Assalamu’alaikum, hai…
Bila dah minat tengok. Confirm akan layan. Begitulah aku. Tak dapat tengok on time. Tengok kat dailymotion pun ok jugak. Hehe. Semalam punya plot… Sekali lagi Indah pindah rumah. Kali ni ibu 3 orang Tajul tu bagi kunci rumah lain buat Indah. Alasannya… Dia tak mahu Indah susah-susah mencari rumah sewa.


Si Wati pulak… Kena cerai talak 3 dengan si Shaiful… Ambik dia. Padan muka. Dah dapat suami baik, kerja bagus. Handsome pulak tu… Tapi tak reti nak hargai. Itulah balasannya. Tapi kan… Takde effect pun kat dia. Malah, dah merancang nak kerja kat night club jadi penari dangdut di KL. Huhu… Orang mata duitan memang gitulah kan. Halal… Haram. Semua belasah je. Janji. Poket penuh. Ye tak? Buruk sungguh perangai. Aduh! Aku kalau part Wati… Memang sakit hati. Bak kata hubby “Tu maknanya… Lakonan Wati menjadi”. Hehe…

Si Tajul Razin pulak… Entah! Apakah yang berlaku ke atasnya. Sikit sangat cerita part dia. Tu pun di penghujung cerita jer… Muncul. Si Tajul Fahin pulak… Seperti biasa… Cuba mengambil hati Indah. Adakah Indah akan berkahwin dengan Tajul Fahin?

Kisah semalam diakhiri dengan Indah kena penampar ayahnya di pekan. Insya Allah... Malam ni Episod 26 Kerana terpaksa aku relakan... Pasti akan ada kesinambungannya. Tapi... harap-harap Indah berkesempatan bercerita dengan ayahnya tentang apa yang sebenarnya berlaku. Yelah... Before ni... Asyik mak dan kakak tirinya je yang jadi penghalang. Huhu...