23 August 2014

Checkup Kehamilan Minggu Ke-21



Assalamu'alaikum, hai...
Hari Khamis aku mintak pelepasan balik pukul 3 petang untuk buat monthly checkup ibu mengandung. Baru harini aku berkesempatan untuk update. Bukan sebab busy atau apa... Tapi tak ada idea nak update. Begitulah jadinya.

Alhamdulillah... Semuanya dalam keadaan baik. Berat naik... Cantik! Hb pun 13. Mula-mula risau jugak aku hb turun... Sebab before ni 11.2, then pregnant kali ni kuat pulak minum teh. Tak sangka pulak naik... Maybe mungkin ada benarnya apa mak aku cakap. Makan ikan bilis goreng boleh naikkan hb.

Settle checkup... Aku ajak hubby singgah gerai pisang goreng. Ternampak pulak cucur cempedak. Huhu... Apalagi borong RM5... Balik rumah, terus berkumpul di dapur minum petang. Sedap giler makan panas-panas. Nikmat! Hehe...

Tapi... Lepas ni. Aku kena gak control makan. Check 2 hari lepas, berat 52.200kg... Before ni 50kg. Nurse kata kalau naik mendadak, nanti kena minum air gula. Huhu... Kalau boleh aku cuba untuk elakkan. Manis sangat wooo...


4 comments:

  1. sama la kita..kdg mmg kalau takde idea tu,nak taip satu perkataan pun sikit punya lama,hihi.Taip...padam...taip...padam..ekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. YaYaNsMuM : Kan... Taip padam taip padam... Then tak jadi nak taip. Haha...

      Delete
  2. asslmkm kak.. alhamdulillah la semuanya ok.. :)
    nk tgk gmbr terkini.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sya Mimie : Wa'alaikumussalam Mimie. Hehe... Insya Allah nanti akak upload kalau ada ber'selfie lah ek :)

      Delete