Assalamu’alaikum, hai…
Tengok tak episod akhir kerana terpaksa aku relakan semalam? Pada aku jalan ceritanya terlalu cepat dan ending pun tergantung. Yelah! Sampai Mak Zin kata kenapa dia suka Indah Halina bila first time tengok… Sebab muka Indah saling tak tumpah macam ibunya… Dan dia tahu di mana ibunya berada.

Wah! Excited aku dengar… Tapi… Ia membuatkan kita tertanya-tanya wei di mana ibu dia. Adakah nanti… Akan ada sambungan kerana terpaksa aku relakan 2. Kalau ada… Best jugak. Hehe…

Tapi… Yang bestnya… Wati dan ibu tiri Indah Halina mendapat pembalasan di atas kejahatan mereka. Wati cacat kena simpah bahagian muka dengan asid oleh si Yazid. Ibu dia pulak lumpuh disebabkan accident dilanggar kereta.

Indah Halina pulak balik semula kepangkuan suaminya yang tercinta. Kisahnya tergantung… Namun, berakhir dengan happy ending di mana Indah dah pun hamil.