Assalamu’alaikum, hai… Semalam… Cleaner Office time kemaskan meja aku. Woseh! Siap ada orang kemas. Takdelah mengemas sangat. A...

Kerisauan Seorang Ibu!

/
3 Comments


Assalamu’alaikum, hai…
Semalam… Cleaner Office time kemaskan meja aku. Woseh! Siap ada orang kemas. Takdelah mengemas sangat. Atas meja aku bukannya ada benda or paper yang banyak mana pun... Just sebagai syarat. Lap-lap sikit kasi blink… blink. Mhuaha…

Al-kisahnya… Sempatlah berbual. Biasalah aku. Terasa pelik pulak kalau kita tak tegur orang yang lebih tua right… Even takde modal untuk dibualkan sebenarnya. Namun, orang tua… Pasti ada sahaja isu yang dibawanya. Hehe… Bukan mengumpat tau… Tapi pasal isu semasa.

Ceritanya kat kampung dorang… Budak 8 tahun kena rogol dengan budak lelaki 16 tahun… Yang sedihnya… Dahla kena cucuk dengan objek keras, lepas tu pulak dirogol. Subhanallah… Kejam sungguh. Tapi syukur… Budak lelaki tu dah kena tangkap dengan polis. Padan muka. Tu baru hukuman dunia… Belum lagi hukuman akhirat.

Tu lah… Masa on the way balik kerja… Dalam kereta, aku ceritalah kat hubby pasal hal tu. Hubby pun turut risau sampai dia dok kata. If Alia dah sekolah nanti… Sanggup pergi hantar dan ambik sendiri katanya. Haha… Bersemangat sungguh. Tapi… Itulah hakikat zaman sekarang ni, macam dah tak selamat. Nak tak nak kita seharusnya sentiasa peka dan berwaspada.


Bila dengar cerita sebegitu… Aku pulak jadi risau. Yelah… Alia semakin membesar. Pasti saban hari akan memikirkan tentang keselamatannya. Hanya doa sahaja yang mampu aku lakukan selain memberi kasih sayang dan menjaganya.

Ya Allah… Lindungi ahli keluargaku daripada segala mara merbahaya Ya Allah. Hanya Engkau sahaja tempat aku bermohon dan berdoa. Amin…






ARTIKEL LAIN DI SINI

3 comments:

  1. Subhanallah...semoga kita sekeluarga dilindungi dr perkara2 yg merosakkan...aminn..

    ReplyDelete
  2. Subhanallah...semoga kita sekeluarga dilindungi dr perkara2 yg merosakkan...aminn..

    ReplyDelete
  3. moga kita dijauhi dengan perkara perkara yang tidak baik ..

    ReplyDelete