Assalamu'alaikum, hai...
Alhamdulillah... Dah masuk 4 bulan usia kandungan ni, kesihatan aku semakin baik. Cumanya... Pada kehamilan kali ke dua ni, aku suka sangat meludah. Lidah terasa pahit. Kalau tak buang air liur... Mesti nak termuntah. Itulah kelainan yang paling ketara pada kehamilan kali ni... Jika nak dibandingkan dengan kehamilan yang pertama. Walaupun dah sampai ke minggu ke-16 kehamilan... Tapi tabiat itu still tak hilang. Kalau kat office... Naik bosan aku dek kerana terpaksa ulang-alik ke tandas.

Sumber gambar daripada Babycenter

Pada Minggu ke-16 kehamilan, berdasarkan apa yang aku baca... Baby sekarang lebih kurang sebesar sebiji avokado (panjang dari mercu kepala ke punggung sekitar 11.6sm dan berat sekitar 100g. Dalam tiga minggu ke hadapan ini dia akan membesar dengan sangat cepat, menambahkan beratnya dua kali ganda dan panjangnya beberapa inci.

Di dalam atau di luar rahim, bayi merupakan makhluk yang suka bermain. Bayi anda mungkin telah menjumpai mainan pertamanya iaitu tali pusatnya sendiri yang dia suka tarik dan cekau. Kadang-kala dia akan menggenggamnya begitu kuat menyebabkan jumlah oksigen yang masuk berkurangan, tapi jangan khuatir - dia tidak memegangnya terlalu lama sehingga memudaratkan. Sistem peredaran dan salur kencingnya sudah berfungsi sepenuhnya, dan dia menyedut masuk dan mengeluarkan cecair amnion melalui paru-parunya. 



Kadang-kala, apabila bergerak secara serta-merta, akan terasa sakit sedikit pada bahagian sisi. Ligamen-ligamen di kedua belah uterus dan dinding pelvis sedang meregang ketika bayi membesar... Dan itulah yang aku mulai rasa sekarang. Huhu...

Begitu cepat masa berlalu kan... pejam celik, pejam celik... Nampaknya dah sampai ke minggu ke-16 usia kandunganku. Dah tak boleh pakai seluar ketat... Haha. Right now, dah mula pakai skirt atau baju labuh dah... Sebab baby bump dah nampak. Huhu...

Sekali lagi aku bergelar mak buyung. O tedah!