Assalamu’alaikum, hai… Pernah minum air anugerah tak? Aku pun tak pernah sebenarnya. Ahad lepas masa on the way balik kampung…...

Harga Air Anugerah Di Sarawak?

/
1 Comments


Assalamu’alaikum, hai…
Pernah minum air anugerah tak? Aku pun tak pernah sebenarnya. Ahad lepas masa on the way balik kampung… Singgah di Everise, Kota Samarahan. Tertengok air anugerah di kedai bersebelahan dengan Everise. Apalagi hubby… Terus nak try. Rembat 2 botol. Satu botol air anugerah berharga RM5.00.


Semalam aku mencarilah info mengenai air anugerah. Nak tahu kebaikan air anugerah sebenarnya… Sebab hubby kata… Airnya rasa seperti air mineral. Biasa je. Apa yang hebatnya air anugerahlah kan? Aku pulak tak sempat nak merasa… Dek kerana kehausan… Hubby lupa nak bagi aku try. Takpelah…

Daripada info yang aku dapat… Air anugerah dikatakan air beralkali yang menggabungkan kehebatan sains dan perubatan Islam untuk membantu menghilangkan kesakitan rohani dan jasmani si peminum. Malah… Ia dikatakan mampu meneutralkan kandungan asid berlebihan di dalam badan, menyahkan toksin dari dalam badan, menghidrat supaya tubuh badan tidak akan mengalami masalah kekurangan air, menguatkan system pertahanan badan dari serangan penyakit dan menjadi ejen antioksidan yang terbaik. [ Sumber info : Di Sini ]

Hurmmm… Banyakkan kelebihan air anugerah. Tapi… Kena ingat. Sebelum minum, baca bismillah dan selawat 3 kali. Kemudian niat di dalam hati. Hehe… Jangan jadi seperti my husband. Baca bismillah terus minum. Ingatkan macam air mineral biasalah kan. Lagi satu… Menurut info yang aku baca di internet… kita kena pastikan air anugerah tidak dilangkah…

Kalau di internet… Air anugerah dijual dengan harga RM4.50 tau. Tapi… Tadi masa makan kat gerai makan berdekatan Politeknik METrO Betong, harga air anugerah… Mak aii… Sampai RM6.00 pekedai tu jual. Huhu… 




ARTIKEL LAIN DI SINI

1 comment: