu bertambah. Thanks Nuffnang. Petang tadi, semasa balik kerja... Time tengah tunggu lampu traffik. Sempat jugak check akaun Nuffnang. Biasalah aku... Setiap Isnin pasti check akaun Nuffnang. Walaupun dah tahu... Earningnya tak sebanyak mana. Hehe...


Alhamdulillah... Ada lagi cpuv masuk... Dan kali ni kempen dari Sime Darby LPGA 2014. Menjadikan ia kempen kedua untuk bulan September. Tapi jangan salah faham... Entri ini bukan untuk menunjuk-nunjuk yer. Na'uzubillah... Takde terlintas sama sekali di fikiran aku untuk tujuan sebegitu. Sebaliknya... Sekadar untuk memotivasikan diri sendiri agar terus bersemangat untuk menulis di alam maya. 


Apa yang penting... Itu rezeki semalam. Esok lusa... Entah! Rezeki apa yang Allah nak bagi, kita pun tak tahu... Yang penting, seharusnya kita belajar untuk mensyukuri nikmat yang kita ada... 

Alhamdulillah...


Assalamu'alaikum, hai... Settle semua tugas. Aku tidurkan Alia di dalam buai. Walaupun, boleh je tidur tanpa buai sebenarnya . Ta...



Assalamu'alaikum, hai...
Settle semua tugas. Aku tidurkan Alia di dalam buai. Walaupun, boleh je tidur tanpa buai sebenarnya. Tapi... Jika dalam buai, Alia lebih lama tidur. Paling lama pun 3 jam. Nak tidurkan dia memang sangat-sangat mudah. Maybe... Ambik sifat ayah dia kot. Tak sampai 5 minit, dah tidur. Alhamdulillah... Tak banyak ragam. Hehe...

Si kecik dalam perut pulak... Tersangatlah aktif. Lately, setiap masa mesti ada rasa dia menendang. Sampaikan perut aku berbonjol sana-sini dibuatnya. Nak tidur siang memang tak selesa tau... Nak-nak atas lantai. Memang aktif sangat dia menendang. Tak macam Alia dulu... Jarang menendang. Hehe... Alia dulu kuat tidur kot... Kan!

Masa baby dah start menendang nilah... Rasa seronok mengandung tu terasa kan. Betapa hebatnya anugerah yang Allah berikan kepada kita. Nanti dah bersalin... Mesti rindu akan situasi sebegini. Percayalah...

Start 9 Oktober 2014, nurse akan suruh aku kira bilangan tendangan bayi setiap hari. Masa tu... Kandungan dah mencecah usia 7 bulan. Teringat pulak aku masa Alia dalam kandungan... 7 bulan. Pernah sekali. Nampak siku dia tau di perut aku... Sampaikan aku terkejut. Then bagitau mak... Mak kata maybe kulit perut aku jenis nipis... That why, bila baby menendang... Nampak. 

Bila dah nak masuk trimester ketiga ni... Perasaan pun dah bercampur-baur dah. Happy... Takut, risau... Semuanya ada. Namun, aku doakan semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan untuk melahirkan anak buat kali kedua. Amin...

Doakan aku yer...

Pada yang sudi singgah dan baca cerita aku. Terima kasih aku ucapkan. Tanpa korang, pasti blog aku sunyi sepi...

Selamat berhujung minggu...

Assalamu'alaikum, hai... Selamat berhujung minggu semua. Seawal jam 3 pagi, aku dah bangun dari tidur. Adakah aku punyai masalah ...



Assalamu'alaikum, hai...
Selamat berhujung minggu semua. Seawal jam 3 pagi, aku dah bangun dari tidur. Adakah aku punyai masalah tidur ketika hamil. Mungkin... Yelah, dah berapa hari dah macamni... Asyik terbangun je kerja.

Hurmmm... Disebabkan mata tak nak lelap dan android pun dah habis bateri, seperti biasa as a blogger aku pasti akan switch on laptop dan mencari idea untuk menaip. Bercakap pasal pregnant... Untuk kali ni, aku still pilih susu Anmum sebagai minuman utama dalam diet harian yang aku ambik. Seperti biasa... Orang paling alert pasal susu aku habis ialah hubby. Habis je, confirm ada stok baru hubby sediakan. Sesungguhnya dia seorang suami yang sangat penyabar dan penyayang. Kekadang aku merasai... Aku tidak layak untuk dia. Huhu... Tetiba beremosi pepagi buta.

Lupakan tentang itu... Sebenarnya aku nak share satu cerita. Last week, bila susu habis... Hubby belikan. Seperti biasa, kalau bukan supermarket besar... Kedai biasa akan jadi tempat pilihannya. Terutamanya... Untuk elakkan kesesakan. Bila dah di kedai biasa, malas nak carik... Dia akan mintak tauke tolong carikan. Itulah khilaf manusia... Lain yang nak dibeli, lain pulak yang dapat. Maybe... Tauke nampak kotak sama. Terus bantai ambik. Nak beli susu anmum perisa asli... Dapat pulak yang susu anmum perisa coklat. Ok... fine. Hubby pulak, tak check... sampai rumah, masa nak masukkan dalam bekas. Argh... Sudah! Tersalah beli. Pun satu kesilapan... Tak check sebelum membeli. Pada aku... Dua-dua bersalah. Namun... Aku tak nak salahkan sesiapa. Dah namanya manusia. Pasti akan melakukan kesilapan.


susu anmum, susu anmum perisa coklat sedap atau tidak, coklat, anmum coklat,
Sumber gambar diperolehi daripada google images
Nak tak nak... Aku kena minum jugak susu anmum perisa coklat yang hubby belikan. Nak buang... Sayang. Membazir pulaklah kan. Dah beberapa hari dah minum. Not bad lah. Namun... Aku still suka susu anmum perisa asli. Entahla... Pada aku, yang perisa coklat baunya tak menyelerakan. Dah tu... Bila dah sejuk. Nak termuntah pulak aku minum. That why... Bila nak minum susu anmum perisa coklat. Aku akan bancuh dengan air panas, baru boleh minum. Kalau tak... Mesti ada adegan muntah-muntah punya. 

Hurmmm... Nasib baik boleh minum. Kalau tak, alamat rezeki tong sampahlah jawabnya.


Assalamu'alaikum, hai... 25 September 2014, aku mohon pelepasan keluar office jam 3 petang dengan bos untuk buat pemeriksaan bulan...



Assalamu'alaikum, hai...
25 September 2014, aku mohon pelepasan keluar office jam 3 petang dengan bos untuk buat pemeriksaan bulanan kehamilan. Alhamdulillah... Diluluskan.

Sampai je klinik... Seperti biasa akan tunggu giliran. Result pemeriksaan kali ni tak berapa nak ok. Hb, ok... Urine test, gerakan baby dan tekanan darah pun... Ok. Cuma... Berat badan aku naik mendadak. Bayangkan... Checkup before ni, berat aku 52kg something... Tapi, kali ni berat aku 56.5kg. 4kg tu naik. Sampaikan nurse yang check aku tanya "first baby dulu, ada tak minum air gula?".

Mana ada masa mengandungkan Alia dulu. Alhamdulillah... Takde sebarang masalah. Berat badan pun naik ikut flow. Huhu... Risau aku haish... 8 Oktober ni kena refer dengan doktor sebab tula... Tapi, aku memang ada temujanji dengan doktor jugak pada masa tu... Untuk scan bagi melihat perkembangan bayi. Harap-harap semuanya ok.

Aku rasa maybe disebabkan aku kurang menjaga pemakanan aku kot... Tu yang berat badan naik mendadak. Dilayan sangat nafsu makan... Gitulah kesannya. Kalau kat office... Biskut  Munchy's cracker sandwich dan Munchy's peanut butter jugak jadi peneman. Sedangkan dah tahu yang biskut mengandungi gula tersembunyi. Bukan tu je... Time lunch mesti order air bergula... Memang jaranglah nak order air kosong. Dah tu... Asyik mengidam coklat dan aiskrim. Mana tak naik badan.

Hurmmm... Nampak gayanya. Mulai minggu ni, aku kena kurangkan makanan berkarbohidrat... Tapi, lebihkan mengambil air kosong, buah-buahan dan sayur-sayuran. Harap-harap... Berat badan aku stabil balik lepas ni. Amin...

Nak tahu cerita temujanji aku dengan doktor... Insya Allah... Nanti aku share ok. Thanks pada yang sudi baca luahan hati aku. Tanpa korang... Sunyilah blog ni :)...


Assalamu'alaikum, hai... Second entry for today... Tengah mood rajin tak buat apa-apa kan. Nak jugak update pasal si Alia. Lagipu...



Assalamu'alaikum, hai...
Second entry for today... Tengah mood rajin tak buat apa-apa kan. Nak jugak update pasal si Alia. Lagipun, di Sarawak dilanda jerebu sekarang... Jadinya, terbantut pulak keinginan nak pergi jalan-jalan... Padahal, dalam perancangan nak pergi kampung Nyabor, Saratok... Nak merasa mee udang kat situ. Nak tak nak... Tangguhkan jelah dulu.

Berbalik pada point utama cerita aku. Actually... Duatiga minggu lepas... Aku dan hubby dok fikir-fikir, nak guntingkan rambut Alia ke tidak... Sebab, tengok dia nampak macam rimas. Yelah... Dahla panjang, kerinting... Lebat pulak tu. Sian pulak aku tengok. Lagipun... Selepas bercukur time lepas berpantang haritu... Rambut Alia lansung tak digunting. Tapi... Mak aku dok kata sayang. Yela... Ramai kata rambut Alia, kerintingnya cantik.

Namun... Itu semua tidak membantutkan niat aku untuk guntingkan rambut Alia. So, pagi tadi around jam 10 pagi... Rasmilah rambut Alia digunting buat pertama kalinya. Seperti aku dan adik-beradik yang lain... Kebiasaannya kami tak pergi kedai gunting rambut... Lebih suka mak yang guntingkan. Hehe...

So? Still cute tak? Hehe...


Masa emak guntingkan rambut Alia... Kemain susah lagi. Macam-macam dia buat. Last-last... Switch on tv... Bukak channel babytv. Barulah... Senang nak gunting. Depan tv pun... Depan tv lah. Janji nak diguntingkan rambut. Sabo jelah...



Assalamu'alaikum, hai... Selamat berhujung minggu. Alhamdulillah... Berkesempatan jugak untuk update blog pagi ni. Alia still tid...



Assalamu'alaikum, hai...
Selamat berhujung minggu. Alhamdulillah... Berkesempatan jugak untuk update blog pagi ni. Alia still tidur... Tu yang membuatkan aku ada masa untuk jenguk blog pagi ni. Hehe...

Before ni... Ada rakan bagitau... Minum susu anmum akan membuatkan bayi besar dalam kandungan. Betul ke? Hurmmm... Entahla. Time mengandungkan Alia dulu... Biasa je. Berat Alia 2.79kg je pun. Aku minum susu anmum non stop masa tu. Hari-hari minum 2 gelas susu. Sekali belah pagi dan sekali before tidur. 


Pregnant kali ni pun aku pilih susu anmum jugak sebagai minuman utama masa mengandung... Aku beli yang perisa original... Yang tu jela anak tekak aku boleh terima. Masa trimester pertama haritu... Ada jugak nak try yang perisa mangga. Tapi takut anak tekak tak boleh terima... So, malaslah nak try.

Pada aku... Sebenarnya... Tak kisah pun jenama apa susu yang nak diminum... Janji kita dan bayi sihat. Dah syukur dah... Bab-bab baby besar tu. No komenlah. Cuma... Pesan mak aku yang ada pengalaman melahirkan anak 9 orang... Kalau tak nak bayi besar sangat dalam kandungan... Jagalah makan. Ambik makanan yang berkhasiat dan dalam kuantiti yang sederhana... Walaupun hakikatnya... Masa mengandung, nafsu makan kita kekadang melampau jugak. Haha... Betul tak?


Assalamu'alaikum, hai... Lately... Aku suka bawa bekal susu Anmum ke office. Sampai office, baru bancuh. Dah tu... Biskut m...



Assalamu'alaikum, hai...



Lately... Aku suka bawa bekal susu Anmum ke office. Sampai office, baru bancuh. Dah tu... Biskut munchy's mesti ada sekali. Jenama lexus perisa peanut butter pun sedap. Lagi sedap dari munchy's cracker sandwich. Hehe... Semenjak masuk trimester kedua ni... Nafsu makan aku bertambah. Alhamdulillah... Bolehlah cover balik berat badan yang turun masa trimester pertama.

Masa mengandungkan Alia dulu... Pada trimester pertama... Aku kena alahan teruk, sehingga berat badan pun turun... Tapi kali ni lagi ok rasanya... Takdelah alahan sangat. Still boleh turun ke office.

Part nak makan itu dan ini takdelah sangat. Boleh dapat lagi. Takdelah hubby pening nak mencari. 25hb ni aku akan ke klinik buat pemeriksaan rutin bulan. Harap-harap semuanya ok seperti checkup sebelumnya. Amin...

Assalamu'alaikum, hai... Lama dah tak buat peta. Dulu just lakar guna pensil je. Tapi... Sekarang zaman teknologi. So, pasti ada ...



Assalamu'alaikum, hai...
Lama dah tak buat peta. Dulu just lakar guna pensil je. Tapi... Sekarang zaman teknologi. So, pasti ada software untuk buat peta dengan mudah. Beberapa hari yang lepas aku try buat peta arah ke office untuk dimasukkan ke laman website. Beria... Ialah aku google software untuk buat peta... Padahal aku pernah guna time kat universiti dulu. Macammanalah boleh lupa. Huhu...


Apalagi... Dengan kadar segera aku memuat turun software microsoft visio. Sangat praktikal dan mudah untuk buat peta... Siapa nak kawin boleh guna untuk buat peta di kad kawin. Bukan tu je... Software ni pun boleh guna untuk buat carta organisasi, diagram dan sebagainya. Tak sampai dua hari boleh siap.


Assalamu'alaikum, hai... Selamat hari Malaysia semua. Hari ni aku dan family tak pergi mana-mana. Cuaca panas sangat. So, duduk r...



Assalamu'alaikum, hai...
Selamat hari Malaysia semua. Hari ni aku dan family tak pergi mana-mana. Cuaca panas sangat. So, duduk rumah jelah jawabnya. Bila duduk rumah... Mesti tak putus-putus makan... Tidur, makan... Tidur. Takde apa nak buat kan. Nak update blog pun... Belah petang barulah berkesempatan.Kalau Alia bangun... Takde maknanya aku nak hadap laptop or android. Pastinya, dia yang dulu nak guna. Padahal... Main hentam je tu guna. Haha...


Actually, aku nak share sedikit info pasal satu produk halal ni... Iaitu sejenis herba rendaman kaki yang sangat murah dan berkesan. Sekotak... Berharga RM5.80. Bukan aku jual ok. Hehe... Tapi... Boleh didapati di Watsons, Farmasi Vitacare, Giants, Mydin, Baby Shop dan Dear Baby yang berdekatan.

Hubby dah guna beberapa kali. Ternyata... Katanya... Badan terasa ringan, tidur pun selesa. Untuk pengetahuan kita semua, herba rendaman kaki tersebut mengandungi beberapa jenis tumbuhan, seperti:-
  • DAUN SEMBUNG iaitu untuk melegakan seram sejuk dan kesakitan.
  • DAUN DUKUNG ANAK untuk melancarkan aliran darah dan melawas pembuangan air.
  • DAUN PUDINA iaitu untuk membantu membuang angin dan sakit kepala, membantu pencernaan dan merawat masalah kulit.
Sesuai untuk golongan tua yang berumur 60 tahun ke atas, perempuan mengandung dan individu yang mempunyai masalah darah tinggi, asma dan masalah jantung.

Semalam... Hubby rendam kaki lagi... Tak sanggup tunggu, aku pun terus tidur. Bangun pagi, siap bagitahu aku... yang dia sangat selesa tidur setelah merendamkan kaki menggunakan herba rendaman kaki tersebut. Apalagi... Datang pulak idea aku nak share produknya. Hehe...


Assalamu’alaikum, hai… Alhamdulillah… Baru berkesempatan untuk update blog. Weekend starting hari Jumaat malam, kami sibuk melayan an...




Assalamu’alaikum, hai…
Alhamdulillah… Baru berkesempatan untuk update blog. Weekend starting hari Jumaat malam, kami sibuk melayan anak angkat emak datang dari semenanjung. Al-maklumlah… 6 tahun dah berlalu, tak sangka mereka masih ingat dengan kami. Actually, 6 tahun before ni kami lost contact… Hanya melalui Fb sahaja. Tu pun… Adik kedua bongsu aku yang selalu berhubung dengan dorang. Lagipun, mereka semua belajar di overseas. So, masing-masing dengan haluan masing-masing. Top… top, balik… Dorang pun dah bekerja rupanya. Baru berkesempatan berjumpa. Alhamdulillah...




Yang tak sangkanya… Mereka ada yang dah jadi jurutera dan pensyarah matrikulasi di Sarawak. Insya Allah… Lepas ni… Jika diberi kesempatan… Bolehlah selalu jumpa. Hehe…

Jika diimbas kembali… Bagaimana mereka boleh jadi anak angkat emak… 6 tahun yang lalu ada program anak angkat kenyalang di kampung kami. So, sebagai salah seorang ahli jawatankuasa kampung… Mak pun terlibat untuk mengambil anak angkat bagi program mereka yang berlansung selama seminggu. Semuanya dari semenanjung. Kebetulan, masa tu… Aku ada di  rumah. So, bolehlah bantu mak menguruskan makan minum dorang…

Disebabkan lama dah tak jumpa… Banyak benda kami borak. Lepas dinner, confirm! Semua berkumpul di ruang tv… Duduk ala-ala zaman dahulu beralaskan tikar ‘daun bemban’. Hehe… Seronok aih! Bak kata dorang… Tiada yang berubah… Cuma, kali ni, dorang datang… Aku dah kawin dan dah ada anak. Ayah pun dorang baru jumpa kali ni. Mereka pun masih seperti dulu... Still single! Cuma mereka nampak sedikit kurus dari dulu. Biasalah… Kalau dah bekerja, makan minum pun tak terurus right.

Hurmmm… Hari ni dorang dah balik. Rumah pun kembali sunyi, tiada hilai ketawa dorang. Bilalah boleh berjumpa lagi kan?


Assalamu'alaikum, hai... Alhamdulillah, selepas dapat Buffered Earning Mayfair Bodyline-September .   Satu lagi masuk... Nuffnang...



Assalamu'alaikum, hai...
Alhamdulillah, selepas dapat Buffered Earning Mayfair Bodyline-September.  Satu lagi masuk... Nuffnang bagi pada 13 September iaitu iklan RWG - Ice Age Adventure. Tapi tak tengok lagi pun iklan tersebut berlegar di blog ni.


Apa-apa pun, terima kasih kepada pihak nuffnang kerana berterusan memberi kempen kepada blog ni :)



Assalamu'alaikum, hai... Orang tua-tua memang banyak petua dan pantang larang. Kali ni aku nak share tentang makna pusat ibu hami...



Assalamu'alaikum, hai...
Orang tua-tua memang banyak petua dan pantang larang. Kali ni aku nak share tentang makna pusat ibu hamil yang tenggelam atau timbul. Sejauh mana kebenarannya... Wallahu'alam. Aku share pun... Sebab dah duatigaempat orang jugak jiran dan rakan bagitau aku pasal benda ni.

Sumber gambar daripada google image
Gini ceritanya. Jiran aku ni tanya... Pusat aku timbul ke tidak sekarang ni. Malulah nak citaq kat sini kan. Haha... Jadinya... Aku pun tanyalah kat dia... Kenapa? Tak elok ke?... Takdelah. Kalau ikut orang tua-tua... If pusat timbul time hamil... Tu tandanya kita mengandungkan bayi lelaki. Amin... Kalau benar bagai dikata... Tapi kita tak bolehlah nak percaya sangat. Itu semua ketentuan Allah... 


Assalamu'alaikum, hai... Alhamdulillah, lunch dapat rezeki belanja makan dari kawan . Petang pulak dapat iklan on going dari...



Assalamu'alaikum, hai...


Alhamdulillah, lunch dapat rezeki belanja makan dari kawan. Petang pulak dapat iklan on going dari pihak Nuffnang. Alhamdulillah... Ni CPUV yang ke-55 untuk blog suam-suam kuku aku ni. Takpe... Buat tabungan Alia. Hehe. Tapi... Setakat ni, aku tak berkesempatan nak tengok iklan Mayfair Bodyline-September berlegar-legar di blog aku. Tapi... Kalau ada yang ingin tahu maklumat lanjut mengenainya... Jemputlah usha iklan tersebut yer. 

Have a nice day!

#Mood syukur alhamdulillah :)


Assalamu’alaikum, hai… Hari ni aku dilanda kemalasan untuk keluar lunch . Lagipun… Tadi ada officemate call ajak keluar breakf...



Assalamu’alaikum, hai…

Hari ni aku dilanda kemalasan untuk keluar lunch. Lagipun… Tadi ada officemate call ajak keluar breakfast, kiranya lewatlah around 11pagi. Tapi aku still kenyang… Sebab dah breakfast kat rumah before pergi kerja. Siap makan bihun goreng lagi.





Kawan tanyalah tak nak tapau ke. Apalagi… Pucuk dicita, ulam mendatang... Sebab banyak kerja nak dibuat. Aku pun suruhlah dia tapau nasi campur… Nasi berlaukkan ayam masak kicap plus sayur tauge dan seekor ikan gelama. Satu tapau... Harga tersangatlah murah... RM4.50. Dahla tu banyak betul nasi... Sampaikan aku tak larat nak habiskan. Kenyang sangat! Alhamdulillah... Rezeki harini... Kawan belanja. Dahla kawan aku ni... Baik sangat. Tiap kali kita pesan, mesti dia tak nak dibayar. Tu la malas nak suruh dia tapau... Haha. Takpe, lain masa aku belanja dia pulak...


Assalamu'alaikum, hai... Hanya manusia yang suka membeza-bezakan antara satu sama lain.



Assalamu'alaikum, hai...




Hanya manusia yang suka membeza-bezakan antara satu sama lain.



Assalamu'alaikum, hai... Alhamdulillah di atas peluang dan ruang yang ada untuk aku terus bercerita dan berkongsi cerita di sini....



Assalamu'alaikum, hai...
Alhamdulillah di atas peluang dan ruang yang ada untuk aku terus bercerita dan berkongsi cerita di sini. Cerita ibu mengandung tak habis lagi. Kali ni pulak nak cerita pasal scanning. Ramai yang dah tanya... Dah scan ke belum. Termasuklah rakan sekerja aku. Apa yang mampu aku kata... Nanti tunggu 7 bulan ke atas. Insya Allah... Aku akan scan. Hehe...

Gambar dari google image
Dulu... Time Alia... Aku buat gitu. Doktor kat private hospital kata... Elok buat imbasan time kandungan dah cecah 7 bulan ke atas. Insya Allah... Dah boleh nampak dah jantinanya. Namun... Sejauh mana kebenaran result scanning hanya Allah saja yang maha mengetahui. Bukan nak kata apa... Kekadang, ada orang scan... Perempuan. Sekali keluar... Lelaki dan begitu jugak sebaliknya.

Masa pregnant Alia dulu... Aku siap ada instinct yang baby dalam kandunganku adalah baby girl. Tapi kali ni... Aku lansung takde instinct. Tapi takpelah. Girl or boy... Aku tetap redha... Yang penting baby lahir dengan selamat dan sihat. Itu lebih penting bagi aku kan. Hehe...


Assalamu'alaikum, hai... Sumber gambar adalah daripada google image Jom layan AF. Hehe... Pengetua kali ni Dato' Hattan...



Assalamu'alaikum, hai...

Sumber gambar adalah daripada google image
Jom layan AF. Hehe... Pengetua kali ni Dato' Hattan. Pengacara pulak still Zizan tapi... Kali ni ditemani Jihan. Wah! Semakin jadilah lawak dorang. Para peserta pulak muda-muda belaka. Siapakah juara AF8 2014, kenalah selalu tonton AF.

Kalau AF yang lepas... Jarang jugak aku melayan. Tengok siaran ulangan je pun. Banyak sangat kekangan. Biasalah... Beranak kecik. Ada sahaja tuntutan. Malam ni pun... Peserta pertama dah aku tak sempat tengok. Haha... Peserta kedua pulak... Separuh. Tengoklah entah sampai ke hujung ke tidak menontonnya. Jom layan...


Assalamu'alaikum, hai... Lagi kisah orang mengandung. Biasalah... Bila preggy, mesti bermacam-macam situasi akan kita hadapi... D...



Assalamu'alaikum, hai...
Lagi kisah orang mengandung. Biasalah... Bila preggy, mesti bermacam-macam situasi akan kita hadapi... Diabetis lah, sembelitlah... Pendek kata... Kena sabar untuk melaluinya. Itulah antara pengorbanan seorang ibu ketika mengandung.

Sumber gambar daripada google image

Seperti mommies lain, aku juga punyai masalah tidur ketika hamil. Ia datang bila aku terlalu kenyang. Perut berangin semacam je. Untuk mengatasinya... Aku mengamalkan tip yang mak bagi... Makan sikit, tapi kerap. Takdelah perut berangin... Dan ia sangat membantu.

Kebiasaannya, belah siang memang aku makan banyak. Tapi... Untuk dinner, aku makan sikit je. Kekadang lansung tak makan. Minum susu anmum dan oat je sebagai alas perut. Cuma... Tu la... Bangun pagi, confirm lapar macam singa. Haha...


Assalamu'alaikum, hai... Sembelit oh sembelit... Memang perit andainya berlarutan. Setiap kali pregnant... Aku mesti hadapi sembe...



Assalamu'alaikum, hai...
Sembelit oh sembelit... Memang perit andainya berlarutan. Setiap kali pregnant... Aku mesti hadapi sembelit. Tapi... Kali ni lagi kerap. Tak tahu kenapa? Padahal... Aku selalu minum air kosong. Kalau kat office... Sampai tujuhlapan kali keluar masuk tandas. But... Still sembelit. Memanglah... Semakin perut kita membesar, semakin banyak tekanan di bahagian bawah.

Tapi... Beberapa minggu ni aku try makan limau sanquick dan pisang. Alhamdulillah... Sembelit aku berkurangan. Harap-harap ia berterusan. Tak sanggup aku haish... Hadapi sembelit... Perit!


Assalamu'alaikum, hai... Lepas makan... Merengek pulak nak tidur. Bila aku nak buaikan dia... Tak nak pulak... Rupanya nenek juga...



Assalamu'alaikum, hai...
Lepas makan... Merengek pulak nak tidur. Bila aku nak buaikan dia... Tak nak pulak... Rupanya nenek jugak yang dia cari. Selalu tidak... Haha. Tetiba pulak yer. Takpelah... Layankan jelah karenah dia. Lagipun... Nenek dia tak suka kalau cucu-cucu dia nangis.



Tidur pun... Ikut mahu dia, kat mana. Buai pun boleh, bilik pun... Boleh. Pendek kata mana-mana tempat pun boleh... Yang penting dia boleh lelapkan mata. Memandangkan harini kami buat general cleaning. So, bubuh jelah Alia dalam buai... Sebab, kebiasaannya kalau dalam buai... Sampai 3 jam dia boleh tidur. Maknanya... Bolehlah aku selesaikan saki baki kerja aku aman tanpa 'pertolongan' Alia. Faham-faham jelah... Kalau budak besar Alia. Kekadang tak makan saman


Assalamu'alaikum, hai... Hoyehhh.... Jumaat yang ditunggu muncul jua. Bukan apa... Tak sabar tunggu weekend sebenarnya. Duduk rum...



Assalamu'alaikum, hai...
Hoyehhh.... Jumaat yang ditunggu muncul jua. Bukan apa... Tak sabar tunggu weekend sebenarnya. Duduk rumah bertemankan hubby melayan karenah puteri kesayangan kami... Siapa lagi... Kalau tak si Alia kan...

Masa weekend je berpeluang bersama. Masa kerja... Sampai umah dah jam 6 petang. Kalau Alia belum mandi... Bagi dia mandi dulu... Then selesaikan apa yang patut... Settle semua... Jam 10 gitu Alia dah nak tidur. Berapa jam je boleh main dengan dia. Selebihnya... Takde. Huhu... Kalau ikutkan hati... Nak je duduk rumah jaga anak. Tapi tu la... Ekonomi tak stabil lagi... Nak buat macam mana la kan. Sabar jelah. 


Nilah... Muka si jantung hati yang dirindui. Semakin pintar dan cergas. Mulut pulak dah macam murai... Semua benda dia nak tahu... Nak kena sabar layan karenah dia.


Assalamu'alaikum, hai... Semalam... Tengok tak episod 2, maaf jika aku tak sempurna ?. Aku sempat jugak tengok separuh... Yelah! ...



Assalamu'alaikum, hai...
Semalam... Tengok tak episod 2, maaf jika aku tak sempurna?. Aku sempat jugak tengok separuh... Yelah! Ada anak, ada suami... Nak lagi duduk dengan family. Kekadang terhad jugak masa untuk menonton tv... Banyak sangat tuntutan yang kena didahulukan. So, tak boleh nak kata apa dah... Redha jelah. Hehe...

Bila tengok watak Melina yang suka suruh kawan buat assignment, teringat pulak aku dengan someone... Time study dulu. Sanggup sogok kawan dengan duit asal assignment dia siap.

Tapi... Bagi akulah kan... Kalau gitu gaya kita study. Baik balik umah... Lansung takde kepuasan dalam dunia belajar. Lansung tak merasa kepayahan mencari bahan untuk buat assignment right. Tahu-tahu... Dapat segulung ijazah. Berbaloikah?

Begitulah... Adat di dunia. Kita hidup pasti menerima pelbagai ujian dari Allah. Ada yang kaya... Diuji dengan kekayaannya... Yang miskin pulak, diuji dengan rezeki anak yang ramai. Hakikatnya... Sejauh mana keimanan kita, semuanya bergantung kepada diri kita untuk menangani ujian yang kita hadapi.


Assalamu'alaikum, hai... Lately... Aku cepat beno rasa lapar. So, untuk mengelakkan rasa lapar, lebih-lebih lagi time mengandung...



Assalamu'alaikum, hai...
Lately... Aku cepat beno rasa lapar. So, untuk mengelakkan rasa lapar, lebih-lebih lagi time mengandung ni... Before menjelang waktu lunch atau dinner... Mesti ada biskut untuk aku buat alas perut. 


Now, aku ada kegilaan baru... Tu pun start dari kawan office perkenalkan... Time breakfast di office. Merasa biskut munchy's cracker sandwich. Sedap... Pekena pulak dengan milo panas kaw-kaw. Huhu... Memang superb...

Apa yang aku suka dengan biskut munchy's sekarang ni. Bukan je pembungkusannya yang menarik. Malah sesuai untuk mereka-mereka yang suka selitkan makanan dalam handbag... Bila-bila boleh bantai makan... Sebab ianya dibungkus di dalam paket yang kecik. 

Selalunya... Time balik kerja... Aku mesti rasa lapar yang amat... Sebab tu, hubby dah tahu... Confirm! Mesti ada bekalan dalam kereta. Hehe... Dia kan selalu jadi peneman setia ambik aku balik kerja. So, Dah tahu sangat dah perangai aku. Hehe... 


Assalamu'alaikum, hai... Di Sarawak, waktu Maghrib awal... So, berpeluang jugak nak menonton slot akasia jika nak. Semalam sempat...



Assalamu'alaikum, hai...
Di Sarawak, waktu Maghrib awal... So, berpeluang jugak nak menonton slot akasia jika nak. Semalam sempat jugak tengok episod 1 drama baru menggantikan rindu kamu 200%, maaf jika aku tak sempurna... Sambil layan karenah Alia.

Sumber gambar daripada google image
Menurut yang aku survey di google... Maaf jika aku tak sempurna pun adaptasi daripada sebuah novel berjudul 'Maaf Jika Aku Tak Sempurna' hasil tulisan novelis popular Acik Lana. Tak silap ada 32 episod... Mean, akan bersiaran selama lebih kurang 8 minggu wei... Yakni Isnin hingga Khamis only.

Sumber gambar daripada google image
Not bad lah jalan ceritanya even bagi aku pelakonnya aku tak minat sangat... For the first episode... Pada aku, Still suam-suam kuku... Biasalah... Plotnya wajib tayang pelakonnya dulu... Apa watak mereka?... Apa problem jalan ceritanya kan... Just pendapat aku saja na... 

Ada jugak aku terbaca dari sumber, sinopsis untuk jalan cerita maaf jika aku tak sempurna menceritakan tentang... Melina, anak gadis Datuk Zakri yang hanyut dalam keseronokan hidup sebagai anak muda ibukota. Pergaulan bebas dan sikap yang suka berlibur di kelab-kelab malam membuatkan Datuk Zakri dan Datin Maziah berasa risau. Pembelajaran dan kuliah-kuliah juga sering diabaikan gadis berusia 23 tahun itu.

Melina berubah menjadi anak gadis yang angkuh, sombong, lepas laku dan sering melawan apabila dinasihati. Atas sebab itu, Datuk Zakri terpaksa meminta pertolongan anak lelaki sahabat baiknya iaitu Luqman Haqeem untuk menjaga Melina. Luqman Haqeem adalah anak tunggal kepada Rashid dan Aliah yang tinggal di Cameron Highlands. Sekembalinya dari UK selepas menamatkan pembelajaran, Luqman bekerja sementara di kebun sayur milik keluarganya di tanah tinggi tersebut.

Atas rasa serba salah kerana jasa yang pernah diberikan oleh Datuk Zakri, Luqman akhirnya akur menerima tugas barunya sebagai penjaga Melina. Dia diarahkan menjadi pemandu dan juga pengawal peribadi bagi mengekang kebebasan terlampau yang selama ini dimiliki gadis itu. Pertelingkahan tercetus dan pergaduhan sering mewarnai pertemuan mereka berdua.

Bagi Melina, Luqman memang lelaki penyibuk yang diupah oleh ayahnya untuk mengongkongnya. Dia ke kelab malam, Luqman akan datang mengheretnya pulang. Dia berpeleseran dengan kawan-kawan, Luqman akan muncul menariknya pergi. Dia benar-benar bencikan Luqman!

Biarpun lelaki kacak itu menjadi rebutan gadis-gadis di kolejnya, semua itu belum mampu mengubah perasaan Melina. Baginya Luqman hanyalah seorang lelaki kampung yang tidak berpelajaran, berfikiran tertutup dan ketinggalan zaman. Biarlah setampan mana pun lelaki itu, Luqman tetap menjadi manusia paling dibencinya. Lebih-lebih lagi dengan sikap Luqman yang sering lantang mempersoalkan gaya hidupnya yang bebas. Dia sering cuba membebaskan diri dari kawalan Luqman namun seringkali gagal kerana lelaki itu lebih pantas menghidu niatnya.

Semuanya berubah apabila bapa Melina meninggal dunia dalam kemalangan. Dan kerana terpaksa, Melina dikahwinkan dengan Luqman. Apakah kesinambungan kisah mereka apabila Luqman dipaksa berkahwin dengan Melina?

Tu dia... Sinopsis maaf jika aku tak sempurna lakonan Fahrin Ahmad sebagai Luqman dan Sara Ali sebagai Melina. Hurmmm... Ikut sinopsis macam best kan... Harap-harap para pelakonnya mampu menghidupkan watak yang digambarkan... Insya Allah, ada kesempatan nak jugak tonton episod 2 Maaf jika aku tak sempurna ni. Hehe...



Assalamu'alaikum, hai... Alia... Bila dah reti bercakap. Jenuh nak menjawab. Tak henti-henti bila bercakap . Bab pegi kedai... Ta...



Assalamu'alaikum, hai...
Alia... Bila dah reti bercakap. Jenuh nak menjawab. Tak henti-henti bila bercakap. Bab pegi kedai... Tak usah cerita. Kalau tak bubuh dalam troli... Habis... Kita diusungnya kekirikekanan... Untuk pegang dan tengok barang.

Tapi satu... Bagusnya dia... Walaupun dia ajak kita tengok mainan. Dia lansung tak buat muka seposen... Lansung tak ambik suruh pegi beli. Cuma... Kena layan pertanyaan dialah... Tanya itu dan ini. Bila di bahagian sejukbeku pulak... Siap! Dah tahu dia dah... Membebel tak sudah sebut aiskrim... Ayahnya yang berjiwa lembut confirm akan tunaikan. Aiskrim wajib beli! Dapat aiskrim... Diamlah dia... Haha. 




Alia memang tak boleh tengok aiskrim. Mesti nak... Sabo jelah.


Assalamu'alaikum, hai... Jam menunjukkan 12:12 pagi... Mean, usia kandunganku dah masuk 4 bulan 3 minggu ... Lagi seminggu nak me...



Assalamu'alaikum, hai...
Jam menunjukkan 12:12 pagi... Mean, usia kandunganku dah masuk 4 bulan 3 minggu... Lagi seminggu nak menjangkau 5 bulan. Oh! Cepatnya masa berlalu kan? Tetiba mataku tak boleh nak lelap. Huhu...

Alhamdulillah... Aku dah start merasa pergerakan baby sekarang. Sangat-sangat aktif... Asyik buat gelombang je di perut. Kekadang... Aku suruh Alia letak tangan di perutku. Bila Alia rasa perutku gerak-gerak... Cepat-cepat dia tarik tangan sambil gelak... Lepas tu berlari kat hubby... Kata "adik bergerak yah"... Hehe.

Aku saja buat gitu kat Alia... Supaya nanti... Bila adik dia keluar... Takdelah dia nak cemburu ke apa. Harap-harap gitulah... Dan tak terkejut dengan kehadiran adiknya kan.

Ya Allah... Permudahkanlah proses bersalin hambaMU ini Ya Allah... Amin...


Assalamu'alaikum, hai... Mood cuti merdeka masih terasa. Walaupun bercuti... Kami bertiga tiada perancangan untuk ke mana-mana. H...



Assalamu'alaikum, hai...
Mood cuti merdeka masih terasa. Walaupun bercuti... Kami bertiga tiada perancangan untuk ke mana-mana. Hanya terfikir untuk duduk berehat di rumah saja sambil melayan karenah Alia... No kerja office on this time ok. 


Sempat jugak curi ambik gambar Alia yang sekarang ni dah tahu kegunaan aplikasi kamera di handphone aku. Semua benda dia nak photoshot...


Siap photoshot kaki sendiri lagi. Haha...


Gambar nenek pulak... Separuh badan. Sabo jelah... Orang baru belajar nak ambik gambar kononnya. Haha...