Assalamu'alaikum, hai... Selamat berhujung minggu dan selamat menyambut hari merdeka yang ke-57 yer. Ambang merdeka malam ni... ...



Assalamu'alaikum, hai...
Selamat berhujung minggu dan selamat menyambut hari merdeka yang ke-57 yer. Ambang merdeka malam ni... Mesti ramai yang join kan. Aku pulak duduk rumah je dengan family. Hubby ke bandar Bintulu dengan adik. Esok baru balik. Ambik barang tak habis lagi. Biasalah... Kalau dah pindah, mesti banyak barang nak kena bawak. Nak bawak sekali... Mana cukup Alza sebuah. Haha... Nak tak nak... Kena angkut 2 kalilah jawabnya.

Bila dah duduk rumah... Tak tahu nak buat apa... Kebiasaan, bila bergelar mak buyong, aku pasti kuat makan dan minum. Lately... Aku suka sangat minum teh... Terutamanya uncang teko teh cap lipton. Lagi... Teh jenama lipton kegemaran family aku. Wajib ada setiap kali membeli barang dapur.


Walaupun tahu... Teh boleh menyebabkan kadar hb menurun. Tapi still nak minum. Sekarang lagilah... Bila tahu masa checkup haritu... hb cantik. Apalagi... Semakin ligat minum teh. Susu pulak memang jarang nak minum. Entahla! Pada aku... Teh sangat sedap terutamanya bila time petang minum dengan cucur pusuk. Fuh!... Cakap pun tak guna kan...

Then, bukan tu je... Siap buat ais lagi semata-mata nak buat teh o' ais. Masa mengandung Alia dulu. Memang aku tak berminat nak minum teh. Tapi kali ni... Tak boleh kalau tak minum. Mesti minum. Kekadang ada jugak kena tegur dengan mak. Tak elok sebenarnya minum teh time mengandung... Takut hb menurun. Tapi tulah... Nak buat macam mana, kalau hati kata teringin.Hehe...

Teh o teh...

Assalamu'alaikum, hai... Alhamdulillah... 3 BE sekali melekat . Tapi iklan yang sama... Jacob's simple pleasure . Baru...



Assalamu'alaikum, hai...


Alhamdulillah... 3 BE sekali melekat. Tapi iklan yang sama... Jacob's simple pleasure. Baru je lagi... So, tak berkesempatan pun melihat iklannya di blog. Apa-apa pun terima kasih kepada pihak Nuffnang kerana berterusan memberi CPUV. Alhamdulillah... Ini iklan yang ke-52, 53 dan 54. Rezeki baby lagi. Hehe...


Assalamu'alaikum, hai... Dah seminggu tak check akaun Nuffnang . Tetiba semalam teringin nak check. Hehe... Sejak akhir-akhir ni ...



Assalamu'alaikum, hai...
Dah seminggu tak check akaun Nuffnang. Tetiba semalam teringin nak check. Hehe... Sejak akhir-akhir ni aku malas nak check. Takut tangan gatal nak cashout. Ingat nak tunggu amount tertentu seperti yang dihajati baru nak cashout. 

Yelah! First cashout haritu... Gatai sangat terus buat. Tu yang tak nak tu. Target kali ni... Nak cashout before due bulan 11 nanti. Insya Allah...


Alhamdulillah... Jumaat dapat 1 lagi Buffered Earning dari Nuffnang. Terima kasih pihak nuffnang dan jugak geng blogger yang sudi jengok sini. Pada yang nampak iklan di bawah...

Iklan dari HP PC DEMAND GEN DIGITAL
Nak tahu infonya bolehlah klik if tertengok tertayang di kiribawahatas blog ni. Hehe...


Assalamu'alaikum, hai... Hari Khamis aku mintak pelepasan balik pukul 3 petang untuk buat monthly checkup ibu mengandung . Baru h...



Assalamu'alaikum, hai...
Hari Khamis aku mintak pelepasan balik pukul 3 petang untuk buat monthly checkup ibu mengandung. Baru harini aku berkesempatan untuk update. Bukan sebab busy atau apa... Tapi tak ada idea nak update. Begitulah jadinya.

Alhamdulillah... Semuanya dalam keadaan baik. Berat naik... Cantik! Hb pun 13. Mula-mula risau jugak aku hb turun... Sebab before ni 11.2, then pregnant kali ni kuat pulak minum teh. Tak sangka pulak naik... Maybe mungkin ada benarnya apa mak aku cakap. Makan ikan bilis goreng boleh naikkan hb.

Settle checkup... Aku ajak hubby singgah gerai pisang goreng. Ternampak pulak cucur cempedak. Huhu... Apalagi borong RM5... Balik rumah, terus berkumpul di dapur minum petang. Sedap giler makan panas-panas. Nikmat! Hehe...

Tapi... Lepas ni. Aku kena gak control makan. Check 2 hari lepas, berat 52.200kg... Before ni 50kg. Nurse kata kalau naik mendadak, nanti kena minum air gula. Huhu... Kalau boleh aku cuba untuk elakkan. Manis sangat wooo...


Assalamu'alaikum, hai... Semalam Alia checkup umur 2 tahun 6 bulan . Alhamdulillah... Berat naik dengan cantik, 13.8kg dengan ket...



Assalamu'alaikum, hai...
Semalam Alia checkup umur 2 tahun 6 bulan. Alhamdulillah... Berat naik dengan cantik, 13.8kg dengan ketinggian 93cm. Mula-mula risau jugak aku... Yelah, Alia cuma kuat menyusu... Part makan... Ikut mood. Kalau nak... Baru makan.


Biasalah... Budak perempuan. Mak aku kata berdasarkan pengalaman... Memang cerewet bab makan. Itu Alia... Budak perempuan lain tak taulah kan. Hehe...

Then... Alia jugak dibekalkan ubat cacing. Alhamdulillah... Selesai dinner semalam aku terus bagi. Biasa... Budak. Kalau sesuatu tu manis. Confirm! Suka. Lusa, 21 Ogos... Aku pulak yang akan ke klinik untuk checkup kandungan untuk minggu yang ke-20. Huhu... Semoga semuanya ok seperti sebelumnya. Amin...


Assalamu'alaikum, hai... Dah jadi rutin... Turun kerja, dengar radio dalam kereta. Kebiasaannya Cats FM menjadi habuan halwa tel...



Assalamu'alaikum, hai...
Dah jadi rutin... Turun kerja, dengar radio dalam kereta. Kebiasaannya Cats FM menjadi habuan halwa telinga aku dan hubby. Suka dengar dj radio cats yang ceria selalu seawal pagi sebenarnya... 
Sumber gambar daripada google images
Pagi tadi punya isu... Aku tertarik dengan kisah sorang remaja yang dorang share... Beli iphone secara online dengan harga yang murah. Kan harga biasa iphone RM2000++... Maybe disebabkan tawaran agak murah sampai RM1000 je... Budak tersebut tak teragak-agak buat transaction... Lepas 2 hari, dapatlah bungkusan sepertimana yang telah dijanjikan. Sekali bukak... Bukan iphone yang dia dapat, tapi sekotak racun nyamuk. Apa kes?... Kena tipulah gamaknya.

Hurmmm... Sian betul. Sebenarnya berniaga secara online memang terbaik. Tapi... Disebabkan nila setitik, rosak susu belanga. Tak semua peniaga online jujur kan... As a customers... Kita kena hati-hatilah jawabnya. Dan... Sebagai peniaga online... Janganlah menipu. Berniagalah secara jujur... Tak guna menipu, rezeki tak berkat... Tak lama mana pun belanja. Bukan tu je, orang yang kena tipu jugak pasti mendoakan benda tak elok tau... Nau'zubillah...


Assalamu'alaikum, hai... Weekend... Maybe masih ada yang buat open house ... Dan tak kurang jugak... Ada yang datang menjamu. Nam...



Assalamu'alaikum, hai...
Weekend... Maybe masih ada yang buat open house... Dan tak kurang jugak... Ada yang datang menjamu. Namun, for this weekend... Aku dan hubby duduk rumah je. Lebih-lebih lagi... Cuaca asyik mendung dan hujan. So, duduk rumah layan karenah si kecik jelah jawabnya.


Then... Iron baju kerja untuk satu minggu. Senang!. Cuma tulah... Penat jugak iron baju untuk 2 orang. Ambik beberapa jam nak kena iron.

Pada aku... Lagi senang gitu... Takdelah nak berebut iron baju awal pagi kan. Dulu malas jugak nak iron untuk seminggu. Bangun pagi baru nak iron. Bila dah selalu kalut... Baru nak sedar diri. Hehe...

Biasalah manusia... Tahap kerajinannya bermusim. Ye tak?


Assalamu'alaikum, hai... Seminggu dah tak update blog... Tetiba, Jumaat aku dapat 1 sampul surat dari semenanjung. Haipp!! Bentak...



Assalamu'alaikum, hai...
Seminggu dah tak update blog... Tetiba, Jumaat aku dapat 1 sampul surat dari semenanjung. Haipp!! Bentak hatiku... Daripada siapakah surat itu. Hehe... Dah lupa sebenarnya tentang segmen yang pernah diikuti. Rupanya kad raya daripada blogger Pink Ummi. Terima kasih yer...


Weekend kali ni aku duduk rumah je... Sebab penat bantu emak sediakan juadah untuk dorang KEMAS buat open house. So kenyang perut... Tidurlah jawabnya. Cuma teringat pasal kad raya... Tu yang cepat-cepat update before terlupa. 

Sedihnya... Nilah satu-satunya kad raya aku dapat untuk tahun ni... Yang lain semua kad elektronik. Zaman modenlah katakan... Semua nak cepat dan mudah right...

Hurmmm... Rasanya tu je kot aku nak bebel. Nanti ada cerita aku update lagi... Insya Allah...

Selamat hari raya ^____~.



Assalamu'alaikum, hai... Before ni aku pernah review satu produk anti nyamuk yang berupa BuzzAway Patch ... Berupa sticker peleka...



Assalamu'alaikum, hai...
Before ni aku pernah review satu produk anti nyamuk yang berupa BuzzAway Patch... Berupa sticker pelekat di baju atau seluar. Memang berkesan. Serius! 



Tapi... Disebabkan di Betong susah nak dapat. Aku try tukar... Beli yang jenis lotion pulak... Iaitu off lotion. Actually dah 3 bulan lebih guna. Alhamdulillah... Pun bagus dan berkesan. Tapi... Untuk baby yang jenis suka hisap jari or jilat lengan (ada ke?)... Kena hati-hatilah... Sebab ia kan beracun. Aku sapu kat badan Alia petang... Lepas mandi. Biasalah... Kat kampung... Menjelang waktu maghrib... Mesti nyamuk pun berkampung kat rumah. Tak cukup losyen... Siap pakai yang elektrik lagi... Haha. Nampak sungguh anti dengan nyamuk kan. Yang elektrik... Dari aku kenal benda sampai jadi mak budak... Shieldtox tetap menjadi pilihan utama umah kami. Entah! Tak pernah tukar... Dah terbiasa guna yang tu kot. So, bila shopping barang rumah... Malas nak fikir, terus ambik jenama tu. Hehe...



Tengok kaki Alia... Kesan gigitan nyamuklah tu... Sian dia. Nasib baik sekarang dah nampak pudar.

Cakap pasal kena gigit nyamuk ni... Kulit Alia jenis kulit budak sensitif. Gigit nyamuk sikit... Confirm! Nampak tak cantik selang beberapa hari. Ada orang kata... Masa pregnant... Jangan banyak sangat minum air soya. Nanti bila baby keluar mesti kulit sensitif. Huhu... Benar atau tidak... Wallahu'alam. Tu orang katalah...

Assalamu'alaikum, hai... Penat! Baru lepas iron baju kerja... Kebetulan Alia tidur lama. Jadi... Aku ambik kesempatan yang ada un...



Assalamu'alaikum, hai...
Penat! Baru lepas iron baju kerja... Kebetulan Alia tidur lama. Jadi... Aku ambik kesempatan yang ada untuk iron baju aku dan hubby... Alhamdulillah, setelah ditolaktambah... 2 jam lebih baru selesai. Maybe ada yang kata aku lambat iron baju... Tak kisah ler... Janji puas hati.



Lepas iron baju... Aku lepak di dapur sambil makan kudapan hari raya yang masih berbaki. Actually... Kat kampung aku... Raya meriah hanya pada hari raya pertama dan kedua je... Lepas tu. Dah macam hari biasa. That why... Jangan hairanlah... Kalau kek atau biskut masih banyak... Lagi-lagi family aku yang bersaiz besar. Haha... Kalau dah setiap sorang membeli... Jadinya penuhla dapur... Sampai ada yang belum habis dimasak sampai sekarang... Beras nasi himpit... Pun masih berbungkus-bungkus kat dapur... Lepas semua dah balik... Tinggal beberapa orang lagi kat umah... Mana larat nak habiskan. 

Jam 4 gitu... Dengar Azan Asar... Alia bangun terus mintak belikan aiskrim. Apalagi hubby... Cuaca panas... Mahunya mencari penyejuk anak tekak. Ye tak... 




Dapat aiskrim... Layan babytv... Senyaplah dia... Then, jam 6 petang wajib mandi... Alia dah tahu dah masanya. Mulut pun dah semakin becok dah sekarang... Bersabar jelah layan soalan yang dia lontarkan. Huhu...


Assalamu'alaikum, hai... Dah raya ke berapa entah... Tapi mood raya still kelaut. Masa terluang pun... Aku guna sebaik mungkin un...



Assalamu'alaikum, hai...
Dah raya ke berapa entah... Tapi mood raya still kelaut. Masa terluang pun... Aku guna sebaik mungkin untuk melayan si Alia.

Petang tadi... Balik kerja aku gorengkan keropok ikan kegemaran hubby dan Alia. Bila dah muak dan pantang tengok kucing... Mulalah dia bagi kucing makan... Tak kiralah... Tengah makan biskut ke, coklat ke... Semua dia nak bagi kat kucing...


Kucing umah aku pulak tak memilih... Main hentam je. Bila tengok Alia makan... Mulalah kucing datang mendekati Alia... Macam tau-tau je Alia akan bagi makanan... Sabo jelah...


Assalamu'alaikum, hai... Selamat malam... Mesti ada yang pergi open house kan. Aku pulak tak pergi mana-mana malam ni. Layan si ...



Assalamu'alaikum, hai...
Selamat malam... Mesti ada yang pergi open house kan. Aku pulak tak pergi mana-mana malam ni. Layan si budak Alia je kerja. Sian pulak dia... Siang kena tinggal 12 jam. Tak kan malam pun aku nak sia-siakan masa untuk bersama dia dan hubby kan...


Alia tengah nyusu sambil layan upin upin. Aku dengan hubby pulak tengah tengok filem balada pencinta, tv3. Tak silap... Filem ni pernah di tayangkan di pawagam tahun lepas right. Tapi... Aku tak tengok pun...

Not bad'lah jalan ceritanya... Kisah cinta antara Aisyah (Siti Saleha) dan Amir (Johan Asari) yang mendapat tentangan disebabkan darjat yang berbeza. Jom... Tengok sampai habis.

Cuma tulah... Jalan ceritanya agak mendatar...


Assalamu’alaikum, hai… Pernah minum air anugerah tak? Aku pun tak pernah sebenarnya. Ahad lepas masa on the way balik kampung…...



Assalamu’alaikum, hai…
Pernah minum air anugerah tak? Aku pun tak pernah sebenarnya. Ahad lepas masa on the way balik kampung… Singgah di Everise, Kota Samarahan. Tertengok air anugerah di kedai bersebelahan dengan Everise. Apalagi hubby… Terus nak try. Rembat 2 botol. Satu botol air anugerah berharga RM5.00.


Semalam aku mencarilah info mengenai air anugerah. Nak tahu kebaikan air anugerah sebenarnya… Sebab hubby kata… Airnya rasa seperti air mineral. Biasa je. Apa yang hebatnya air anugerahlah kan? Aku pulak tak sempat nak merasa… Dek kerana kehausan… Hubby lupa nak bagi aku try. Takpelah…

Daripada info yang aku dapat… Air anugerah dikatakan air beralkali yang menggabungkan kehebatan sains dan perubatan Islam untuk membantu menghilangkan kesakitan rohani dan jasmani si peminum. Malah… Ia dikatakan mampu meneutralkan kandungan asid berlebihan di dalam badan, menyahkan toksin dari dalam badan, menghidrat supaya tubuh badan tidak akan mengalami masalah kekurangan air, menguatkan system pertahanan badan dari serangan penyakit dan menjadi ejen antioksidan yang terbaik. [ Sumber info : Di Sini ]

Hurmmm… Banyakkan kelebihan air anugerah. Tapi… Kena ingat. Sebelum minum, baca bismillah dan selawat 3 kali. Kemudian niat di dalam hati. Hehe… Jangan jadi seperti my husband. Baca bismillah terus minum. Ingatkan macam air mineral biasalah kan. Lagi satu… Menurut info yang aku baca di internet… kita kena pastikan air anugerah tidak dilangkah…

Kalau di internet… Air anugerah dijual dengan harga RM4.50 tau. Tapi… Tadi masa makan kat gerai makan berdekatan Politeknik METrO Betong, harga air anugerah… Mak aii… Sampai RM6.00 pekedai tu jual. Huhu… 


Assalamu'alaikum, hai... Semalam aku dah start masuk kerja. Semua orang still ber'mood raya. Tapi... Aku pulak kelaut. Entah!...



Assalamu'alaikum, hai...
Semalam aku dah start masuk kerja. Semua orang still ber'mood raya. Tapi... Aku pulak kelaut. Entah! Tahun ni... Baju raya pun tak beli. Beli pun... Untuk Alia jer.

Lupakan pasal tu... But nak sambung sikit cerita raya di office. Semalam kami dapat jemputan open house dari staff di office. Apalagi... Pucuk dicita, ulam mendatang... Semua pergi termasuklah pengarah.

Alhamdulillah... Kami dijamu dengan pelbagai hidangan sampai takde masa nak snap gambar makanan. Cuma... Sempat jugak posing bersama 2 orang mommies... Hehe. Nampak muda tak? Lantak ler kalau nampak serabai. Haha...


Begitulah... Ragam di office untuk hari pertama kerja lepas raya. Hari ni... Tak tau lagi... Nak pergi mana time lunch. Tak pun lepak dalam pantri. Haha...